Roti Expired, Sisa Dapur & Kulit Telur, 3 Benda Ni Mak-mak Tolong Jangan Buang!

Share

Alang-alang di rumah ada sepasu dua pokok bunga yang kita tanam, takkan hendak dibiarkan sekadar disiram sahaja. Jika ini yang biasa kita lakukan, patutlah pokok bunga di laman rumah tidak segar malah kita hendak lihat berbunga jauh sekali.

Jadi apa perlu buat? 

Ya sepatutnya kenalah di baja, barulah tanaman tersebut dapat nutrisi dan khasiat yang  diperlukan untuk membesar dan sekali gus berbunga lebat. Oleh itu, selain menggunakan baja kimia, ada baiknya kita gunakan baja organik yang boleh dihasilkan daripada bahan-bahan terbuang daripada dapur rumah kita sendiri. Bukankah ini lebih menjimatkan?

Nak tahu caranya, jom semak perkongsian daripada puan Nur Aida Md Zainuddin.


3 JENIS BAJA ORGANIK DARI KULIT TELUR, ROTI EXPIRED DAN SISA DAPUR MENGHASILKAN TANAMAN YG SUBUR DAN LEBAT BUAH/BUNGA

1. BAJA KULIT TELUR
Kulit telur ni bagus utk membekalkan kalsium pada pokok. Aida perasan kalau letak baja kulit telur ni buat pokok cepat bertunas baru, semakin sihat dan kuat! Kalau letak pada pokok bunga ros buat cepat bertunas dan keluar bunga!

CARA:


1. Kulit telur dibersihkan dan dijemur sehingga kering


2. Blend kering
3. Simpan dalam bekas dan sedia digunakan.

 

2. BAJA ROTI

 

BAHAN2:

1. Roti
2. Air tanpa klorin

Sukatannya:
1. 1 keping roti nisbah 1.5liter air


2. Peram sehingga 7hari
3. Hari keempat buka sikit tutup dia utk keluarkqn gas. Hati2 sbb baunya busuk
4. Hari ke-7 sedia digunakan

3. BAJA SISA DAPUR

Semua sisa dapur spt air basuhan ikan, basuhan beras, udang, kulit bawang diblend dan airnya digunakan utk siraman pokok.

Memang subur! Selamat mencuba

sumber : Nur Aida Md Zainuddin via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri