Suami yang begitu sayang dan menghargai isteri akan sentiasa menjaganya walau dimana pun. Waima isteri jatuh atau sebaginya, dirinya tetap peluk dan cium isteri tanda kasih.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini.
Seorang kakak keluar dari klinik. Tiba tiba dia tergelincir jatuh atas anak tangga. Cepat cepat suaminya pergi angkat.
Suaminya periksa kaki,mungkin tidak terseliuh atau luka. Dia bangun berdiri terus peluk isteri. 1 minit juga dia peluk. Lepas tu dia pandang wajah isteri dia dan berkata sesuatu. Saya agak suaminya minta maaf sebab tak jemput dia untuk turun tangga.
Setelah berkata sesuatu diciumnya pula dahi isteri dan terus dipimpinnya tangan dengan penuh erat.
Saya sedang minum di kedai makan bersebelahan klinik tak sedar yang saya sedut limau ais sehingga tertelan biji limau. Inilah kali pertama saya tengok babak romantis sepasang suami isteri.
Teringat pula wife saya pernah tergelincir atas anak tangga dirumah. Tapi saya tak angkat pun hanya bertanya ok atau tidak. Allah… tak romantis betul saya ni. Nanti balik kampung saya nak buatlah macam abang tadi tu buat. Mesti wife saya suka.
Tapi nak tunggu dia tergelincir atas tangga tu macam mana ek.. . Tapi takpalah saya buat buat terlanggar dia time dia dok angkat baju di ampian. Nanti bolehlah saya ikut aksi macam abang tu buat kan kan.
Moral Kat sini. Para suami ini kena beri tumpuan sepenuhnya kepada isteri hatta jika isteri mengadu kena gigit nyamok sekali pun kita kena peka dan buat buat marah kat nyamuk tersebut.
Harap beri perhatian ya para suami jika nak jadi suami romantis
Tak Mahu Anak Lelaki ‘Naik Kepala’. Mak Ayah Sila Buat Cara Ni Dari Sekarang!
Bila ditanya tentang perbezaan menjaga dan mengasuh anak lelaki dan anak perempuan, rata-rata ada pengalaman menarik ingin dikongsi. Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
[su_highlight background=”#c0def9″ color=”#d41929″]Cara Didik Anak Lelaki[/su_highlight]
- Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah! - Bagi tahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni. - Jangan larang kalau anak kita nak bantu
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai saja. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya! - Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye. - Mula daripada sekarang juga
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.
– anak di bawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.
– kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.
Sumber : Taufiq Razif
Didik Anak Adab Masa Makan, Jangan Asyik Main Gajet. Ibu Luahkan Rasa Hati. Deep!
Memang mudah nak makan jika ibu ayah bagi anak main gajet, tapi kena tahu kesannya. Apa pun, seeloknya didik anak adab masa makan, bukannya asyik main gajet.
Ikuti luahan hati ibu ni Liyana Raya yang dipaparkan di laman facebooknya.
………………………………………………………………
Tolonglah….
WAKTU MAKAN BUKAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK TENGOK GADGET!
Bab tengok gadget ni saya takde masalah sangat….
Tapi kalau dah salahguna gadget waktu anak sepatutnya menjalankan rutin harian UTAMA dan ASAS seperti makan…..
Maka HENTIKANLAH!
Rimas sungguh saya tengok di mana2 saja……. anak2 kecil tengok gadget masa makan. Ni bukan kat KL je tau,satu Malaysia benda ni dah berleluasa!!!!
Masa makan kot…. banyak adab nak ajar anak kecil tu! Banyak kemahiran nak ajar anak kecil!
Islam dah menggariskan adab masa makan yg sepatutnya buat apa:
✏️Sebelum makan basuh tangan.
✏️Baca doa makan.
✏️Makan pakai tangan kanan.
✏️Ambil makanan dekat dulu kemudian yg jauh. Utk anak kecil,time dia nak yg jauh,boleh ajar dia meminta naaaakkk…..
✏️Makan dengan mulut tidak berbunyi.
✏️Makan dengan tertib dan teratur.
