
Itulah namanya rezeki, asalkan rajin berusaha pasti ada habuannya yang setimpal.
Umpamanya wanita ini yang mencari rezeki dengan menjahit. Walau hanya menggunakan mesin jahit portable biasa, namun kesungguhan dan minatnya dalam bidang jahitan bukan mustahil untuknya meraih pendapatan. Paling tidak dapat juga meningkatkan lagi sumber ekonomi untuk keluarga.
Jadi ayuh kita cedok semangat ini, semoga lebih ramai ibu-ibu menjadi lebih berani dan yakin untuk lakukan apa yang diminati sebagai langkah untuk menjana pendapatan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum ..Sekadar berkongsi dengan kawan-kawandalam group ni.
Saya hanya guna mesin jahit portable untuk menjahit tilam baby dan jual di shopee. Saya konsisten menjual tahun lepas dan dapat income macam dalam gambar.
Alhamdulillah, rezeki. Saya jual set tilam baby dan sedikit barang baby readystock.
Bukan nak riak,sombong dan bongkak, sekadar berkongsi.
Saya tak pernah pergi kelas menjahit, belajar sendiri, try and error. Menjahit pun guna mesin kecil comel ini saje. Jual di shopee pun belajar sendiri je. Try and error jugak.
Doakan saya dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik tahun 2020 ni.
sumber : Nur Suraya Dollah Via Geng Suka Menjahit
Cara Mudah Susun Buku Sekolah Dalam Fail Berzip. Ibu Ayah Tak Pening, Anak-Anak Jadi Lebih Berdikari!

Kurang dari sebulan sesi persekolahan baru nak bermula. Mak ayah yang anaknya pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah dah nervous siapkan apa yang patut untuk kegunaan sekolah.
Dalam banyak-banyak hal berkaitan sekolah, yang akan huru-hara hidup mak ayah semestinya melengkapkan buku anak mengikut jadual harian mereka.
Mana tidaknya, nak cari buku latihan satu hal, buku teks satu hal. Kemudian nak pastikan semua buku itu ada, kena buat dua tiga kali pemeriksaan, barulah rasa lega.
Kini tidak lagi! Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, dia berkongsi cara untuk menguruskan buku anak-anak dengan mudah menggunakan fail berzip mengikut pelajaran. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak untuk melatih mereka mengikut jadual, malah buku yang disimpan juga terjaga dengan rapi.
Contoh boleh diguna pakai utk parents yg anak baru nak darjah 1, kami buat kat si abg qimie dari darjah 1 dan sehingga sekarang darjah 4 alhamdulillah last dia berdikari dan mudah utk dia atoq jadual sendiri :: 😍❤ kongsi dari rakan fesbook jugak
1. Senang anak ikot jadual
2. buku terjaga dan xlunyai
3. xberselerak dan bercampur dalam beg
4. Confirm buku xkan tercicir
Kredit: Raihan rashid
Gambar: Fariha Norbaya
Cara ibu ini diakui oleh orang ramai yang menggunakan kaedah yang sama untuk anak-anak mereka. Walaupun nampak seperti beratkan beg dengan fail tersebut, tapi sedikit sebanyak kita boleh melatih anak-anak menguruskan jadualnya sendiri di masa akan datang.
Sumber : Siti Amimah
Berjimat Sudah, Menabung Pun Sudah. Tapi Ketahui Juga Ada Cara Lain Yang Boleh Pastikan Masa Depan Keluarga Lebih Terjamin!

