Risau Luka Czer Lambat Sembuh, Ini Makanan Mak-Mak Patut Ambil Masa Dalam Pantang!

Share

Cepat atau lambat luka pembedahan ketika melahirkan anak sembuh adalah bergantung kepada tahap ketahanan tubuh seseorang ibu itu sendiri.

Oleh itu, nutrien pemakanan yang anda ambil sepanjang berpantang sangatlah penting. Namun makanan sihat dan segar antara yang disyorkan oleh doktor sepanjang tempoh berpantang.

Makanan yang baik bukan saja boleh membantu luka jadi baik bahkan mengurangkan bengkak, lebam dan rasa sakit yang biasa dialami selepas pembedahan.

Makanan-makanan ini juga boleh mengurangkan masalah penghadaman yang berpunca daripada pengambilan antibiotik sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang disebabkan oleh ubat yang anda ambil.

Protein

Untuk membantu luka cepat sembuh dan tisu tubuh bercantum semula, kolagen adalah elemen penting bagi tujuan ini. Kolagen menggunakan paling banyak protein dalam badan.

Jadi, anda memerlukan 0.8 gram protein untuk setiap kilogram berat badan. Jika berat badan terkini anda 55kg, maka 44 gram protein diperlukan setiap hari.

Namun, selepas pembedahan, anda perlu ambil lebih banyak protein sebab luka perlu disembuhkan. Dianggarkan tambahan 1.5 hingga 2.0 gram protein untuk setiap  kilogram badan diperlukan.

Makan banyak protein bukan bermakna setiap hari anda perlu makan daging (ayam atau lembu). Banyak lagi sumber protein baik yang lain seperti ikan dan kekacang.

Yogurt

Selepas prosedur pembedahan, doktor akan membekalkan antibiotik bagi mengelakkan risiko jangkitan. Seperti yang ramai tahu, antibiotik berupaya membunuh bakteria baik dalam sistem penghadaman. Sedangkan, bakteria baik membantu anda menghadam makanan dan menguatkan imun tubuh.

Tambah bilangan bakteria baik ini dengan mengambil yogurt. Namun, berhati-hati dengan minuman yogurt yang tinggi gula dan pewarna di pasaran.

Serat

Ubat penahan sakit, diet pemakanan yang berubah, dehidrasi, stres dan aktiviti fizikal yang terhad selepas proses pembedahan akan menjejaskan proses penghadaman.

Selain daripada itu, ibu perlu minum banyak air, makan buah prun juga boleh bantu mengurangkan sembelit. Hal ini kerana, prun adalah sejenis buah yang mempunyai kandungan serat mudah larut yang boleh melembutkan najis.

Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, oat, flaxseed, epal dan pir. Jangan dilupakan sayur-sayuran berdaun hijau.

Buah-buahan berwarna

Ada segelintir ibu lepas bersalin mengalami stres selepas pembedahan. Stres boleh menambah beban bahan teroksida dalam badan. Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang rosakkan sel badan.

Walaupun anda sudah biasa mengambil makanan antioksida untuk kurangkan tekanan, ambil ia dalam jumlah yang lebih banyak selepas pembedahan. Anda boleh makan buah-buahan berwarna seperti strawberi, bluberi, raspberi dan delima.

Buah-buahan ini mengandungi anthocyanidins, bahan yang bukan sahaja meningkatkan kandungan vitamin C dalam tubuh tetapi turut menguatkan saluran darah dan kolagen badan.

 

Buah-buahan sitrus

Vitamin C adalah vitamin larut air yang membantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan dan apabila mengalami luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkannya.

Stres boleh hilangkan kandungan vitamin C dalam badan. Jadi, selepas pembedahan lebih vitamin C diperlukan. Jangan lupa ambil sumber vitamin C seperti buah sitrus seperti oren.

Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my