
Selalu pagi-pagi tak larat nak masak sarapan pagi yang berat kan? Bukan apa, nak uruskan anak-anak lagi, nak ke dapur lagi, memang macam lipas kudung lah ibu ke sana ke sini.
Jadinya… Nak sediakan sarapan yang mudah boleh la buat Roti Cheezy Balut Telur ni. Boleh anak-anak bawa bekal ke sekolah juga. Semestinya senang je nak buat cara puan Har Ryea ini. Jom tengok cara penyediaannya!
ROTI CHEEZY BALUT TELUR
Bahan-bahan:
Telur 2 biji
Roti 2 keping
2 keping cheese
Sedikit lada sulah (jika suka)
Cara-cara:
Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan pukul rata.
Kemudian dadarkan telur dalam kuali leper.
Letakkan 2 keping cheese di atas telur tadi.
Kemudian letakkan roti di atas cheese.
Untuk melipatnya, mula-mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti serta cheese.
Terbalikkan dan masak sekejap.
Siap dan boleh diangkat!
Potong dan makan panas-panas, selamat mencuba!
Sumber : Har Ryea
Begini Cara Nak Buat Pulut Kuning Kukus Dengan Rendang. Ini Rahsia Nak Buat Jadi Lebih Lembut Dan Sedap.

Nak masak pulut kuning memang bukan mudah. Kadang kala, ada yang jadi lembik dan ada yang keras. Sukatan air dan cara membuatnya kena betul. Nampak senang kan nak buat tapi kena tahu cara rahsianya nak jadi lembut.
Begitu juga dengan rendang. Resipi yang dikongsi ini memang buat pulut dan rendang gerenti jadi dan sedap.
Boleh kita cuba ikuti resipi ini.
Pulut kuning dengan rendang daging, sejak pak mentua ajar cara nk masak pulut kuning, event apa mesti saya masak pulut kuning ni sedap, lembut dan berlemak tambah pulak dengan rendang.
Cara masak pulut kuning:
Bahan:
1kg stgh pulut (pulut susu)
Santan 1 kotak kecik(sy pakai santan kara)
Daun pandan (10 helai)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Caranya:
1 .Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (sy letak 2 sudu) cantik je warnanya.. rendam selama 3,4 jam.
2. Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jd lg sedap tau..kemudian masukkan pulut atas daun pandan. Kukus sampai sedikit lembut. Dalam 1 jam mcm tu..
3. Da agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.
4. Kemudian ambil 1 kotak kecil santan td tambah air..kuantiti penuh 1 mangkuk besa selalu anda makan maggie tu..hehe. Lepas tu tambah sedikit garam.
5. Lepas tu gaulkan dgn pulut td, dah rata kukus semula.
Mcm sy, sy suka letak semula daun pandan td.. susun balik dan kukus mcm td, selama 15 ke 30 minit lg.
Dannnnn siap boleh dimakan..
Rendang daging
Bahan2:
1kg stgh daging
2 biji Bunga lawang
2 batang kayu manis
3helai Daun kunyit
2 sudu Serbuk kari (sy pakai serbuk kari daging)
2 bungkus Kerisik
2 kotak santan kecil (sy pakai brand kara)
Garam secukup rasa
Bahan yg dikisar:
15 ulas Bawang merah saiz sederhana besar
10 Ulas Bawang putih
2 inci Lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai Cili kering (ikut pedas yg ibu2 suka)
Caranya:
1. Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan.. sebab mase menumis bahan kisar akan berair. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.. kemudian masukkan semua bahan kisar td. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan mase masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nti..
3. Dah pecah minyak masukkan daging td, gaul sebentar kemudian tambahkan air.. dalam 3 cawan,tunggu sehingga daging lembut..selagi belum lembut kalau boleh jgn masukkan santan dulu ya..klu perlu tambah air lg tambah je ye sampai btl2 lembut.
4. Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yg dipotong mayang td.
5. Last sekali letak garam dan rasakan.
**kalau nak pekat masak lama sikit tapi api kecil, kalau nak kuah banyak da boleh matikan api ya.
Boleh hidangkan dan Selamat mencuba.
Kredit: Noor Hamidah via MAHN, Resipi Ibu
Jangan Buat Main Menu Raya. Kalorinya Memang Rosakkan Diet. Alert 14 Menu Raya Ni!

Setelah sebulan berpuasa, tentu kita tidak sabar menyambut Syawal bersama ahli keluarga. Ketika pagi Syawal tentu pelbagai menu menjadi hidangan di pagi raya. Antara menu adalah lemang, lontong, kuih kacang, rendang dan kuih muih dan minuman.
Memang satu hari tu, pastinya akan makanan berulang kali. Namun, tahukah kita bahawa setiap menu itu mengandungi jumlah kalori yang agak menakutkan.
Namun, tentu ada yang berkata, ketika ini diet dan jumlah kalori kena tolak ke tepi demi kemeriahan Raya.
Bagaimana pun, harus diingat setiap hidangan harus diambil secara sederhana. Supaya tidak menjejaskan kesihatan. Malah sebagai langkah pencegahan, apa kata selepas makanan, lakukan aktiviti bersenam sebagaimana yang disarankan oleh Universiti Putra Malaysia.
14 Kalori Menu Juadah Raya
Sumber: Universiti Putra Malaysia
Laksa Utara Sedap & Lebih Terangkat Rasanya, Ikut Cara Ni Jer!

Kecur air liur rasanya bila sebut laksa di bulan puasa. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan SedapUntuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.