Apabila anak sudah melangkah ke alam persekolahan iaitu darjah satu, ramai ibu bapa mula merasa risau dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. Pun begitu kerisauan itu hanya sementara. Apabila anak sudah tiga bulan bersekolah dan mula membiasakan diri dengan persekitaran, ibu dan ayah mula lepas tangan.
Mungkin mereka merasakan anak sudah mula serasi dengan keadaan dan jadual yang baru atau juga mengharapkan guru seratus peratus untuk menjaga anak kecil mereka.
Risiko pelbagai masalah seperti kemalangan atau apa sahaja tidak hanya terjadi apabila anak sudah mula serasi dengan persekitaran. Apapun keadaannya, anak anda masih kecil dan seharusnya dipantau dari semasa ke semasa. Risiko anak di sekolah? Ibu ayah sentiasa kena ambil tahu. Jangan leka!
Lapan perkara ini perlu anda ambil kira dan sentiasa beritahu anak-anak.
1. Jangan Bersendirian
Pesan pada anak jangan bersendirian ketika di sekolah. Jika mahu ke tandas, koperasi, kantin atau ke mana sahaja di dalam kawasan sekolah, pesan pada anak supaya dia mengajak kawan menemaninya. Selain aspek keselamatan, anak juga semakin pandai berkawan.
Ads
2. Tahu Persekitaran Sekolah
Ketika mendaftarkan anak di sekolah, sebaiknya periksa semua persekitarannya supaya apabila anak bercerita kepada anda sebaik pulang daripada sekolah, anda sendiri sudah dapat membayangkan. Malah anda juga dapat sentiasa mengingatkan mana-mana kawasan yang dirasakan agak sunyi atau berbahaya kepada anak kecil anda.
3. Aspek Kebersihan
Risiko anak terdedah kepada keracunan makanan daripada makanan yang disediakan di kantin sekolah tidak mustahil. Jika tidak soal kebersihan diutamakan, siapa tahu anak anda sendiri yang mengalami alahan kepada satu-satu jenis makanan. Jadi pastikan anak anda bijak memilih makanan yang tepat. Mungkin mengajarnya membeli makanan dipersekitaran yang bersih adalah satu langkah bijak.
4. Berada di Kawasan Sekolah
Ajar anak supaya tidak mengikuti atau menumpang sesiapa ketika habis sesi persekolahan. Minta dia menunggu bas sekolah di dalam kawasan sekolah dan keluarlah daripada pintu pagar sekolah sebaik bas telah sampai. Ini penting.
Ads
5. Jangan Berlari
Sentiasa berpesan pada anak akan bahaya berlari-lari di dalam kawasan sekolah atau ketika bermain. Peralatan sekolah seperti kerusi dan meja, kawasan yang sempit atau juga longkang berbahaya misalnya perlu diambil kira. Mintalah dia berhati-hati kerana ini mungkin membahayakan mereka.
6. Kenalpasti Objek Bahaya
Minta anak tidak bermain-main atau bergurau senda dengan alat-alat tulis yang agak tajam dan mempunyai risiko seperti gunting, pisau dan sebagainya. Walaupun kecil namun objek ini terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan. Pastikan anak anda tahu menggunakan peralatan tersebut dengan betul. Jelaskan kepada mereka akan bahayanya.
Ads
7. Rujuk Guru
Pesan pada anak supaya sentiasa memberitahu guru walau ke mana dia pergi. Ini bukan sahaja lebih selamat malah ia mendidik anak untuk lebih menghormati guru.
8. Tanya Anak
Setiap kali selepas anak pulang dari sekolah, tanya anak apa yang dia buat di sekolah pada hari tersebut. Ini membolehkan kita tahu apa dia buat misalnya seperti bermain, berlari atau juga mencuri waktu belajar. Kanak-kanak suka berterus terang dan apabila amalan ini dilakukan setiap hari, lama-kelamaan ia menjadi perkara biasa dan kita lebih tahu apa yang anak kita lakukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati-hati bila anak terlalu BEREMOSI dengan benda!
Itu petanda bahawa anak dah tersalah tafsir tentang emosi dan benda. Benda tak boleh buat kita gembira. Benda juga tak boleh buat kita sedih.
Terutama emosi kepada mainan!
Gara-gara mainan dia boleh berbaring tengah tengah mall, meraung nak beli mainan kegemarannya.
Kerana mainan juga dia sanggup bergaduh dengan adik beradik dan kawan-kawan.
Kerana mainan juga anak boleh menjerit pada mak ayah. Ini bahaya!
Terlalu beremosi dengan benda buat tempoh yang lama boleh merosakkan sistem Limbic ( otak emosi ) anak dan menolak segala hubungan emosi dengan manusia.
Akibatnya ;
1 – Cakap mak ayah langsung tak di dengari kerana tak ada kesan emosi
2 – Malah bersikap kurang ajar pada mak ayah seperti jerit, marah dan tantrum
3 – Tidak rasa gembira bila bermain dengan kawan-kawan kerana tiada emosi
4 – Suka habiskan masa sendirian dengan benda yang dia suka
5 – Tak peduli apa pun yang berlaku di sekeliling, dia dengan dunia dia.
6 – Kemahiran sosial sangat lemah dan susah nak berkawan.
7 – Dengan adik beradik pun dia boleh bermusuhan dan dengki.
Membeli anak mainan tak salah tapi biar la berpada-pada. Jangan gunakan mainan tu sebagai pengubat emosi.
Nak gembirakan anak tak semestinya kena “Spent Money”, anak lebih gembira jika kita dapat “Spent Time” dengan mereka.
Time is more expensive than money..
Mohd Fhais
Sesungguhnya duit segunung pun belum tentu boleh beli semula 1 saat yang dah berlalu.
p/s : Sekiranya penulisan ini bermanfaat sila kongsikan pada mak ayah lain ye supaya mereka pun dapat tempias manfaatnya.
Sumber: FB Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon, Zahirah Macwilson yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya membuatkan ramai yang teruja bila mana berkongsi menu pantangnya yang cukup menyelerakan.
Zahirah yang kini berada di Perth, Australia dijaga dengan baik oleh ibunya yang menetap di sana.
Menerusi Instagramnya, Zahirah memuat naik beberapa jenis menu pantang yang disediakan oleh ibunya sepanjang berpantang. Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuji air tangan ibunya.
“Pantang-ing goodness! Best ever! Thank you mama. Mama kena buat recipe book lah lepas ni, betul tak?” tulisnya.
Saran ibu bukukan resepi
Menu pantang air tangan ibunya, Maslinda Yusoff juga begitu berwarna warni serta penuh nutrisi sekaligus membuka selera buat yang melihatnya.
Perkongsian daripada Zahirah itu sudah pastinya menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata turut teruja melihat menu-menu tersebut kerana cukup menyelerakan.
Terdahulu, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 29 telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Australia pada 31 Mei 2024.
Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...