Roti Asyik Habis Je Di Kedai, Buat Sendiri Ikut Resipi Mudah Ni, Confirm Menjadi!

Share

Sejak dua tiga hari ini, sesetengah tempat di Lembah Klang dikatakan stok roti agak susah didapati dikedai.

Punca kekurangan stok tidak diketahui dengan jelas, namun ada berita memaklumkan ada sebahagian kilang roti terkenal di naiki air banjir.

Bagi penggemar roti tentu tak keruan jika tak makan roti. Apa kata cuba buat sendiri roti di rumah. Memang rasa pun dah macam kedai.

Ikut resipi ini, memang menjadi!

Bahan-bahan:
 3 cawan tepung gandum
 1 sudu makan marjerin
 3 sudu gula
 1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing)
 1 sudu makan yis dan sedikit garam.

Cara penyediaan:

Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih seperti di gambar mangkuk.

Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam. Biar adunan nampak cantik

Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar. Sempurna!

Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja.

Sumber: Hehiman Sakuan

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club