Kekeluargaan

Rita Rudaini Ikon Ibu Tunggal, Diambil Sebagai Duta Baju Raya

Share

Tak dapat menafikan bahawa Rita Rudaini merupakan seorang ikon bagi wanita ibu tunggal.

Beliau besarkan 2 orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, seorang diri sejak 10 tahun yang lalu. 

Bukan senang untuk seorang ibu membesar anak-anak tanpa bantuan orang lain. 

Baru-baru ini Rita Rudaini dan anak-anaknya diambil sebagai model baju raya. 

Tindakan yang dibuat oleh pemilik jenama baju itu untuk ambil Rita yang merupakan ibu tunggal sebagai model merupakan satu tindakan yang bijak. 

Tambahan pula, Rita pernah mengatakan bahawa dia menghantar anak-anaknya ke sekolah swasta kerana dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Hal ini sedikit sebanyak boleh membantu Rita dari segi kewangan sebagai ibu tunggal.

Menerusi posting Rita di akaun Instagramnya, dia mula mempromosikan jenama baju itu sejak bulan lepas. 

 

Segak betul anak-anaknya memperagakan baju melayu cekak musang dan teluk belanga. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. 

Bukan itu je, jenama itu juga meraih perhatian netizen kerana dikatakan mengutamakan ibu tunggal. 

“ Angkat kegigihan seorang ibu tunggal yang berjaya mendidik anak-anak dia,” – Netizen

Rita turut mendapat pujian oleh netizen katanya tidak menua dan masih kekal cantik. 

 

 

“Rita ni tak menua ke? Cantik betul,” – Netizen 

Rita dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berpisah 2013 selepas didakwa susulan orang ketiga.

MESTI BACA : “Anak-Anak Pun Dah Besar” Rita Rudaini Tak Pernah Hasut Anak Benci Bapa!

“Selagi Mampu, Doakan Mommy Sentiasa Kuat” Demi Masa Dengan Anak-Anak, Rita Rudaini Sanggup Berkorban!

Bila Semak Kerja Sekolah Anak, Gelagat Rita Rudaini Buat Ramai Terhibur!

Sumber : Instagram Rita Rudaini, Twitter AinulNunanaa

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my