Bila sebut tentang menu pajeri ini pastinya sudah sinonim dengan bahan utamanya iaitu nenas. Pajeri nenas sememangnya hidangan popular terutama ketika di majlis perkahwinan.
Tetapi kali ini, resipi pajeri yang dikongsikan oleh Cempaka Iris Yaya
ini sedikit berbeza kerana menggantikan nenas dengan terung. Walaubagaimanapun, ia sedikitpun tidak mengubah rasanya, malah bertambah sedap.Menurutnya menu ini sangatlah mudah dan sedap lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi panas dan lauk lain.
Pajeri Terung
Bahan-Bahan:
Bahan Kisar:
Cara-Cara:
– Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.
– Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
– Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak agak terung tenggelam sahaja.
– Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak.
– Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan boleh dimakan!
Sumber: Cempaka Iris Yaya