
Tanyalah mana-mana ibu pasti mempunyai koleksi romper ketika anak-anak masih bayi. Ada yang mengumpulnya kerana senang dipakaikan pada anak dan selesa.
Pun begitu adakalanya anak kecil kita tidak sempat pakai gara-gara anak cepat membesar di tambah dengan romper yang terlalu banyak. Maklumlah, nampak saja cantik, ibu-ibu terus beli dan beli lagi.
Sudahnya anak dan besar dan tak lagi muat untuk dipakaikan pada anak.
Jangan terus dibuang sebaliknya buat cara seperti yang dikongsikan oleh wanita bernama Siti Fairuz Samsul yang menghasilkan dress cantik daripada romper ini. Inspirasi paling JIMAT untuk ibu-ibu.
Maklumlah nak beli baju anak untuk pakai di rumah pun hampir RM20 ke RM 30 juga sepasang. Kalau ikut cara ni, kos murah je sebab pakai kain lama. Bolehlah anak pakai dress cantik ini di rumah. Kalau nak pakai berjalan-jalan pun cantik.
Jom tiru.
Assalamualaikum….
Ni saja nak share, untuk mummy-mummy yang ada anak gegirl la…hihi.
Baju-baju romper anak-anak yang da tak boleh nak butang sebb anak kita dah makin tinggi.
- Potong kat tengah dari romper asal. Letak getah dekat pinggang.
Sayang la tak boleh pakai lagi, tapi jangan risau, meh kite DIY kan baju tu jadi dress.Idea dan permintaan ini asalnya dari bff saya @ashfahani asrokin.
Saya sebagai tukang jahit cuba penuhi kehendak customer saya, mengolah mencari kain untuk di mix n match. Maka terhasil lah dress comel ni.
Ni hasil yang lain-lain. Superb!
Kredit: Siti Fairuz Samsul
Luka Pembedahan Lambat Baik? Ini Yang Anda Kena Tahu Untuk Menjaga Dan Merawatnya

Mak-mak mesti risau bila ada ahli keluarga yang ditimpa kemalangan. Masa inilah insan ini paling sibuk dan risau. Mana nak jaga makan minum keluarga dan seterusnya yang sedang sakit.
Oleh yang demikian, disini kami kongsikan tip untuk merawat dan menjaga luka kemalangan agar cepat sembuh.
Kemalangan melibatkan fizikal berpotensi untuk menyebabkan kecederaan sama ada tidak kekal atau kekal terhadap anggota badan. Ia boleh menyebabkan seseorang menjalani pembedahan atau menerima jahitan sekiranya kecederaan yang dialami adalah serius.
Hal ini sudah semestinya akan mengambil waktu yang lama terhadap luka untuk sembuh. Lebih – lebih lagi ia memberikan kesan yang serius.
Tidak semua luka sembuh dengan baik selepas menjalani rawatan.
Tahukah mengapa perkara demikian berlaku? Sebenarnya, ia bergantung kepada cara penjagaan anda selepas menerima rawatan.
Rawatan yang terbaik mampu membuatkan luka kembali sembuh dengan baik dan dalam waktu yang singkat.
Tetapi, apakah yang perlu dilakukan oleh pesakit untuk merawat luka dengan terbaik?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh @MedTweetMYHQ di platform Twitter. Semoga memberi manfaat.
TIPS PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN SETELAH DIBENARKAN DISCHARGE DARI WAD
Masa yang paling ditunggu setelah selesai rawatan adalah apabila doktor memberi keizinan untuk pulang.
Berikut beberapa tips mudah untuk memastikan luka sembuh dengan baik:
Jom kita kongsikan bersama!
1) Jangkitan kuman pada luka jahitan akan mengakibatkan keradangan kulit atau ‘inflammation’. Tanda keradangan ini adalah sakit, kulit kemerahan, bengkak, ada cecair seperti nanah atau discharge, dan rasa kesakitan.
Jika ini terjadi, segera berjumpa doktor.
2) Seeloknya elakkan terkena air dalam masa 2 ke 3 hari pertama.
Setelah itu, boleh dilalukan air bersih tetapi tanpa sabun atau bahan kimia lain. Namun, jika ada keraguan, segera bertanya doktor.
3) Sama ada antibiotik perlu atau tidak, ini akan bergantung juga kepada doktor yang merawat.
