Peminat kepada penyanyi legenda, Anita Sarawak pasti merindui kelibatnya yang sangat bertenaga dan aktif setiap kali membuat persembahan.
Namun, ‘kehilangannya’ membuatkan ramai tertanya-tanya apakah perkhabaran kakak kepada pelakon Noor Kumalasari ini usai dia menyepikan diri dari dunia seni.
Terbaru menerusi akaun Instagram milik penulis lirik, Slen Fadzil telah dimuat naik perkongsian mengenai Anita telah meraih perhatian ramai. Menurut Slen, Slen ada menerima panggilan telefon daripada Anita pada 7 Syawal lalu.
Of coz among the best feelings this Raya ialah apabila Kak Nita and hubby Abg Mahathir called dan ucap “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” kepada Abg Slen (via hp Abg Shuib Taib) on the 7th Syawal.
Anita menghubungi Slen melalui telefon adik angkatnya iaitu Shuib Taib setelah 12 tahun tidak berbual bersama.
Menurut Slen lagi, Anita kini berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah. Sekaligus menepis pelbagai spekulasi mengenai mereka selama ini.
“Ternyata segala gosip ttg mereka selama ini berhubung keuzuran dan perpisahan adalah tidak benar sama sekali. Kita biarkan mereka berdua hidup tenang di luar negara, hormati privacy mereka dan semua move on dgn ceria!
Menurut Slen lagi, suara Anita masih sama seperti dahulu, tetap ceria seperti mana yang dia kenali sebelum ini.
“Tapi di mana dia tinggal pun saya tidak pasti. Dia dan suaminya suka mengembara, jadi tak tahu di mana mereka tinggal sekarang ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira dan teruja.
Sumber:slenfadzil
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA :
“Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung SuamiNak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club