Sejak dua tiga hari ini, sesetengah tempat di Lembah Klang dikatakan stok roti agak susah didapati dikedai.
Punca kekurangan stok tidak diketahui dengan jelas, namun ada berita memaklumkan ada sebahagian kilang roti terkenal di naiki air banjir.
Bagi penggemar roti tentu tak keruan jika tak makan roti. Apa kata cuba buat sendiri roti di rumah. Memang rasa pun dah macam kedai.
Ikut resipi ini, memang menjadi!
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing)
1 sudu makan yis dan sedikit garam.
Cara penyediaan:
Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih seperti di gambar mangkuk.
Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam. Biar adunan nampak cantik
Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar. Sempurna!
Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja.
Sumber: Hehiman Sakuan
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ibu-Ibu Cuba Amalkan Cara Penjagaan Kulit Jenis Berminyak Yang Betul Menurut Doktor Ini. Wajib Baca Ni!
Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Selain itu, semak tip ini untuk penjagaan kulit wajah:
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
Sumber: erafm& Twitter @Dr Aris Fadzillah
Makan Ala ‘Fine Dining’ Di Rumah? Scotch Egg Boleh Jadi Menu Paling Mudah Dan Sedap
Pernah makan tak scotch egg? Kebiasaanya restoran-restoran ‘high end’ atau kafe ada menjual menu ini. Scotch egg merupakan makanan gaya barat dan kemudian berevolusi ke pelbagai gaya dan cara mengikut kreativiti yang memasaknya.
Sedikit istimewa kerana kali ini anda dapat mencuba menu ini dengan hanya menggunakan resipi yang dikongsikan olehWan LuQman ini. Di samping itu, menu ini juga sangat sesuai bagi para suami isteri yang mahukan konsep ala-ala ‘candle light dinner’ di rumah sahaja.
Scotch Egg
Bahan-Bahan:
- Telur
- Daging kisar
- Garam
- Lada hitam
- Serbuk roti
- Bawang holland
- Kentang
- Madu
- Chili oil
- Kicap cair
Cara-Cara:
– Guna telur saiz kecik je. Saiz C-D dan rebus. Kenapa lebih baik guna telur kecil? Pasal senang nak bungkus.
– Sebelum bungkus ni, gaul dulu daging dengan garam dan serbuk lada hitam. Ada 3 step nak kena bauat dulu sebelum goreng.
– Lepas balut telur dengan daging, golek dalam tepung, lepastu ke dalam telur kemudian golek ke dalam serbuk panko. Ni panko breadcrumb.
– Kemudian deep fried. Buat mash potato sebagai hidangan sampingan. Lenyek kentang putar, buat from scratch.
– Rebus ubi kentang sampai lembut habis kemudian lenyek kat penapis. Akan dapat super smooth mashed potato. Masa ni dia masih panas-panas, masukkan garam atau serbuk pati ayam, mix herbs, salted butter dan sedikit susu segar dan kacau sebati.
– Satu lagi side dish, caramelised onion. Hiris bawang holland nipis-nipis, panaskan sedikit minyak dan tumis sampai garing nak ke hangit.
– Bila dah ada yang garing dan hangit-hangit, masukkan sedikit air kemudian letaklah sikit serbuk perasa. Kacau-kacau selama 10-15 minit.
– Untuk cili oil masukkan madu + kicap cair + cili oil. Dah siap!
Sumber: Wan LuQman
Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Limau Kasturi! Fakta Dari Sudut Sains Dah Terbukti, Rugi Kalau Tak Amalkan.
Jika disebut khasiat lemon, seakan semua sedia maklum. Memandangkan sering disebut sebut antara kita, namun bila ditanya tentang manfaat limau kasturi mungkin tidak ramai yang tahu selain hanya digunakan untuk dijadikan perisa minuman yang menyelerakan atau pun sebagai sebahagian ramuan sambal belacan yang memberi rasa enak.
Tak sangka limau kasturi yang selama ini sering digunakan untuk dijadikan air minuman atau pun sebagai penyedap sambal belacan rupanya mengandungi banyak khasiatnya.
Ini dibuktikan seorang penyelidik di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi yang terkenal dengan kejayaan meneroka potensi dan khasiat pelbagai jenis tanaman dan herba yang boleh dimanfaatkan terutama untuk tujuan kesihatan seperti dalam channel youtube ni
1. Kandungan phloretin jauh lebih bagus dari epal. Mengandungi aktiviti antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding green tea.
Phloretin biasanya di dapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos. Namun kajian mendapati bahan ini banyak terdapat pada limau kasturi atau limau sambal.
Bila disebut teh hijau, kebanyakan kita akan sebut “minum teh hijau”, tapi limau kasturi sebenarnya lebih bagus dari green tea.
2. Vitexin ni juga bahan yang bagus ada dalam buah limau kasturi. Selalunya ia hanya dijumpai dalam ‘hawthorn berry’. Ianya digunakan untuk rawatan jantung dan kanser.
Surprisingly vitexin ini banyak dalam limau kasturi.
3. Sesuai sangat untuk orang perempuan yang suka nampak cantik sebab dalamnya ada Ferulic Acid. Asid ini bagus untuk hilangkan kedut pada kulit dan perlahankan proses penuaan. Ia membina kolagen, meremajakan kulit, dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.
Untuk kaum lelaki nak kuatkan jantung pun bagus makan limau kasturi ini.
Sebab itu, petua orang tua tua kata “sebelum makan daging, perah limau dahulu atasnya”
Memang betul! Sebab, ia potong lemak. Ia akan menurunkan kadar kolesterol.
Kalau kandungan creatinine kita tinggi dalam badan, ianya akan merosakkan buah pinggang. Dengan mengamalkan limau kasturi, ia akan membantu menurunkan creatinine.
Mengetahui hal ini, Puan Noriza Rahman pula telah berkongsi cara penyediaan minuman yang berkhasiat dengan menggunakan limau kasturi. Jom semak cara penyediaannya itu.
Hari ni meqza nak kongsikan cara menyediakan minuman untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan dengan minuman air limau kasturi.
Bahan-bahan
Satu sudu teh chia seed
Jus 4-5 biji limau kasturi
Satu sudu madu. (Kalau tiada pun tak apa)
Satu setengah gelas air sejuk
Cara penyediaan :
- Rendam chia seed dalam setengah gelas air sekurang-kurangnya satu jam sebelum penggunaan.
2. Masukkan jus limau ke dalam segelas air ais dan kacau dengan satu sudu kecil madu.
3. Selepas chia seed telah direndam, tambahkannya ke dalam gelas.
4. Kacau dengan sudu dan minum minuman pagi ini setiap hari dengan perut kosong.
InsyaAllah jika diamalkan selalu, ia boleh memperbaiki kesihatan jantung, meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, merendahkan paras LDL dan trigliserida.
sumber : Noriza Rahman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri