
Mempelbagaikan menu berasaskan roti untuk dihidang sebagai menu istimewa buat keluarga, apa kata mencuba menu ini.
Menariknya juga menu ini terletak pada cara memasaknya. Roti perlu digoreng kemudian dibakar dengan bahan-bahan yang lainnya sekali gus memberi rasa yang sedap dan menyelerakan.
Roti goreng bakar bersama ayam dan cheese!
Sedap untuk sarapan pagi dan minum petang! Mudah sangat ni, tunggu apa lgi? Buat ler..
Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging slice
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih saya cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
Garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Cara-cara
Goreng roti yang disalut telor dahulu, kemudian letak roti yang telah siap digoreng ke dalam bekas satu persatu hingga penuh.
Kemudian letakkan separuh daging atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese dan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
Ulangi proses ni dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan taburan cheese.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir.Bakar dengan api sederhana selama 30 minit atau sampai lidi tak lekat.
Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sampai cheese cair.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
-Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
Sumber : Viral oh viral
For Generations: Kesempurnaan Kediaman Untuk Semua Gaya Hidup

EcoWorld antara pemaju hartanah terkemuka di tanah air dan kini setelah 6 tahun membina jenama, nyata EcoWorld terus kekal relevan menjadi pilihan ramai. Apa yang pasti EcoWorld terus memberi inovasi baharu dan terkehadapan dalam industri.
Begitu juga dengan pelancaran ‘For Generations’, EcoWorld melangkah setapak lagi ke hadapan dan sekaligus menjadikan EcoWorld berbeza dari yang lainnya. Uniknya ‘For Generations’ ini, ia memenuhi keinginan bagi pelbagai gaya hidup.
Buat mereka yang ingin membuat keputusan untuk mencapai taraf kehidupan peribadi lebih baik dengan membeli kediaman baharu bukanlah perkara mudah. Ciri yang dilihat, tidak hanya memilih rumah mampu milik malah kalau boleh biarlah menepati citarasa dan impian setiap individu. Dan keputusan yang dibuat akan memberi kepuasan bermakna untuk dirinya juga.
EcoWorld melalui kempen ‘For Generations’ kini menyediakan kediaman yang memenuhi aspek dan gaya hidup yang berlainan untuk memenuhi keinginan setiap gaya hidup yang berbeza. Keunikan yang dibawa oleh EcoWorld ini akan membuatkan anda dapat merasai hidup lebih selesa dan bahagia.
Gaya Hidup ‘The Zen Generation’
Jika sesiapa yang mencari persekitaran kediaman yang benar-benar memberi ketenangan dan dapat merehatkan fizikal dan mental, di sinilah lokasinya, dengan ruang tersedia yang nyaman dan sesuai untuk aktiviti meditasi.
Gaya Hidup ‘The Explorer Generation’
Bagi mereka yang memang penuh dengan imaginasi dan sifat ingin tahu, mereka akan dapat merealisasikan saat meneroka keindahan taman-taman yang ada di kediaman ini dan anak-anak kecil juga boleh mengalami dunia pengembaraan yang lebih indah dan penuh keajaiban.
Gaya Hidup ‘The Ever Learner Generation’
Bagi yang mempercayai bahawa mereka tidak pernah terlalu tua untuk belajar perkara baru, anda akan sentiasa mempunyai pengalaman menarik di EcoWorld Life Space.
Gaya Hidup ‘The Culinary Generation’
Untuk sesiapa yang meminati dunia kulinari, mereka tentu mengimpikan dapur yang luas dan ruang sesuai untuk menyediakan hidangan untuk keluarga tercinta dan teman-teman rapat.
Gaya Hidup ‘The Trend Seeker Generation’
Bagi mereka yang sentiasa teruja dengan sesuatu perkara yang terkini dan pastinya up-to-date, di sinilah platform untuk mereka mengekspresikan kreativiti mereka dengan adanya EcoWorld Labs.
Gaya Hidup ‘The Minimalist Generation’
Begitu juga bagi mereka yang ingin hidup simple tanpa kecelaruan yang menyemakkan, ruang kediaman direka dengan ketenangan dan penuh kesederhanaan di EcoWorld.
Gaya Hidup ‘The Digital Nomad Generation’
Buat mereka yang bekerja secara on-the-go, tidak kira di mana jua persekitaran di EcoWorld memberi anda inspirasi untuk menjana idea-idea kreatif.
Gaya Hidup ‘The Gym Rat Generation’
Bagi anda yang mementingkan gaya hidup sihat, dapat bersenam di gimnasium yang dilengkapi dengan semua peralatan yang anda perlukan pastinya satu kepuasan. Ini sekaligus dapat meningkatkan tahap kecergasan anda untuk hidup lebih aktif dan sihat.
Gaya Hidup ‘The Nature Friendly Generation’
Bagi pencinta alam semula jadi, setiap kediaman direka dengan taman peribadi untuk anda memupuk minat berkebun.
Gaya Hidup ‘The Pet Lover Generation’
Untuk mereka yang menjaga dan memiliki haiwan kesayangan di rumah, persekitaran di EcoWorld direncanakan dengan persekitaran yang mesra binatang peliharaan. Ini secara tidak langsung akan menjadikan binatang peliharaan anda berasa selamat bahkan menjadi sebahagian daripada komuniti.
Gaya Hidup ‘The Artistic Generation’
Untuk anda yang mempunyai bakat seni, inspirasi dalam persekitaran kondusif di EcoWorld boleh menjadi permulaan penghasilan karya agung anda.
Gaya Hidup ‘The Bold Creator Generation’
Buat anda yang berpandangan jauh tentang kemajuan di masa hadapan, pusat perniagaan dengan konsep Intelligent Space di EcoWorld pasti mampu memberikan inspirasi tanpa limitasi.
Gaya Hidup ‘The #POTD Generation’
Begitu juga buat mereka yang hidup aktif di laman sosial, EcoWorld menyediakan suasana dan latar belakang ‘Instagrammable’ yang sungguh menarik buat anda mengabadikan kenangan terindah dengan berlatarkan pemandangan yang memukau.
Gaya Hidup ‘The Collector Generation’
Untuk mereka yang gemar mengumpul koleksi barangan peribadi, tentunya ruang yang luas diperlukan dan tiada salahnya untuk mentransformasikan kediaman menjadi ruang galeri peribadi untuk merealisasikan hobi istimewa anda.
Semua itu hanya di EcoWorld tersedia untuk anda miliki dengan pilihan 5 projek terkini:
BRYDON
Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.
CORA
Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.
HAZELTON
Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.
REGENT GARDEN
Reka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.
ROSÉ
Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.
Untuk keterangan lanjut, boleh datang sendiri ke pusat gallery EcoWorld atau layari laman sesawang www.ecoworld.my/forgenerations/
Nak Buat Bihun Sup Utara Jadi Lebih Sedap Ikuti Resipi Ini, Memang Terlajak Sedap!

