Dalam keadaan situasi yang membimbangkan ini mengenai wabak virus, tentu ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak.
Jika boleh nak pastikan anak atau mencegah anak daripada terkena jangkitan dan mahu meningkatkan imun anak-anak.
Terdapat pelbagai cara nak memastikan anak sihat termasuk menjaga aspek pemakanan. Salah satunya memastikan anak mengambil pemakanan yang berkhasiat.
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.Boleh kita jadikan panduan bersama.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Ads
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
Ads
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
Ads
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Apabila anak-anak batuk memang kita sebagai ibu bapa akan runsing. Tambahan pula, jika batuk berkahak.Memang kesian sangat, sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk pun tak selesa.
Menurut Puan Mizah Ngatiman petua yang dikongsi ini adalah petua orang jawa yang diberitahu oleh neneknya. Petua ini boleh bantu keluarkan kahak lambat keluar.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Petua Legakan Batuk dan Cepat Keluarkan Kahak Hanya Dengan Rendaman Bunga Belimbing Buluh.
Selamat Pagi Ahad!
Teruk sangat batuk masa ‘Live’ semalam rasa tekak semakin perit. Dah seminggu batuk, badan jadi sakit-sakit. Kebetulan semalam Lz singgah rumah Kaklong intai pokok belimbing buluh beliau. Alhamdulillah, rezeki ada bunganya. Teruslah petik dan bawa balik.
Ini petua orang jawa.
Petua ni Nyaie (nenek) Lz yang kongsikan dan Mak pun rajin buat bila anak-anak batuk kahak lambat keluar. Sebab biasanya habis dah sebotol ubat batuk tapi masih belum hilang batuknya. Lagipun guna petua ini tidak memberi kesan mengantuk dan boleh diminum bila-bila masa perlu tidak diwaktu malam sahaja.
Melihat habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas bukan sahaja menyakitkan mata, malah memberi kesan yang tidak sihat pada pengudaraan di dalam rumah. Apa tidaknya setiap kali suiz elektrik dihidupkan itu bermakna kita ‘mengundang’ habuk-habuk akan berterbangan di seluruh ruang. Ini satu hal yang perlu diambil serius untuk segera dibersihkan, agar udara yang disedut di dalam rumah tidak membahayakan kesihatan.
Pun begitu, tidak dinafikan juga bila berlaku bilah kipas sarat dengan habuk itu bermakna kipas tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Putarannya menjadi lemah dan perlahan dek kerana berat dengan habuk. Jadi mana mungkin kipas tersebut dapat hasilkan kesan berangin seperti mana yang kita harapkan.
Jadi apa penyelesainnya? Ya, segera dicuci!
Pun begitu, untuk menjarakkan kekerapan dicuci ada trik yang perlu anda lakukan. Nak tahu bagaimana, ini perkongsian oleh Alosnida Musa.
RAHSIA HABUK TAK MELEKAT PADA KIPAS
Caranya:
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.
Senangkan? Tak perlu setiap kali cuti perlu bersihkan kipas kotor
Selamat mencuba
Kredit: Alosnida Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah badan lenguh-lenguh, sakit saraf dan berangin bukan sahaja sering dirasai oleh orang yang berusia. Lebih-lebih lagi bila wanita telah mempunyai ramai anak. Malah jika seseorang itu tidak mengambil kisah bab penjagaan kesihatan, tidak mustahil baru beranak seorang pun sudah merasakan badan terasa lenguh-lenguh, berangin dan tidak bermaya.
Jadi atasi masalah ini semua dengan mengamalkan minum air rebusan halia bercampur susu. Jangan biarkan masalah tersebut terus mengganggu aktiviti harian anda.
Dan amalan minum air rebusan halia ini juga, telah dipraktiskan oleh dua wanita ini. Jom kita lihat bagaimana mereka menyediakan resipi munuman halia susu ini.
Caranya
Tuangkn 1kotak susu Dutch Lady pd periuk kecil & potong2kan halia cikit
Masakkannya hingga mendidih
Setelah air susu tu suam boleh la di minum & sedap je rasanya…
Selebih susu halia tadi boleh la di simpan kat peti ais
Bila rasa nk minum keluarkn susu halia tu dlm peti ais
sumber : Norizah Othman Via MAHN
PERKONGSIAN KEDUA
Cara yang sama juga diamalkan oleh Puan Zainab bagi menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan dan sakit saraf dan masalah angin dalam badan. Ini perkongsiannya.
Bahan-bahan:
3 batang serai
4 cm halia 2 ketul
Cara buat :
Ketuk kedua bahan di atas
Rebus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air
Tunggu suam, diminum begitu sahaja atau boleh campur dengan susu
Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.