Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan. Ini berikutan peningkatan kes pandemik Covid-19.
Justeru, pelajar sekali bakal melalui situasi yang sama seperti Mac tahun lalu yang terpaksa belajar secara online. Sedikit sebanyak ini memberi impak terutama kepada sesetengah keluarga yang tidak mempunyai kemudahan untuk sertai online class.
Demikian juga kepada ibu bapa yang perlu memberi masa memastikan anak-anak ikuti online class. Bukan itu sahaja, terdapat kes yang mana ibu bapa perlu membuat bayaran penuh untuk yuran sekolah anak-anak.
Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Nabila Huda telah menyuarakan pendapatnya tentang isu pembayaran yuran sekolah anak-anak. Pelbagai reaksi dari netizen diterima dan kebanyakan mereka bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Nabila Huda.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nabila Huda luahkan rasa kesal dan tidak adil kerana perlu membayar yuran sekolah hanya untuk online class selama 15 minit.
View this post on Instagram
Dalam perkongsian tersebut Nabila mempertikaikan kenapa ibu bapa perlu membayar yuran jika tiada sesiapa pun menggunakan fasiliti sekolah dan hanya digunakan untuk membayar gaji guru.
Dalam masa yang sama, dia mengakui turut terkesan dengan pendapatan bulanannya memandangkan buat masa ini PKP sedang dilaksanakan dan tidak semua rumah produksi membuat penggambaran.
Jelasnya lagi, walaupundia sedar akan norma baharu yang terpaksa dilalui kini, namun sejauh mana keberkesanan kelas online buat anak-anak. Namun ada sesetengah subjek perlu diberikan tekanan lebih untuk difahami. Memandangkan anak-anak perlu mengadap komputer riba untuk belajar, minat mereka dilihat semakin pudar.
Nabila juga turut menyuarakan pendapat pihak sekolah juga perlu bertolak ansur dan fahami situasi ibu bapa seperti mana ibu bapa faham akan situasi di mana gaji guru-guru perlu dibayar setiap bulan.
Ramai yang turut berkongsi pandangan yang dimuat naik oleh Nabila ini. Termasuklah selebriti.
Sumber: kupu_kupu