Menyentuh tentang perancangan kewangan keluarga, semua antara kita sedia maklum akan kepentingannya. Wang gaji atau sumber pendapatan keluarga yang diperolehi perlu diurus sebaiknya oleh suami sebagai ketua keluarga. Bahkan tidak ada salahnya bila suami turut melantik isterinya sebagai ‘Penasihat Kewangan’ dengan tujuan untuk sama-sama dapat mengurus dan merancang kewangan agar lebih teratur.
Apatah lagi bila memikirkan perlu menyediakan sumber kewangan yang secukupnya untuk pembiayaan sekolah anak-anak dari tadika hingga ke menara gading. Jika ingin dihitung, bukan suatu jumlah yang sedikit diperlukan. Begitu juga perlu berjimat dan menabung untuk membuat persiapan diri bagi menempuh waktu persaraan yang lebih selesa kelak.
Hakikatnya, apa sahaja perancangan mahupun persiapan kewangan masa kini yang kita laksanakan akan menentukan bagaimana kehidupan yang akan kita lalui kelak. Sama ada lebih memudahkan atau sebaliknya.
Ini seiring dengan pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”. Jadi andai pula berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diri, sekurang-kurangnya kita boleh mempersiapkan ‘bekalan’ untuk keluarga yang ditinggalkan agar mereka dapat terus dilindungi dan menjalani kehidupan tanpa perlu memikul beban kewangan akibat kegagalan kita merancang peninggalan legasi yang baik.
Rancang Masa Depan Dengan Pelan A-Life Legasi
Perancangan kewangan yang baik, bermula dengan pengurusan legasi yang betul. Menyedari akan kepentingan pengurusan legasi bagi sesebuah keluarga, AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) memperkenalkan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful keluarga yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.
Legasi itu sendiri membawa maksud pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan kepada era baru yang lebih terjamin.
Hibah Ringankan Beban Keluarga Teruskan Hidup
Istimewanya pelan A-Life Legasi ini selain patuh syariah, ia memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau semasa mengerjakan haji atau umrah termasuk juga perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Pelan ini bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta yang menawarkan nilai perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan akan membayar sehingga 6 kali ganda jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Malah pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan hingga RM4 juta tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini akan menjadi legasi untuk diwarisi oleh anak-anak dan pasangan agar mereka dilindungi dari aspek kewangan dan tidak terus dibebani akibat kemalangan atau pemergian yang tidak diduga.
Berganda Wang Simpanan Dengan Akaun Legasi
Tidak dinafikan, pelan ini juga memberi peluang keemasan untuk kita meningkatkan simpanan melalui ganjaran yang berterusan dan amat rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Sebagai contoh agar lebih mudah difahami berkenaan keistimewaan pelan A-Life Legasi ini; jika pelanggan mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik yakni membuat caruman dalam tempoh ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap 2 tahun, pada tahun ke 20 dan pada tempoh sijil matang.
Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada pelanggan.
Amal Jariah Bekalan Akhirat
Satu lagi keunikan pelan A-Life Legasi ini adalah ciri amalnya yang menyediakan saluran mudah kepada para pelanggan untuk menyumbang dan menginfaqkan faedah Takaful secara berterusan kepada komuniti dan golongan yang memerlukan.
Pelanggan boleh memilih untuk menyertakan manfaat tambahan (rider) A-Plus Infaq kepada pelan asas A-Life Legasi dan berkongsi legasi yang dibina bersama badan-badan amal pilihan pelanggan atau rakan amal rider iaitu Mercy Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Ini bermakna andai pelanggan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, amaun perlindungan rider akan disalurkan terus kepada badan amal tersebut tanpa memerlukan bantuan pihak luar.
Dengan adanya pelan menyeluruh seperti A-Life Legasi ini, ia bukan sahaja memudahkan kita untuk membuat persiapan kewangan yang mantap untuk diri dan tersayang, bahkan secara tidak langsung dapat membantu kita memungut saham akhirat melalui sedekah jariah kepada masyarakat.
Apa yang penting adalah kita perlu niat dan berusaha untuk melakukan yang terbaik sebelum berserah kepada ketentuan Ilahi. “Usaha dengan Takaful, Pelengkap Tawakal Anda”
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaq serta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, layari:
Laman web: https://www.aia.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/aiapublictakaful/
Instagram: https://www.instagram.com/aiapublictakaful/
Nasib Isteri & keluarga Mangsa Terbela, Raih Sumbangan RM204,322 Dari Orang Ramai

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang berita kemalangan ngeri yang melibatkan seorang penghantar makanan maut di tempat kejadian dan seorang lagi penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah akibat dirempuh oleh dua kenderaan.
Berikutan kes ini, ada seorang individu tampil membuka tabung bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @bangsabertauhid, difahamkan mereka berjaya mengutip kutipan sebanyak RM204,322 hasil sumbangan masyarakat pemurah dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu, individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menderma bersama bagi membantu meringankan keluarga mangsa terlibat.
“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk misi-misi akan datang. Lets thanks each other di ruangan komen,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sebaik sahaja menutup tabung misi tersebut, individu itu turun padang bagi melawat keluarga mangsa terlibat bagi memberikan kutipan duit yang diperoleh terutamanya isteri penghantar makanan maut yang juga sebenarnya mereka baru sahaja menikah dua minggu lalu serta isteri penunggang motorsikal yang kini sedang sarat mengandung.
“Jumlah kutipan adalah sebanyak RM204,332. Selepas itu, saya bahagi kepada dua keluarga mangsa iaitu yang meninggal dunia dan cedera parah.
“Jadi, saya bahagi sama rata. Setiap keluarga dapat RM102,161. Kemudian, untuk setiap keluarga pula saya pecahkan kepada isteri dan orang tua si suami.
“Untuk mangsa cedera parah, saya berikan 80% pada isteri sebanyak RM81, 728.80. Kemudian, baki diberikan kepada untuk ibu bapa sebelah suami dapat RM20,432.20.” katanya.
Seterusnya, dia menyatakan jumlah diberikan kepada keluarga mangsa yang maut iaitu sebanyak RM51,080.50 kepada si isteri dan RM51,080.50 kepada ibu arwah.
Perkongsian itu menerima pujian ramai netizen di mana mereka turut suka dengan cara agihan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa terlibat.
Bukan itu sahaja, bahkan penderma juga dapat mengetahui seberapa banyak wang disalurkan dan dapat dilihat dengan jelas mengenai pengaliran wang sumbangan tersebut.
Sumber : Instagram @bangsabertauhid
Sumber: Instagram @bangsabertauhid