“Ringkas, Manis & Senang Nak Sebut.” Mia Ahmad Kongsi Nama Anak Perempuan, Iris Jadi Pilihan!

Share

Selepas 10 hari bersalin, pelakon Mia Ahmad akhirnya mendedahkan nama cahaya mata keduanya kepada umum. Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, memilih nama Iris untuk diberikan kepada bayi perempuannya yang lahir pada 18 Jun lalu.
“Here we grow again! Assalamualaikum semua! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd. Izham Tarmizi,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Mia turut memuat naik gambar dirinya bersama bayi perempuannya itu buat pertama kali pada umum.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji pilihan nama anak pasangan ini yang cukup ringkas tapi manis.

farah_normiza81 Sedapnya nama baby…simple dan senang nak panggil…💓
fizah_lollapalooza Nice name! Short and shweeett! 😍
haffiz.mohamad Alhamdulillah n tahniah..simple dan mudah namenya…Iris
suzanamohdjohari soooo cute bby iris semuga trs membesar dgn cantik n sihat ya syg..
eiza_nur14 😃 nama bbygurl yg sgt rgkas … Alhmdullah ., sdp name bby mia dan suami . Taniah …❤️❤️

Sumber: IG mia.ahm4d