Jangan tak percaya, ada di kalangan orang dewasa mempunyai rasa takut melampau atau fobia berjumpa doktor gigi bagi mendapatkan rawatan.
Malah ada yang sanggup menahan rasa sakit sehinggalah tidak dapat lagi dikawal barulah ke klnik gigi untuk mendapatkan rawatan.
Sebagaimana perkongsian ini, doktor gigi ini berkongsi tip seorang pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Untuk mengelak pesakitnya pitam akibat gemuruh ketika mendapatkan rawatan. Ia bagi mengelak tekanan darah pesakit naik hingga boleh mengundang bahaya.
Nak tahu tip menafaat ini ikuti perkongsianya.
Encik, encik ok ke? Dia mengangguk-angguk kepala. Risau pesakit pitam..kerana beliau ada tekanan darah tinggi. Namun sebelum prosedur, pesakit maklumkan bahawa dia sudah makan ubat dan monitor bacaan tekanan darah tingginya baik-baik saja.
Sebenarnya ini kes pesakit saya semalam, sebaik sahaja selesai cabut gigi gerahamnya. Darah keluar tidak berhenti-henti seperti air paip bocor. Kelam kabut kami dibuatnya.
KENAPA BERLAKU PENDARAHAN? Ini adalah hiperemik, bermaksud tisu yang mengelilingi gigi sangat radang dan bengkak dengan salur darah – salur darah kecil. Justeru itu, selepas cabutan gigi, tisu-tisu ini lebih berkemungkinan untuk berdarah secara berlanjutan. . Saya mengaplikasi tekanan secara manual pada kawasan cabutan menggunakan pek gauze. Saiz gauze perlulah kecil supaya hanya melitupi soket cabutan. Gauze yang digunakan boleh dilembapkan supaya darah tidak membeku pada gauze dan darah beku yang terbentuk tidak tertarik daripada soket apabila gauze dikeluarkan.
Ads
Kemudian saya jahit gusi bekas cabutan dan pesakit menggigit gauze kuat. Pesakit duduk rehat sementara saya menghabiskan pesakit lain. Kemudian saya panggil pesakit semula dan memeriksa darah.
Alhamdulillah setelah tiada pendarahan yang banyak baru saya benarkan pulang. Terdapat sedikit darah tercampur dalam air liur. Oleh itu, pesakit tidak perlu terlampau bimbang dengan jumlah kehilangan darah yang dialami. Selepas prosedur cabutan, pesakit dinasihati untuk menggigit (bukan kunyah) pada gauze selama 30 minit. Gauze perlu disimpan dalam mulut selama 30-45 minit. Pesakit juga dinasihati mengurangkan percakapan untuk 2-3 jam selepas cabutan. . APA YANG PATUT ANDA TAHU SEBELUM CABUT GIGI?
Doktor gigi atau pembantunya akan mengambil sejarah peristiwa yang boleh memberi kesan selepas cabutan. Beberapa soalan akan ditanya berkenaan penyakit yang mungkin ditanya sebelum cabutan, contoh samada terlupa mengambil ubat, riwayat penyakit pembekuan darah, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Pesakit dengan bacaan tekanan darah sebanyak 160/100 mmHg ke atas lebih berkemungkinan untuk berdarah. Cabutan sebolehnya ditunda dan sekiranya perlu, pesakit dirujuk kepada pengamal perubatan untuk mengawal tekanan darah mereka. . BERIKUT ADALAH TIPS PENGHIDAP TEKANAN DARAH TINGGI SEBELUM MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK PERGIGIAN :
Ads
1. Rehat dan tidur secukupnya sebelum ke klinik pergigian. Badan yang kepenatan biasanya meninggikan tekanan darah. 2. Datang ke klinik pergigian pada awal pagi apabila badan anda masih segar dan bertenaga. 3. Makan sebelum datang kerana rawatan pergigian mungkin akan mengambil masa yang lama dan mengelakkan rasa pening dan pitam. 4. Pastikan ubat tekanan darah tinggi yang dibekalkan oleh doktor perubatan diambil mengikut preskripsi. 5. Jangan terlalu takut atau gementar untuk berjumpa doktor gigi. Beritahu doktor jika anda mengalami perasaan takut yang melampau dan ambil masa untuk tenangkan diri. Sekiranya tekanan darah masih tinggi setelah mengamalkan semua tips diatas, biasanya anda akan dirujuk kepada pegawai perubatan untuk memantau dan mengawal penyakit hypertensi dan rawatan cabutan akan diteruskan apabila tekanan darah anda lebih terkawal. . ADA APA YANG BOLEH DIELAKKAN SUPAYA PENDARAHAN TIDAK BERLAKU?
