Duduk rumah flat ni, banyak sebenarnya dugaan yang perlu dihadapi. Antara isu besar yang perlu penduduk tahan sabar jika bukan masalah berebut parking, mesti akan ada masalah dengan isu sampah.
Misalnya seperti yang dihadapi oleh seorang wanita ini yang berkongsi pengalaman hitamnya baru-baru ini di mana cermin kereta milik bapanya pecah dek kerana jiran yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dari tingkat atas rumah mereka.
Perkara ini dikongsikan di laman Tiktok miliknya sendiri menunjukkan keadaan kereta yang penuh dengan kaca pecah dari cermin keretanya dan sampah sarap yang bertaburan di dalam kereta tersebut.
Menurutnya, mereka sudahpun membaiki semula cermin kereta tersebut dan mengalami kerugian kira-kira RM500 dan RM100 untuk mencuci kereta. Malah, baginya ini bukanlah perbuatan khianat atau dendam kerana kawasan parkir itu sememangnua terbuka dan terdapat tong sampah besar yang disediakan untuk penduduk.
@piqahhhhs_Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yg ke kena tanggung 😮💨♬ original sound – ojccccc
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meminta wanita itu mengambil tindakan undang-undang dan menyaman pihak yang terbabit. Malah ramai yang menggesa wanita itu melakukan laporan polis bagi melindungi keselamatan mereka daripada kejadian yang tidak diingini.
Sumber : @piqahhhhs_
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/