Roasted Garlic Chicken, Cara Masaknya Simple & Anak Pasti Suka!

Share

Menyediakan menu yang enak dan istimewa  untuk dijamu kepada seisi keluarga sebenarnya amatlah mudah bila menyediakan menu nan satu ini; Roasted Garlic Chicken.

Penyediaannya cukup ringkas dan untuk yang ingin mencuba, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.

Dinner malam ni baba buatkan ROASTED GARLIC CHICKEN. Makan dengan Butter Rice. simple tapi sedap sebab aroma bawang putih dengan perahan lemon. Anak-anak memang terujalah. Bagi yang nak resepi boleh tengok kat bawah

1. BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN

1) Seekor ayam 1kg+
2) 1 biji bawang besar ( potong dadu halus²)
3) 7 ulas bawang putih (ketuk dah potong hancur²)
4) 1 sudu serbuk lada hitam
5) 1 3 sudu makan sos black pepper ( kalau takde bleh gantikan dgn sos tiram)
6) garam 1 sudu teh (bleh ejas ikut selera)
7) gula 1 sudu makan
8) lemon sebiji perah ambil airnya.
9) 2 sudu madu (optional)
10) 3 sudu minyak zaitun
11) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
12) Dua Sudu teh serbuk cili (jika suka ayam Bakar Rasa pedas²) – Saya pakai sos tiram gantikan sos blackpapper..utk Rasa pedas Saya guna serbuk cili.

1. POTONG & BERSIHKAN AYAM
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong.

Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam.

2. PERAPKAN AYAM
Campurkan bahan perap dan gaulkan di dalam bekas.

Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.

3. MASAK
Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.

A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib

Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.

B) Ketuhar / ‘Oven’

Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.

*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.

4. SIAP!
Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah.

Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar Via MAHN