Masalah gastrik merupakan antara masalah sering dihadapi oleh setiap individu. Perut tidak selesa, terasa kembung dan asyik sendewa membuatkan kita tidak mampu melakukan apa-apa aktiviti dan hanya baring di bilik sahaja.
Gastrik juga sering menyerang ketika bulan puasa kerana pemilihan makanan yang salah dan tidak bersesuai. Jadi, jika anda ada masalah gastrik, cuba 9 jenis makanan ini supaya tidak diserang gastrik ketika bulan Ramadan. Jom tengok apa yang anda boleh dimakan, jangan salah makan tau…
9 MAKANAN PENTING ANDA BOLEH MAKAN UNTUK ELAK DISERANG GASTRIK
Berbaki 5 hari sahaja lagi nak berpuasa. Biasanya siapa yang ada gastrik mesti risau kan time puasa. Kak Ya pun ada gastrik yang agak teruk juga. Alhamdulillah bila Kak Ya amalkan cara pemakanan yang betul. Puasa akan jadi mudah. Jom kita tengok makanan apa yang kita boleh makan.
1. SAYURAN
Pilihan makanan rendah lemak dan gula, ia dapat mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan. Pilihan yang baik adalah termasuk:
– Kacang hijau
– Brokoli
– Aspragus
– Bunga kubis
– Sayuran Hijau
– Kentang
– Timun
Ads
Brokoli sangat baik untuk mereka yang mengalami gastritis. Ini kerana selain menjadi sumber serat yang baik, ia mengandungi sulforaphane tinggi – sebatian yang dapat membunuh bakteria H.pylori.
Jus buah tidak disyorkan kerana kadar gula tinggi dan asid tinggi tanpa serat. Namun, jus dan smoothie sayuran sangat digalakkan.
Jus labu, contohnya, sangat kaya dengan nutrien serta dapat mengurangkan keasidan gastrik dan membantu lapisan perut sembuh lebih cepat.
2. HALIA
Mempunyai sifat antiradang semula jadi dan adalah satu rawatan semula jadi masalah pedih ulu hati serta masalah gastrousus lain. Anda boleh tambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom
3. OAT
Jika anda tidak gemarkan nasi untuk bersahur, jadikan oat sebagai pilihan. Makanan tinggi serat ini dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah. Pengambilan roti gandum juga 1 pilihan yang baik buat penghidap gastrik.
Ads
4. BUAH-BUAHAN BUKAN SITRUS
Apa yang dikatakan buah-buahan sitrus? Buah seperti lemon, limau atau kiwi tergolong dalam kelompok ini, jadi elakkan. Pilihlah buah-buahan seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.
5. DAGING TANPA LEMAK & MAKANAN LAUT
Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks.
Protein membantu memperbaiki kerosakan yang dilakukan gastritis pada lapisan perut. Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan – kecuali ikan dengan omega-3, hanya akan memburukkan keadaan gastrik.
6. PUTIH TELUR
Putih telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. Sebaiknya, hindari kuning telur. Ini kerana ia adalah tinggi lemak dan boleh mencetuskan sindrom refluks dalam badan.
Ads
7. LEMAK SIHAT
Sumber bagi lemak sihat termasuklah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lepak tidak tepu yang lebih sihat. Makanan tinggi lemak sihat – asid omega-3, seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut.
Bahkan ia mempunyai kesan pencegahan terhadap gastritis berpunca oleh H.pylori serta gangguan gastrik lain. Makanan tinggi serat ini dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah. Pengambilan roti gandum juga 1 pilihan yang baik buat penghidap gastrik.
8. MAKANAN & MINUMAN PROBIOTIK
Jika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi. Kefir ialah minuman yang dibuat daripada susu melalui proses fermentasi.
Cara pembuatannya adalah dengan memasukkan butiran kefir ke dalam susu kambing atau susu lembu. Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun.
Makanan dan minuman probiotik juga membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.
9. MAKANAN ANTIBAKTERIA & KAYA FLAVONOID
H.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya sudah tentu memerlukan sesuatu bersifat antibakteria. Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria dan boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.
Makanan seperti bawang putih, bawang, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.
Sama ada sedar atau tidak, ada buah-buahan dan sayur-sayuran bila kita makan, perut akan rasa kurang selesa. Badan rasa lemah sahaja, terasa perut ‘berangin’ semacam.
