Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul dalam Pengumuman bajet 2022 memaklumkan, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.
Menurutnya, bantuan tersebut akan diterima oleh keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan.
“Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.#Bajet2022 #KeluargaMalaysia.
Gambar hiasan.
Selain daripada Itu, sebanyak RM500 akan diberikan kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.
Ini bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.
Gambar hiasan.
Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Dalam pada itu, Bantuan Awal Persekolahan akan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta dan dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid-murid.
Gambar hiasan.
“Setiap awal tahun tentunya ibu bapa yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” katanya.
Ads
Tidak sekadar itu, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan sekolah.
Intipati lain Dalam Bajet 2022:
– Bajet 2022: Bantuan tambahan RM300 kepada isi rumah warga emas
– Bajet 2022: BKM manfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion
– Bajet 2022: Syarat kelayakan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169.
Ads
– Bayaran balik pinjaman PTPTN . Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman. Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman. Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan sebuah rumahtangga bahagia hingga akhir hayat.
Namun siapa kita untuk menidakkan takdir jika itu sudah tertulis. Pelbagai alasan sebuah perkahwinan itu tidak bahagia. Namun itu asbab berlakunya perpisahan.
Namun setiap yang berlaku perlu pasrah dan hidup perlu diteruskan. Usah toleh lagi kebelakang pasti bahagia menjelma tiba.
Namun ia tetap menjadi kenangan buat diri untuk lebih matang bagi meneruskan kehidupan. Begitulah pendedahan yang dikongsi oleh seorang wanita mengenai kisah hidupnya menerusi group MASAK APA HARI NI, Lizana Abdul Malik yang berpisah dengan suami disebabkan tidak pandai memasak.
Menerusi group itu, beliau berkongsi sekeping gambar masakan sambal petai yang dimasak oleh anaknya. Dalam pada itu, mengingati memori punca keruntuhan rumahtangga dikatakan tidak sefahaman dan kerap makan dikedai.
Dalam pada itu, warganet melahirkan rasa simpati, ada juga berkongsi pengalaman yang sama dan juga sebaliknya.
Siapa sangka, isu masak dijadikan alasan rumahtangga tidak bahagia. Apa yang pasti, sebuah rumahtangga itu setiap pasangan perlu saling lengkap melengkapi. Moga jadi iktibar bersama.
_______________________
Anak balik dari Matriks lepas berkurung 5 bulan lebih di Kolej. Harini dia masak nasi lemak sambal udang petai.
Dulu masa saya kawin memang saya tak pandai memasak langsung. Siap kena cerai sebab katanya tak sefahaman, bini tak pandai masak dan asyik makan kat kedai.
Saya takmo berlaku yang sama kat anak saya. So saya ajar sikit sikit ilmu memasak walaupun boleh google. Sebab google tak detail ajar pecah minyak tumis tu macamana jadi benda gini saya yang nak kena ajar.
Ilmu resepi google tu berlambak tapi tips untuk masakan lebih enak tu tak banyak.
Mudah mudahan jadi ilmu yang bermanafaat untuk dia nanti.
Batuk berpanjangan pastinya buat kita rasa tidak selesa. Walaupun habis sebotol ubat namun batuk masih lagi ada dan mengganggu pernafasan.
Bila diserang dengan masalah batuk berpanjangan, terasa cukup meletihkan. Sedikit sebanyak ia pasti menganggu proses pernafasan serta rutin dalam melakukan aktiviti seharian.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hendak mendidik anak adalah cabaran yang berat, apalagi jika anak tak dengar cakap atau dengan kata lain degil.
Lain dikata, lain dibuatnya. Kadang kala, ibu bapa berada dalam keadaan sukar apabila anak melakukan berkelakuan begini.
Tapi tahukah anda bahawa anak degil ini, ada pro dan kontra sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Mohd Fhais Salim yang sering mencatat mengenai periku laku kanak-kanak di facebooknya.
Sayangnya kita selalu marah anak yang degil ni. Kalau nak tahu anak yang degil ni ada willpower yang kuat, memang karakter dia Allah jadikan begitu.
Kelebihan anak degil
Patut syukur anak degil sebab banyak sangat kelebihan dia. – dia tak mudah putus asa – dia tetap pendirian – dia tak mudah dipengaruhi – dia kuat mental & emosi – dia ada mindset orang berjaya – dia kuat usaha – dia sekali dah pasang azam akan dia usaha-usaha sampai dapat
Anak degil ini sebabnya
Tapi oleh sebab kita ni susah nak nampak kelebihan-kelebihan dia ni kita jadi cepat sangat, – menghukum dia – besar-besarkan salah dia – tak dengar keluhan dia – buruk sangka pada dia – terlalu keras & kasar pada dia
Oleh sebab itu juga la dia jadi makin degil.Mulanya dia degil pada karakter sahaja, tapi lama-kelamaan hati dia pun mendegil.
Sebabnya bila kita tak faham dia, dia pun memilih untuk tidak memahami kita. Masa tu marah la teruk mana pun, jerit la kuat mana pun, bila hati dah keras satu perkataan kita pun tak akan dapat lepas gegendang telinga dia. Sayangnya… Sayang la anak tanpa syarat, degil bukan saja-saja tapi degil banyak kelebihan..
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...