Sayang rasanya kalau beli roti tapi tidak dijamah. Alih-alih bila hendak di makan, sudah hampir pula dengan tarikh luput. Jadi apa perlu anda buat? Janganlah pula terus dibuang, tapi manfaatkan dan harus lebih kreatif untuk menghasilkan menu berasaskan roti.
Oleh itu, ayuh kita mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya hasil perkongsian Farah Izzati di facebooknya. Melihatnya sahaja sudah mampu buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Nak tahu lebih lanjut, jom follow resipi ini satu persatu.
“Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.”- Farah
RESIPI CUCUR ROTI
Ads
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
Ads
Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
6. Tadaaa..dah siap!
Ads
“Senangkan? Kalau anak tak mau makan nasi, mama buat ni je. Anak suka, bapak budak suka, mak budak pun suka.”
Setiap kali menjelang Aidilfitri, kek, biskut atau kuih raya antara hidangan wajib yang mesti ada atas meja. Walaupun tahun ni, ziarah dihadkan pada hari raya pertama, namun, pastinya kita tetap ada keinginan menikmati kek.
Salah satu kek yang popular adalah kek planta pelangi. Namun perkongsian oleh seorang wanita ini, mengenai resipi seorang chef Azmin Zain tanpa menggunakan bahan penaik menarik untuk dicuba. Malah hasilnya memang gebu.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Alhamdulillah saya dah try buat resepi dari chef Azmin zain kek planta rainbow Tanpa bahan penaik tapi ia tetap naik gebu dengan jayanya
» pukul majerin dengan gula sehingga gebu » masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga abis » masukkan esen vanilla » masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli » bagikan beberapa bekas ikut warna kesukaan kita » sapukan loyang dengan majerin dan lapikakan kertas minyak » ambik setiap adunan dalam 2 3 sudu ulang sehingga abis » hentak2kan sikit bagi udara keluar » ambik lidi bersih dan lorekkan kat permukaan adunan tadi
Saya guna loyang saiz 7 bakar suhu 160 api atas bawah 1jam 20minit..bergantung pade oven masing-masing ye.
Try dulu bakar suhu 160 45 minit. Ambik lidi bersih cucukkan kat permukaan tengah..bila keluarkan lidi bersih cantik bermakna kek dah masak. Tips nak kek sedap simpan seharian baru sedap lembab2 moist. terimakasih chef atas resepinya.
Jika sebelum ini, kuih cekodok mengunakan tepung gandum, apa kata kali ini, kita menggunakan cekodok nasi pula. Jika nasi yang berlebih tak habis, boleh cuba resipi.
Paling menarik jika ada anak yang ekzema. Yang alah kepada tepung gandum. Jadi dengan menggunakan nasi ini sebagai bahan asas yang bebas gluten membantu anak yang menghadapi masalah ekzema.
Apa pun, resipi ini sesuai untuk seisi keluarga. Rasanya pun sedap dan lembut. Menarik perkongsian oleh puan Widyana Ali yang mengunakan resipi oleh Noor Sarra Kamarudin sebagai hidangan seisi keluarganya.
KUIH CEKODOK NASI
Cekodok nasi (tiada tepung gandum digunakan). Rasa macam cucur udang. Lembut gebu. Senang sangat caranya.
Boleh buat kalau ada nasi lebih semalam.
SENANG NAK BUATNYA
Kisar satu cawan nasi sejuk/semalam menggunakan 1/2 cawan air bersama sebiji telur. Saya guna air panas.
Tuang adunan ke dalam mangkuk.
Masukkan:
Bawang kecil yang dihiris.
Carrot yang dipotong dadu/disagat.
Kentang kecil Australia yang dipotong dadu.
Daun bawang dipotong. (Boleh juga daun sup)
Garam pink himalaya secukup rasa.
1 cawan potato starch (kanji kentang)/boleh guna tepung jagung non gmo.
ADUNAN LEMBUT
Kacau sebati semua bahan.
Jika adunan terlalu pekat tambah sedikit air.
Jika terlalu cair tambah sedikit potato starch.
Adunan mesti tak terlalu pekat atau cair.
Sudukan semasa menggoreng dalam minyak.
SIAP!
Sedapnyaaaaa. Masha Allah.
Terima kasih Noor Sarra Kamarudin atas resepi.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.