Suami isteri jika nak bahagia sudah pastinya akan memastikan hubungan mesra dan romantik.

Malah, jika berjalan mesti nak pegang tangan atau makan  bersuap. Tidak dinafikan ia adalah penguat kasih sayang.

Tapi lebih manis hubungan romantik itu, jika pasangan melakukan ibadah bersama . Contohnya solat berjemaah atau betulkan bacaan pasangan.

Sweetkan! Ini namanya romantik dunia akhirat.

Ikuti perkongsian oleh Muhammad Yusof ini. Menarik dan inspirasi!

Lama jugak aku tak update status. Sibuk sikit loni. Jadi cikgu ni biasanya hujung-hujung tahun banyak kursus yang nak kena pergi.

Time kursus hari tu waktu maghrib isyak free, aktiviti bebas. So, aku pergilah solat dekat masjid dekat-dekat situ. Sampai-sampai boleh pulak eletrik takde kat masjid tu. Tapi alang-alang dah sampai kan, aku sembahyang jelah kat situ.

Habis solat, elektrik masih takde, jadi aku lepak luar jap ambil angin.

Sambil lepak kat beranda tepi masjid tu aku nampak sorang pak cik dengan anak dia. Macam tunggu seseorang.

Dia tanya aku ‘Dik dah habis sembahyang ke? Ada jemaah lagi tak?’ Aku jawab takde dah pak cik.

Tiba-tiba datang sorang mak cik dari arah tandas. Rupanya isteri pak cik tu.

Pak cik tu tanya aku sekali lagi ‘takde jemaah sembahyang kan dik?’ nakkan kepastian. Aku jawab takde dah pak cik.

‘Kita solat sini jelah, yang. Gelap ni, bahaya awak dok dalam masjid gelap-gelap ni..’ Pak cik ni kata kat bini dia. Then, solatlah pak cik tadi berjemaah dengan bini dan anak dia.

Berbekalkan lampu lilin yang malap, aku perhatikan je dari jauh keluarga yang bahagia dunia akhirat ni. Mesra betul dorang. Habis solat dorang berbual mesra. Mereka sedang menikmati ‘quality time’ bersama sekeluarga.

Dalam perkahwinan, ada orang kata nak jadi suami yang romantik ni suami kena jalan pegang tangan isteri sepanjang masa time shopping atau kena suap makanan kat bini masa makan kat restoran.

Tapi malam aku belajar bahawa istilah ‘romantik dunia akhirat’ ialah bila suami isteri dapat solat berjemaah bersama-sama. Bagi suami, belajarlah jadi imam kepada isteri. Tak susah mana pun.

‘Romantik dunia akhirat’ ni lagi best bila suami salah baca fatihah, isteri boleh betulkan, kalau isteri salah baca fatihah suami boleh betulkan. Inilah yang orang kata kata suami melengkapi isteri, isteri melengkapi suami.

Solat berjemaah ni jugak adalah short cut bagi suami dan isteri nak ke syurga. Dah berjanji sehidup semati takkan tak nak pimpin tangan bini sama-sama masuk syurga, kan?

Salam respect saya Muhammad Yusof buat semua pak-pak imam seluruh dunia .

Kredit: Muhammad Yusoff