✏️Makan dlm keadaan duduk.
Dah kalau asal masa makan je,anak hadap gadget,apa adab masa makan yg anak belajar?
Kemahiran motor halus yang dapat memberi manfaat kpd anak masa makan:
✏️Kekuatan jari jemari: Anak mencubit makanan,mengoyak,menggenggam——> benda asas utk kekuatan jari jemari mcm ni kalau anak dapat,bila sampai masa utk menulis nanti,dah mudah nak menulis tau!
✏️Koordinasi tangan dan mata: Masa makanlah masa yg sesuai utk anak tracking makanan yg jatuh tu kat mana,nak ambil makanan dengan cara mencapai,menggenggam,pusing tangan dan banyak lagi. Ni kemahiran ni penting time nak menulis esok—->nak track setiap perkataan dan huruf yg tertulis di papan hitam tu dah mudah.
Kalau tengok gadget,anak touch screen tu pakai satu jari je. Apa yg anak dapat dengan sentuh benda alah tu dengan satu jari????? Kemahiran apa yg anak dapat? Mai tolong habaq sat!
Kemahiran pengurusan tingkah laku ketika makan:
✏️Ini memang kena kerjasama mak dan ayah. Masa makan kena duduk. Utk anak kecil di bawah 2 tahun,masa makan biasanya mereka suka bergerak. Tak payah kejar sangat. Anda duduk banyak takpe. Sampai masa nak suap makan,anda gerak ke arah anak dan suap sambil panggil namanya.
✏️Kalau anak suka sangat nak bergerak dan mak ayah susah nak makan,berkorbanlah sekejap… sorang makan dulu sorang lagi layanlah anak sementara pasangan tengah makan. Tak rasa enjoy makan sama2? Tak payah la fikir sangat nak enjoy kalau dah ada anak. Sendiri yg nak anak kan… maka kena la berkorban apa saja. Kalau rasa tak sanggup nak berkorban tahap mcm ni,tak payah ada anak! Setel masalah. Lagipun nak susah sekejap time anak masih kecil je…nikmatilah saat kejar mengejar anak mcm ni …. bukan seumur hidup! Nak ajar anak berdikari mcm mana dah kalau tak sanggup nak berkorban sampai mcm ni sekali????
✏️Tingkah laku mendengar arahan dan fokus terhadap rutin dapat dibentuk pada ketika ini. Pada waktu inilah,anak belajar utk fokus. Fokus bukan bermaksud duduk diam. Fokus di sini adalah fokus kpd apa yg dimakan,bagaimana nak makan,mengeksplorasi tekstur dan kepelbagaian rasa makanan membantu kebolehan mendengar arahan dan fokus pada ketika ini.
Dah kalau time makan tengok gadget,pemikiran anak fokus kat gadget… dah tu bila masa nak fokus kpd perkara yg lebih besar dlm hidup kalau fokus kpd rutin harian pun dah terjejas mcm ni? Bila kat sekolah,cikgu complaint anak tak fokus,nak melenting pulak kat cikgu???? Ewah ewah… awak tu yg buat anak jadi tak fokus,cikgu pulak yg kena! Sendiri punya anak,sendiri la yg latih mcm mana! Setakat benda rutin harian mcm ni pun tak reti nak adjust dan latih anak,jangan salahkan org lain pulak! Segalanya bermula dari rumah ya. Dari kita ibu dan ayah si anak. Bukan dari org lain.
✏️Bila anak fokus kpd makanan,anak dapat menikmati makanan. Bila dia rasa nikmatnya makanan ni…. baru dia rasa tenang dlm hidup. Org yg tak tenang masa makan,tak enjoy rasa makanan…..tak nikmat hidup sebab kita hidup ni kena rasa banyak benda yg ada. Sia2 je hidup ni digunakan utk tengok gadget. Lebih baik menikmati makanan,baru ada feel nak hidup.
Waktu makan waktu yg sesuai utk latih oral motor anak:
✏️Saya tiada sekatan dlm memberikan anak makan dan explore kepelbagaian dan tekstur makanan sebab dengan cara inilah,saya tahu… otot mulut anak berfungsi dengan baik.
