Roti Dah Nak Expired, Jangan Membazir! Cepat Buat Cucur Super Sedap Ni.

Share

Sayang rasanya kalau beli roti tapi tidak dijamah. Alih-alih bila hendak di makan, sudah hampir  pula dengan tarikh luput. Jadi apa perlu anda buat? Janganlah pula terus dibuang, tapi manfaatkan dan harus lebih kreatif untuk menghasilkan menu berasaskan roti.

Oleh itu, ayuh kita mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya hasil perkongsian Farah Izzati

di facebooknya. Melihatnya sahaja sudah mampu buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Nak tahu lebih lanjut, jom follow resipi ini satu persatu.

“Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.”- Farah


 

RESIPI CUCUR ROTI

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam

Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).

  1. Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
  2. Gaul kesemua bahan hingga sebati.

4. Bentukkan jadi bebola kecil.

5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.

6. Tadaaa..dah siap!

“Senangkan? Kalau anak tak mau makan nasi, mama buat ni je. Anak suka, bapak budak suka, mak budak pun suka.”

Selamat mencuba!

Sumber: Farah Izzati