Risiko Keracunan Bila Basuh Makanan Dengan Sabun. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya.

Share

Oleh kerana kerisauan yang melampau memgenai virus bahaya ini, covid-19, ada segelintir wanita membasuh makanan, sayuran dan buah-buahan menggunakan bahan pencuci. Dengan alasan untuk menyingkir virus ini.

Bagaimana pun cara ini membahayakan kesihatan. Menerusi perkongsian seorang doktor ini menjelaskan mengeni hal ini.

“Mie! Hello Mie! Aku sakit perut ni. Cirit. Aduh.”

Biasalah rakan-rakan ni manja-manja sayang saja dengan aku. Mereka ni kalau sakit mesti nak mengadu dan telefon aku untuk beritahu.

“Nape weh? Kesian. Kau makan apa sampai sakit perut, cirit-cirit ni?” Balasku.

“Tak makan apa-apapun. Makan hailan ikan masin wife aku masak. Semalam sup sayur dengan ikan bawal goreng. Sedap wei ada perisa lemon-lemon.”

Yelah, bini masak tentu sedap. Bini masak dengan kasih sayang. Efek dia lain. Melekat beb. Takde lah sampai para suami nak makan luar dah.

Tapi masa kawan aku ni cakap ada perisa ‘lemon-lemon’ aku terus rasa sesuatu yang tak kena. Semua masakan perisa lemon? Hmmm. Agak ganjil.

“Semua kau makan rasa lemon ke? Berapa hari dah?”

“Dah dua minggu dah.”

“Cuba kau check kat dapur kau tu. Pakai sabun basuh pinggan jenis apa?” Aku tanya untuk kepastian. Mana lah tahu kan.

“Pencuci Ax*on lemon, bro,” jawab kawan ringkas.

“Cuba kau tanya wife kau. Dia basuh makanan pakai apa?”

Kami putuskan talian. Aku menunggu kawan aku telefon balik selepas dapat informasi dari bini dia.

“Sah bro. Sah. Wife aku basuh makanan pakai sabun ax*on lemon.”

Terkedu juga aku mendengar apa yang dikatakan kawan aku. Haha.

“Sah… sah kau dah keracunan.” Maaf ketika itu aku gelak saja. Kesian kawan aku tu.

BEGINI CARA YANG BETUL

COVID-19 dijangkiti melalui droplet (batuk dan bersin) dari manusia yang dijangkiti ke manusia lain. Pada masa ini tiada bukti penularan melalui makan atau barang dapur/bungkusan.

Jika rasa was was atau khuatir sangat, kita hanya bersihkan bahan dapur seperti bawang, sayur-sayuran, ikan, ayam dan buah-buahan dengan air mengalir. Hilangkan kekotoran.

Jika sayuran berdaun, kita boleh rendamkan dalam bekas atau besin dalam beberapa minit dan kemudiannya tuang/buang air. Lakukan 2 kali. Lebih pun atas kau orang.

Jika bahan dapur seperti buah, potato atau sayur jenis keras, boleh lah gosok-gosok sikit. Kemudian lalukan atau bilas bawah air mengalir.

Kalau rasa ‘paranoid’ sangat, boleh juga rendamkan dalam air panas dalam beberapa minit.

Untuk masakan, boleh masak menggunakan suhu melebihi 65 darjah celsius. Ni seperti kebiasaan.

Kalau mengendalikan bungkusan makan, hanya basuh tangan. Bungkusan itu tak jangkit. Tangan kita yang boleh tular virus jika pegang mulut, hidung dan mata.

Semua langkah dan kaedah di
atas perlu dilakukan selepas basuh tangan dengan sabun selama 20 saat. Basuh tangan juga selepas mengendalikan makan atau bungkusan makanan.

Yang paling penting, jangan sesekali basuh atau cuci makanan dengan sabun. Nanti masakan berperisa sabun. Berisiko keracunan pula. Kesian laki dan anak-anak kau orang.

Masa aku menaip status ni memang aku tergelak. Maaf, tak boleh tahan. Hihi.

Sumber: Dr Zek