✏️Anak yang melalui proses makan tanpa gadget amat mudah nak bertutur dan berkomunikasi berbanding anak yg makan dengan gadget.
✏️Anak yg melalui proses makan tanpa gadget juga adalah anak yg jenis tidak memilih makan sangat. Bila anak makan dengan gadget,mereka tidak lihat sangat kpd apa yg disuap menyebabkan mereka akan mudah memilih utk sesetengah tekstur dan rasa makanan. Dah dia dok lihat gadget,tak lihat makanan…. memang tak nikmatlah nak rasa kepelbagaian rasa dan tekstur makanan.
Kuman masuk dlm mulut anak masa anak makan sepah2?
Saya tiada masalah dlm bab ni. Sebab saya nak persiapkan anak utk kehidupan berdikarinya,jadi saya tak sekat kuman masuk badan sebab utk anak saya bertahan,dia kena develop ketahanan badan melawan kuman yg masuk. Besides,kuman menang ada di mana2. Setakat kuman asas masuk dan create antibodi melalui reaksi batuk demam selsema,saya tiada masalah. Kalau kuman asas ni anak saya dah hadapinya dengan baik melalui demam,maka utk kuman2 besar yg masuk nanti,anak saya boleh bertahan??org yg tak pernah allow anaknya kena jangkitan kuman hanya akan menyebabkan anaknya tiada ketahanan badan. Nak anak develop ketahanan,kena dedahkan juga dgn kuman2 tertentu. Anak yg tak didedahkan,tiada antibodi atau protection yg dpt diberikan kpd badannya utk lawan kuman2 tersebut maka sistem imunisasi anak mudah lemah. This is life. Suka atau tidak,terpulang. Saya nak prepare anak utk dlm setiap apa jua keadaan sekalipun,anak saya boleh survive. This is how i do it.
Eh,dah bagi baby makan fries?
Saya respect ya setiap pemilihan ibu bapa utk bagi anak makan unhelathy or healthy food tu mcm mana. I have priority on what i do. Anak2 saya,sentiasa saya sediakan utk menghadapi keadaan yg teruk sekalipun supaya anak saya boleh survive. Dlm keadaan yg tiada makanan sihat suatu hari nanti,saya kena pastikan anak saya boleh makan banyak rasa dan tekstur makanan yg ada. Saya ada target dlm apa yg saya ingin capaikan. Jika anda target utk beri anak anda healthy food saja,saya respect but please jangan samakan saya dengan anda. Saya ada ilmu kenapa saya buat begini. Saya tahu mcm mana ototo mulut berfungsi,deria di setiap badan berfungsi,how do they develop into cognitive aspects sampai academic and mental health aspects. Saya tak pandang pada satu aspek sahaja…. again,point utama di sini adalah utk makan tanpa gadget.
Apa yg gadget boleh buat utk anak anda jika anda memilih utk bagi anak gadget ketika makan? Boleh fikirkan tak drpd apa yg saya dah tulis kat atas? Kalau makan kat kedai mcm disaster rasanya,mulakan dari rumah dahulu.
Tolong…. saya RIMAS tengok anak diberi gadget ketika makan. Begitu juga dengan ibu bapa on gadget ketika makan.
“Allahu..Ada Baby.” Lelaki Ini Kongsi Kisah Suami Isteri OKU Pendengaran Alami Motor Rosak Tengah Jalan
Kisah yang cukup menyentuh hati. Itulah yang boleh diungkapkan pada kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Demi anak, pasangan suami isteri OKU Pendengaran sanggup bersusah payah demi membawa anak mereka ke hospital untuk pemeriksaan.
Ikuti kisah pasangan ini yang dimuat naik oleh lelaki bernama Zairul Eizam di Facebook nya.
Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.
“Allahu, ada baby”.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.
Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.
“Bukit Subang”.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.
Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.
Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.
Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.
Kami bertukar motor. Mereka bawa motor saya dan saya bawa motor mereka. Dengan harapan, mereka selamat sampai ke rumah di Bukit Subang.
Posted by Zairul Eizam on Wednesday, 15 January 2020