Namun apa yang penting, jika diberi, amat penting untuk mengikut dos dan waktu yang tepat. Sekiranya antibiotic tidak dihabiskan secara tepat, fenomena resistance boleh berlaku.
4) Secara umumnya, faktor yang akan diambil kira oleh pakar bedah adalah saiz luka, saiz dan jenis material benang, kawasan luka, kedalaman luka dan keadaan pesakit itu sendiri sebelum tempoh waktu benang dibuka.
5) Parut walaupun kecil di kawasan muka akan kelihatan jelas dari jarak 20cm, iaitu jarak normal dua individu berbual.
Bagaimana untuk memastikan luka sembuh dengan parut yang paling minima?
6) Ubat sapuan untuk parut seperti dermatix amat efektif sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul.
Ia mengandungi silikon yang bertindak ke atas sel kulit dan kolagen bagi memperbaiki parut yang terhasil. Seeloknya ia digunakan dalam tempoh 2 ke 3 bulan pertama
7) Amat penting untuk dikongsikan, ramai antara kita menggunakan cara yang SALAH dalam aplikasi ubat parut (scar gel) !
Ubat ini harus ditekan ke dalam parut bukan sekadar disapu seperti antibiotik. Ini dipanggil scar massage technique!
Sekian, semoga ilmu ini bermanfaat dan disebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga kita ye!
Sumber: Twitter @MedTweetMYHQ
“Diri Anda Yang Lama Akan Hilang, Yang Baharu Ada Di Sini.” Beri Bayangan Keadaan Kesihatan, Chef Adamdidam Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian pengasas Produk Kecantikan Dnars Skincare dalam satu kemalangan jalan raya. Pagi ini satu lagi berita kematian diterima.
CHEF selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Ilahi pada usia 29 tahun. Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran menerusi laman Instagram pagi tadi. Allahyarham Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
“Kami (pihak keluarga) memang mengetahui tentang keadaan kesihatan Adam yang menderita sudah lama.
“Sejak Februari lagi keadaan dia sudah tidak berapa okay,” katanya ketika dihubungi mStar pada pagi Ahad.
View this post on InstagramALFATIHAH UNTUK ADAM SEMOGA ROH ADAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN
A post shared by natashaamran (@natashaamran) on
Tambahnya, Adam meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot. Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.
Selain itu, Neelofa yang juga merupakan saudara kepada Allahyarham turut memuat naik berita dan sekeping gambar kenangan bersama arwah sewaktu kecil menerusi instastorynya.
Terdahulu, Adamdidam seolah-olah memberikan bayangan tentang keadaan kesihatan diri beliau menerusi posting kedua terakhirnya di Instagram.
“Sudah terlalu lama saya menghilang… apabila sesuatu berlaku, memang sukar untuk mengembalikan kehidupan anda kepada sediakala. Sekelip mata, hidup anda berubah 360! Dan perancangan anda? Lupakan sahaja. Ia hilang. Anda rasa tidak berdaya.
“Terlalu banyak berfikir dan semua perkara mengarut menerjah ke fikiran. Sekurang-kurangnya itu apa yang saya rasa. Tetapi percayalah, selepas semua masalah, ada kehidupan yang kuat, sihat dan bahagia yang menanti anda.
“Sebuah hidup yang lebih baik! Diri anda yang lama akan hilang, tetapi yang baharu ada di sini. Bukannya buruk, tetapi semangat yang lebih baik. Sesiapa yang berdepan ujian, ingatlah, Dia memberikan ujian paling getir kepada hamba-Nya yang paling disayangi,” tulis Adam pada 20 Februari lalu.
Adam sebelum ini pernah terlibat dalam program TV Rasa sebagai hos untuk Rasa Ketuhar Kuali dan jelajah Rasa Nusantara. Selain itu, Allahyarham juga merupakan salah seorang instafamous jemputan dalam Program TV Rasa Instafamous.
Semoga rohnya dicucuri nikmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber: Mstar Online & IG natashaamran
Selain Doa Ibu Ayah, Nak Pastikan Anak Makin Bijak, Kena Selalu Berikan 6 Jenis Makanan Ini!

Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.
Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya. Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.
Telur Baik Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi.
Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Pilih Anggur
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Malah antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin
dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda.
Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata. Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk sikecil anda.
Elak Kafein?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja. Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Multivitamin Sihat
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata.
Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari. Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.