1. Pesakit disarankan supaya tidak merokok untuk sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan kerana akan mengganggu proses penyembuhan. Merokok boleh mewujudkan tekanan negatif yang boleh menyebabkan darah beku terganggu. 2. Pesakit juga perlu mengelakkan daripada menghisap atau meludah terlalu kerap kerana ini akan mewujudkan tekanan negatif dan menganggu darah beku. Penggunaan penyedut (Straw) selepas cabutan juga tidak digalakkan. 3. Pesakit dinasihati untuk berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak selama 24 jam selepas cabutan. Ini kerana tekanan darah mungkin naik dan seterusnya menyebabkan pendarahan. . LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL JIKA PENDARAHAN MASIH TIDAK BERHENTI ➡️ Elakkan daripada berkumur berketerlaluan kerana ini akan mengeluarkan darah beku dari soket. ➡️ Kemudian, sekeping gauze perlu digigit di kawasan cabutan selama lebih kurang 30 minit. Gauze perlu digigit dengan tekanan yang setara. ➡️ Uncang teh juga boleh digigit selama 30 minit. Uncang teh perlu dilembapkan dengan air dan kemudiannya dilipat setengah. Asid tannik di dalam teh berfungsi menghentikan pendarahan dengan menyebabkan konstriksi salur darah. ➡️ Jika tiada kedua-dua gauze atau uncang teh, sapu tangan kapas yang bersih boleh dilembapkan dan digunakan juga. (Jangan sesekali menggunakan kertas tisu atau kapas pada peringkat ini). ➡️ Gulungkan sapu tangan supaya boleh muat diantara gigi bersebelahan soket. Ia perlulah cukup besar supaya apabila gigi dirapatkan, gulungan ini mengenakan tekanan yang mencukupi kepada soket. ➡️ Sekiranya pendarahan berterusan selepas tekanan dikenakan selama 30 minit, hubungilah klinik pergigian untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Sekian, semoga bermanfaat.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.
Sebab itu haiwan ini sering dilayan bagaikan anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing mulai kencing merata.
SItuasi ini selalu berlaku apabila kucing telah mencapai umur yang sesuai untuk mengawan sekitar umur 5 hingga 12 bulan.
Kecenderungan kucing pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.
Selain najis yang perlu dibersihkan, masalah ini menimbulkan bau kurang enak pada ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini apatah lagi jika ia terkena pada sofa, permaindani, tilam mahupun dinding rumah.
Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk menghalang kucing kencing bersepah.
1. Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi dan semburkan di kawasan kucing sering kencing di dalam rumah. Boleh juga diletakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing sering kencing.
3. Belerang
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.
4. Cuka
Jika anda kucing baru saja kencing di satu tempat, segera bersihkannya.Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.
Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
5. Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter box’ dan latih haiwan ini untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.
6. Kasi Kucing
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucinng berumur 6 bulan. 90 peratus kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila terlalu lama menggunakan set sofa tentunya keadaanya semakin hari semakin kusam, uzur malah ada pula di bahagian-bahagian tertentu terkoyak. Ini membuatkan semangat untuk membeli set sofa baharu semakin memuncak. Namun bila mengenangkan harga yang perlu dibayar, telan air liur juga dibuatnya disebabkan ada yang mencecah hingga ribuan ringgit.