Ada individu yang mengelakkan diri daripada makan buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu kerana tidak mahu rasa kurang selesa pada perut. Rasa tidak selesa ini boleh menganggu aktiviti harian.
Buah & Sayur Ada Yang Boleh Sebabkan Angin
Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan angin dan ‘kembang urat’?
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya mengandungi bahan kimia. Ianya dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan. Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi.
Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’. Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Kembang Urat, Awas Ye Mak-mak
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semula jadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
TIP UNTUK SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Memang banyak manfaat air rebusan air rebusan kurma cina, halia dan halba ini. Bagi yang belum mencuba apa kata buat minuman ini.
Paling mudah dan simple nak buat. Bagi yang sering letih, ada masalah angin dan bekerja yang memerlukan ‘booster’ seperti ini.
Apa kata cuba resipi ini.
Kurma cina (red dates) + halba + halia + gula batu. masak sampai mendidih, tuang dalam cawan, minum panas-panas.
Bagus untuk buang angin dalam badan and buat badan jadi lebih bertenaga, tak mudah letih dan lesu
kalau macam saye, selalunye saye punye sukatan macam ni : . -air 4 mug -kurma cine segenggam -halba 1 sudu besar -halia ketuk 2 inci -gule batu pulak terpulang sis nk manis banyak mane . boleh gune utk 3-4 kali minum. contoh : malam ni saye rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. then saye tutup periuk tu elok2. esok malam saye akn panas kan je. ulang sampai 3-4 hari. lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Sumber: Fairuz Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada antara kita tidak suka makan nanas kerana pengalaman sebelum ini bila tiap kali makan nanas mesti rasa pedih atau gatal lidah.
Tapi tahukaha anda kenapa ada yang rasa begitu? Kadang-kadang pelik juga nak menjawab persoalan ini bukan?
Jadi ayuh kita penjelasan daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Tahu tak kenapa kalau kita makan nanas, lidah boleh lidas(gatal/pedih)?
Nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim yang boleh menguraikan protein.
Bromelain ini boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada permukaan lidah, menjadikan lidah sensitif kepada asid pada jus nanas.
Iritasi asid pada permukaan lidah yang terjejas itulah yang menghasilkan rasa lidas.
Enzim yang banyak terkandung dalam empulur(teras) nanas ini juga bertanggungjawab atas beberapa teori yang dikaitkan dengan nanas, antaranya:
Nanas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan?
Masyarakat kita percaya bahawa nanas ini tajam, dan boleh menyebabkan keguguran jika dimakan di awal kehamilan.
Di sudut perubatan, bromelain didapati boleh menyebabkan pengecutan rahim, namun sebiji-dua nanas tidak mengandungi dos bromelain yang cukup untuk menyebabkan keguguran.
Hakikatnya, nanas adalah buah yang elok dimakan kerana ia kaya dengan vitamin C, anti-oksida dan berserat tinggi.
Nanas lebih berkesan membunuh sel kanser daripada ubat kimoterapi?
Terdapat pula teori yang mengatakan bromelain mempunyai kuasa membunuh sel kanser 10 ribu kali lebih baik daripada ubat kimoterapi.
Teori itu juga mendakwa, bromelain akan mengurangkan keperluan dos sesuatu ubat kerana bromelain setelah menguraikan dinding sel, ubat akan lebih mudah menyerap ke dalam sel.
Dua-dua teori ini tidak berasas. Tiada kajian perubatan yang sahih membuktikan dua teori ini. Nanas cuma kaya anti-oksida, iaitu unsur kurangkan risiko kanser.
Bromelain ada digunakan dalam bidang perubatan untuk mengurangkan keradangan dan untuk rawatan luka. Ini sahih.
Nanas boleh digunakan untuk melembutkan daging?
Ini dakwaan berasas. Sifat bromelain yang boleh menguraikan protein akan menyebabkan daging(protein) menjadi kurang liat.
Namun, kena perap daging dengan jus nanas segar sebelum masak, kerana bromelain akan terurai jika dipanaskan.
Oleh kerana itu, tak boleh guna jus nanas terproses dan nanas tin untuk melembutkan daging. Ia tak akan berkesan.
KESIMPULAN: Ada banyak petua dan teori yang berlegar di media sosial, namun tak usah percaya bulat-bulat. Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
Nota: lidah dan perut kita tak terurai seperti mana daging mentah kerana tubuh kita perbaiki kerosakan pada permukaan lidah dan perut kita.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.