Amboi terliurnya tengok resipi roti kukus meleleh macam ni. Serius..kalau tengah lapar, boleh habis tiga biji roti sekaligus. Resipi simple macam ni bukan sahaja anak-anak suka, kita yang dewasa pun boleh tahan juga kalau ada depan mata. Sekali ngap sahaja. Sedap!
Resipi yang dikongsikan oleh Resipi Sedap di facebook ni memang menarik. Paling pentingbahannya tak banyak, jimat kos dan sedap. Jadi jomlah cuba petang atau malam ni buat anak-anak kita.
Tengah malam macam ni kalau lapar mesti nak cari masakan yang simple selain maggi kann. Serius..resipi ni memang sedap. Nom nom nom.
Jom kita buat roti kukus cheese leleh ni. Resepinya pun senang je.
ROTI KUKUS CHEESE KAYA MELELEH
Bahan-bahan:
Roti bun
Beberapa keping Cheese
Inti kaya
Sedikit buttercup atau marjerin
Caranya:
Ads
1. Belah dua roti di tengahnya.
2. Kemudian sapukan butter atau marjerin, sapukan kaya dan letak cheese.
3. Sapu sedikit butter atau marjerin di atas bun sebelum dikukus. Kukus selama 5 minit dan siap.
Ads
Kredit: Resipi Sedap
Ada Apa Dalam Sepotong Keju?
Orang kita memang tersangatlah suka makan cheese atau keju. Lagi meleleh lagi nampakmenyelerakan.
Sebenarnya keju memang banyak khasiatnya namun janganlah diambil berlebih-lebihan. Lebih-lebih lagi yang ada masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi dan sebagainya. Tak baik makan selalu.
Ads
Di pasaran terdapat banyak jenis keju yang buat kita jatuh hati. Keju Parmesan, Mozzarella,Cheddar, Cream Cheese, Ricotta dan banyak lagi, semua ini punya khasiatnya yang tersendiri.
Walau apa pun jenisnya, keju memang diperbuat daripada susu segar manakala peringkat memadat dan pemeraman sepanjang proses pembuatannya semakin meningkatkan nilai khasiat keju. Kalau nak tahu keju mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding susu segar.
Selain kandungan nutrisi, keju juga tinggi dengan kandungan kabohidrat, lemak, zat besi dan fosdor. Dengan pengambilan 100 gram keju, keperluan kalsium anda adalah sekitar 20 hingga 25% daripada keperluan kalsium sehari.
Mengambil keju dalam menu harian boleh mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuatkan tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi dalam keju juga sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies kerana unsur yang terdapat di dalamnya mampu memperkuatkan kekuatan kalsium gigi. Hebat kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Mungkin ramai yang kenal dia jenis ‘cakap lepas’ tetapi di sebalik itu, dia rupa-rupnya seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab dan prihatin. Hasil perkongsian hidup bersama Ozlynn Wati, pasangan ini semakin bahagia dengan lima orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan dan tiga lelaki.
Setiap kali memuat naik perkongsian di Instagram, pasti mendapat perhatian waeganet. Tidak seperti pasangan lain yang memiliki instagram sendiri, pasangan ini berkongsi media sosial yang sama dengan menggunakan nama Jozlynnhanania. Sehingga kini, instagram mereka telah diikuti 4.8 juta folowers dimana rata-ratanya menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam membesarkan anak-anak
Baru-baru ini Ozlynnn mendedahkan bahawa suaminya tidak mempunyai telefon dan hanya mengunakan telefonnya. Reaction Bila ko tgh rancak borak ngan kengkawan tetibe laki ko bgn n jawap fon jaoh jaohhhhhhh.. sape mcm tu?? Ngaku cpt…aku sb laki xde fon.. dia pakai fon aku jek.. so kengkwn game yg ajak bertarung tgh mlm tu jgn lupa.. text korg masok aku yg pantau dulu.
Perkongsian Ozlynn nyata mengejutkan ramai pengikutnya. Tak kurang kagum dan bertanyakan bagaimana jika Johan mahu bertemu atau ingin berhubungan dengan kawan-kawannya.
Tak sangka ada geng
miss_am85 kalau die kje ke kuar ngn kawwn2 nk contact die cmne sis?? ina_asrie1112 mcm laki aq xda fonble beli tpi dia ckp xda keprluan jgkso laki aq mmng tumpang fon aq jenak suh beli fon untk kol je pn..dia xnk mournie_iera@jozlynnhanania eh sama xsangka ada gak geng. suami sy pon xde phone y pelik dia boleh hidup xde phone. kalau ada pon dia mmg xguna . sudahnya dia share dgn sy hahahah. heran manusia y boleh hidup xguna phone mcm suami sy . bos ke kawan kawan ke semua akan wasap kt no sy. kadang isau dia p keja selamat ke x.
salisalia81 Omg susah nak jumpa nie..x leh bayangkan eismataisyah xpe kak. mak aku pn xde phone dlu. baru dlm 7 8 tahun ni kot dh tua br pakai. tlepon abah la tlepon die.. ssh? xssh pn sbb ms dh ad tlpon abh xkua melepak pn. klo keluo erek mak aku sekali afzanrashid7300 Suko tgk cara @jozlynnhanania didik anak2 dan kak ozlyn jaga family serius suko tgk
hxnnxrraifairah@jozlynnhanania uishh kak. Sama dgn laki sy kak. Susah sgt skrg dia nk lepak2 mnum dgn kwn2. Kdg tu halau jgk dia lepak, dia jwb dia mls baik duduk rumah lyn ank bini. Sy pulak yg risau tkt kwn2 dia cop sy kaki control suami. Pdhl kite takkk.. narra.nro X perlu phone bila ada bilik gaming yg completed ..sape je perlukan hp hihihi mnfaezbnoordin Bak kata @jepsepahtu , suami kepala keluarga , tapi isteri tu tengkuk keluarga , tengkuk kalau pusing kepala kene ikut pusing . Hahahahahha @jozlynnhanania
Timun bukan sekadar dijadikan am sebaliknya ia bermanfaat dalam kecantikan kulit. Apa kata ibu-ibu cuba buat face mist menggunakan timun.
Tip cantik ini dikongsikan oleh Tengku Wdec yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah. Jom cuba!
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat. Jangan lupe share ok👌💗
Cara membuat:
1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
Tip Cantik:
Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.