Sebab itu, selagi sofa yang ada boleh dibaik pulih adalah lebih baik anda beranikan diri untuk menukar sarung sofa tersebut secara DIY sepertimana yang dibuat oleh Ayuz Ismail.
Menurutnya pada awal dia tidak berani juga lakukan DIY tersebut, namun jika tidak dicuba mana kan tahu hasilnya.
“Mulanya memang tak berani, sebab risau kalau buka nanti takut tak boleh nak pasang balik. Namun disebabkan sudah terlalu buruk sangat dah kerusi tu, tapi nak buang sayang. Jadi tak rugi kalau mencuba. Jadi atau tidak belakang kira. Kalau tak cuba kita tak tahu macam mana kan. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya,” ujarnya ringkas.
Tambahnya lagi untuk menukar sarung sofa tersebut, hanya bermodalkan tidak sampai RM100 dan hasilnya memang puas hati, sofa nampak macam baru!
DIY TUKAR SARUNG KUSYEN
1.Langkah pertama dan agak sukar adalah perlu buka sarung sofa lama. Memang perlu ditelek satu persatu, cari bahagian yang dipaku atau diskru. Setelah itu bolehlah dipisahkan bahagian tempat duduk dan penyandar sofa. Kemudian mudahlah untuk ditanggalkan cover sofa lama.
2. Bila sudah terbuka seperti ini, barulah dipasang cover baru. Material yang digunakan adalah PVC yang dibeli di shopee. Boleh klik di sini untuk link.
3. Untuk proses pemasangan, perlu gunakan stapler gun yang besar. Mata pilih yang besar dan panjang supaya kuat mencengkap. Semasa stepler, perlu tarik kuat cover tersebut untuk pastikan kemas hasilnya.
Pun begitu, pada bahagian hujung agak mencabar untuk dilakukan. Jadi perlu lipat, tarik dengan kemas sebelum di stepler.
Apabila selesai pasang keseluruhan cover sofa, barulah cantumkan semula bahagian tempat duduk dan penyandar sofa. Paku dan skrukan di tampat asalnya dan bahagian ini suami yang tolong buatkan.
Biarpun mencabar untuk diselesaikan, namun Ayuz tidak menafikan cukup puas hati kerana dapat berjimat untuk miliki sofa yang nampak baharu tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Saban hari kita mendengar atau membaca perkongsian keluarga yang susah, hilang pekerjaan, terputus bekalan makanan, rumah sewa tidak bayar sudah berbulan dan pelbagai kesusahan yang dialami masyarakat. Siapa duga kemelut pandemik ini memberi kesan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.
Setelah arahan ketat mengenai SOP yang melarang berniaga dan sebagainya, ada yang hilang punca pendapatan harian. Jika sebelum ini hasil jualan harian dapat menampung perbelanjaan keluarga, namun sebaliknya sejak larangan daripada pihak berkuasa.
Tidak perlu menunding jari siapa salah atau betul, semua ini berlaku diluar kawalan semua manusia. Jadi inilah masa untuk membantu mereka yang terkesan.
Sejak kempen kibar bendera putih tular, telah banyak pihak NGO berjaya membantu golongan yang memerlukan.
Sebagaimana perkongsian aktivis masyarakat ini meruntun jiwa apabila secara tidak sengaja melihat seorang kanak-kanak memanjat bumbung rumah flat untuk kibarkan bendera putih. Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap
Apa yang menyedihkan keluarga itu telah terputus bekalan makan sejak tidak dapat berniaga. Pastinya kewangan susut setelah sekian lama duduk di rumah.
Menurut perkongsian wanita ini, pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin yang telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja di kawasan pangsapuri PPR.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.
Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus. Mujur dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya bersama bekas suami, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah undang sebak ramai.