Semalam telah berlangsungnya sambutan Hari Wanita di seluruh dunia. Rata-rata telah mengungkapkan kata-kata istimewa buat wanita dan ada yang menghadiahkan bunga sebagai simbolik pada hari tersebut.
Tidak ketinggalan, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang berkongsi video bersama isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Yang menarik perhatian dalam perkongsian di laman Tiktok itu, adalah emosi kedua-kedua wanita hebat yang dilihat sebak tidak dapat menahan air mata sedang meluangkan masa di sebuah restoran.
Aktress dengan nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah ini turut menitipkan pesanan istimewa buat ibu kepada dua orang nak itu di ruangan kapsyen.
“Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang luar biasa dan yang jelita! Teruskan bersinar, bukan sahaja hari ini tetapi setiap hari.
“Terutama buat adik saya yang cantik ini, Shu. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi.” Tulisnya.
Dalam pada itu, diakhir video tersebut memaparkan mereka berdua berpelukan dengan senyuman sepertinya tabah menghadapi ujian yang datang.
@bellaastillah_94Happy Womens Day to all the incredible and beautiful women! shine on …not just today but everyday. Especially to my beautiful adik, Shu Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi❤️
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang turut hiba melihat keadaan Shuhada dan mendoakannya.
Terdahulu, Shuhada telah mendakwa bahawa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali diwajahnya sehingga menyebabkan wanita itu menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri yang menyebabkan kecacatan kekal.
Sumber: TikTok @bellaastillah_94