Datuk Aznil Nawawi terpanggil membantu anak tahfiz di Maahad Tahfizul AlQuran Anawiyah, Cheras yang berdepan serba kekurangan.
Pengacara serba boleh itu memohon jasa baik pengikut Instagramnya untuk menderma wang ke pusat tahfiz berkenaan.
Sehingga kini, sudah RM31,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu berkat derma orang ramai termasuk peminatnya. “Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.
“Alhamdulilah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekali gus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan lalu mereka terus diuji. Banyak sudut di pusat tahfiz itu rosak. Ada yang dimakan anai anai. Malah bumbung tempat mereka berteduh pun bocor hingga dimasuki air hujan.
“Malah masih tinggi lagi tanggungan yang pusat tahfiz ini perlu demi meneruskan operasi. Sekurang kurangnya dengan bantuan yang menderma dapat mengurangkan masalah ditanggung,” kata Aznil. Menurut Aznil yang mesra disapa Pak Nil, kebetulan salah seorang ayah kepada anak tahfiz ini mengambil upah bertukang.
Ads
Jadi kerja membaik pulih pondok tahfiz itu dilakukannya tanpa mengambil upah.
“Kiranya derma yang dikumpul antaranya dapat digunakan untuk membayar kos barangan yang dibeli.
“Kalau ada yang mahu terus menderma, boleh ke Instagram saya @aznilnawawihm,” katanya.
Ads
Kata Aznil yang baru melancarkan single mengenai kisah buli siber berjudul Apo itu, beliau mula mengenali pusat tahfiz itu kira kira tiga tahun lalu menerusi syor pengurusnya.
“Ada dalam 30 orang anak tahfiz di situ. Tenaga pengajar pula sekitar empat orang.
“Saya pernah juga menganjurkan majlis khatam Al Quran untuk anak tahfiz di situ sebelum ini. Dalam hati juga pernah terdetik nak jadikan ambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Aznil yang terkenal dengan sikap pemurah turut menganjurkan Class Of Infuencer secara percuma di Shah Alam Sabtu lalu.
Bengkel perkongsian ilmu mengenai yang menekankan kepentingan kuasa vokal dalam dunia digital itu berlangsung selama empat jam itu diadakan di Akademi Eskayvie. Ia membabitkan kira kira 16 ‘influencer’ yang popular dan mempunyai ramai pengikut di Instagram.
“Bengkel ini seiring dengan peranan saya sebagai duta produk kesihatan Eskayvie yang pada masa sama juga mahu memberikan satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
“Jadi peranan saya tidak terhad kepada hal kesihatan semata mata. Biarpun dulu saya tidak berguru dengan sesiapa pun untuk berada pada tahap sekarang, ia bukan alasan untuk saya tidak berkongsinya dengan orang lain.
“Pada tahap sekarang, ada hal tertentu tidak membabitkan ganjaran wang. Saya percaya dengan banyak memberi, ada saja rezeki lain akan masuk. InsyaAllah,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai resipi Nasi Ayam yang dikongsikan di media sosial baik oleh tukang masak terkenal mahupun orang biasa. Semuanya mengikut citarasa dan cara tersendiri.
Namun perkongsian puan Munierah Eyra ini cukup unik dan lain dari yang lain. Dia menggunakan bekas kecil yang diletakkan beras lengkap dengan bahan-bahan lain. Nak tahu caranya,jom tengok perkongsian ini.
pa nak try buat nasi ayam kukus simple dan mudah boleh tgk resepi kat bawah.Masak pun dalam mangkuk plastik ikea je..😉
NASI AYAM KUKUS
Bahan:
– beras 5 sudu makan
– halia tumbuk lumat²
– bawang putih tumbuk lumat²
– daun sup/daun bawang
– 1 sudu kecil stock ayam maggie setiap mangkuk
– ayam (perap dgn halia,bawang putih,pati ayam sikit
-tomato,timun
*p/s:tak payah guna garam dah cukup rasa
Bahan tumbuk tu, letak setengah sudu kecil setiap mangkuk..
Basuh beras dan selawat kemudian letak dalam mangkuk, letak bahan tumbuk, daun sup sikit, letak air cukup tenggelam beras atau lebih 1cm sikit, letak pati ayam, letak ayam seketul.
Beras 5 sudu setiap mangkukAda dalam 5 mangkukMasuk halia dgn bawang putih
Satu sudu kecil stock ayam jangan lebihAir paras tenggelam beras sikitMacam ni lebih kurang
Kukus 30 minit atau lebih..
Letak ayam dan daun supBoleh kukus 30minit atau lebih sehingga masakDah siap!!!
Supnya buat mcm biasa,kalau nak simple tumis,bawang merah dan lebihan halia dgn bawah putih tadi,masuk ayam,air, pati ayam dan daun sup dah siap!!!😅😅😅
Sos
-cili merah
-bawang putih
-sos cili
-garam dan gula
-Air sikit
*blander pastu masak atas api..
Sebut Asam Pedas boleh kecur air liur dibuatnya. Nak pula bila terbayangkan Asam Pedas bersama sepinggan nasi panas yang baru diangkat daripada periuk nasi. Memang bertambahlah jawabnya.
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan dua bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana? Cuba buat ikut cara yang disyorkannya, confirm mak mentua tabik dan makan nasi bertambah.
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Foto: thehalalfoodblog.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup sebatang kara dan di dalam kemiskinan di usia emas tiada siapa menginginkannya. Namun kepayahan dan keperitan hidup ini harus dilalui oleh seorang nenek setelah kehilangan suami tercinta.
Biarpun hidup dalam kepayahan dan dihimpit dengan kemiskinan, nenek dari Jakarta ini tidak sekali pun mahu menyusahkan orang lain. Semuanya dilaluinya sendiri dengan caranya yang tersendiri.
Nenek Hidup Sebatang Kara, Terbiasa Berlapar
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Sering Berpuasa
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Ramai Ingin Membantu
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.