Menu yang ringkas tu lah yang sedap. Begitu juga dengan menu berasakan sup. Antaranya bihun sup utara yang memang terkenal dengan kesedapannya.
Istimewanya bihun sup utara ini cabainya merah berbanding sambal kicap warna hitam yang biasa tu. Manakala bihunnya pulak mesti warna kuning, bukannya putih.
Nak lebih sedap, buat kuah mengunakan sup tulang untuk penyedap rasa. Nak tahu lanjut resipi terlajak sedap ini, ikuti resipi wanita ini.
Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi..dah agak2 lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..
PENYEDAP RASA MENGGUNAKAN KUAH SUP TULANG
Bahan Sup Tulang
1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya😂
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Cara penyediaan:
Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang, daun sup, lobak masin, bawang goreng, tauhu digoreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Zaini Talib
Orang Malaysia Ni Memang Homely Type. Yang Viral Semua Berkaitan Aktiviti Isi Rumah. Lucu Tapi Memang Benar!

18 Mac 2020 pasti menjadi detik yang cukup bersejarah buat rakyat Malaysia. Apabila seluruh dunia diserang Covid-19, Malaysia tidak terkecuali. Bagi membendung wabak tersebut, pihak kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semua orang harus menjalani hidup dengan norma baru, memakai pelitup muka, hansanitizer dan duduk jarak 1 meter.
Disebalik apa yang berlaku, ada pelbagai insiden berlaku, yang pasti ia meninggalkan memori yang cukup manis untuk diingati semua orang.
Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kt semua rindu mse kne kurung kt rumah hari tu ..
1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.
2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa.
3. Ulang nyanyi lagu dlm video “ke sana-ke sini” PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).
5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi. PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku br je left group ni kelmarin, too many pretentious people yg nak kan perhatian)
4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
**pullquote**
6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dgn aku-aku pun emo sama!)
7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan “Mak Kau Ijo” menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah
8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)
9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (dgn aku2 pun beli jugak hahaha).
10. Tiktok challenge yg “Dont Rush” tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Hehe.
Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah. Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Patut lah ada kawan aku ms belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sbb laid-back.
Ok kalau ada aktiviti viral yg tertinggal, sila nyatakan di ruang komen di bawah
#CnP