Peminat kepada penyanyi legenda, Anita Sarawak pasti merindui kelibatnya yang sangat bertenaga dan aktif setiap kali membuat persembahan.
Namun, ‘kehilangannya’ membuatkan ramai tertanya-tanya apakah perkhabaran kakak kepada pelakon Noor Kumalasari ini usai dia menyepikan diri dari dunia seni.
Bahkan, Anita Sarawak langsung tidak berkongsi apa-apa perkembangan terkini dirinya setelah sekian lama.
Terbaru menerusi akaun Instagram milik penulis lirik, Slen Fadzil telah dimuat naik perkongsian mengenai Anita telah meraih perhatian ramai. Menurut Slen, Slen ada menerima panggilan telefon daripada Anita pada 7 Syawal lalu.
Of coz among the best feelings this Raya ialah apabila Kak Nita and hubby Abg Mahathir called dan ucap “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” kepada Abg Slen (via hp Abg Shuib Taib) on the 7th Syawal.
Anita menghubungi Slen melalui telefon adik angkatnya iaitu Shuib Taib setelah 12 tahun tidak berbual bersama.
Ads
“TKasih my dear friend, Shuib yg juga adik angkat Kak Nita kerana sudi memberi peluang berbual seketika dgn Kak Nita and Abg Mahathir. Org kata, lepaslah rindu selama 12 tahun tidak bersembang!
Menurut Slen lagi, Anita kini berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah. Sekaligus menepis pelbagai spekulasi mengenai mereka selama ini.
“Ternyata segala gosip ttg mereka selama ini berhubung keuzuran dan perpisahan adalah tidak benar sama sekali. Kita biarkan mereka berdua hidup tenang di luar negara, hormati privacymereka dan semua move on dgn ceria!
Menurut Slen lagi, suara Anita masih sama seperti dahulu, tetap ceria seperti mana yang dia kenali sebelum ini.
Ads
“Anita tidak lagi menyanyi sekarang ini dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang disukainya seperti berkebun di rumah.
“Tapi di mana dia tinggal pun saya tidak pasti. Dia dan suaminya suka mengembara, jadi tak tahu di mana mereka tinggal sekarang ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira dan teruja.
Ads
cerleneofficial Missed them too.. MasyaaAllah Dan Alhamdulillah got to they’re in good health ❤️
hasb.muhammad Alhamdulillah,masih sihat walafiat kak nita dan bahagia lagi hidup bersama abg Mahathir 😀
littlezbbb Hi, just saw your post and wondering is Kak Nita doing okay? Is she well? Rindu sangat dekat beliau 😢😢
benzarie Alhamdulilah semoga Allah SWT memberkati merahmati hendakNya
razlanm15 Alhamdulillah..lega bila dengar mereka berdua sihat dan baik² sahaja…
gallerymzdrama Sukanya saya dengar pasal Kak Nita & Suami. Sebab mmg ternanti2 berita tentang beliau & suami. Syukur Alhamdulillah beliau & Suami dlm keadaan baik 🤲🤲💖💖
Semalam ( 7 Mei 2021) kita dikejutkan kes baharu COVID-19 yang merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sebanyak 4,498 kes!
Pastinya ini bukan situasi yang menggembirakan tambah lagi menjelangmya Aidilfitri. Jangkitan yang tidak mengenal usia masih belum nampak penurunan. Para frontliners kini bagaikan kembali di medan perang yang kritikal.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi facebook berkongsi Siaran Media Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. – Hotspot Identification for Dynamic Engagement ( HIDE ) atau dengan kata mudah kawasan titik panas yang bahaya untuk dikunjungi.
Nyata, tindakan ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada keselamatan rakyat agar berhati-hati apabila berkunjung ke pusat membeli belah ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Turut menjelaskan bahawa Majlis Keselamatan Negeri (MKN) telah mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenalpasti oleh sistem amaran awal HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19. Ia bertujuan membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis.
Senarai premis yang berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan #COVID19 yang dikenal pasti menerusi Hotspot Identification For Dynamic Engagement System (HIDE). Ini memudahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dilakukan lebih awal. Rancang perjalanan anda. Elak kawasan sesak, sempit dan sentiasa pakai pelitup muka.- KKM
SOALAN LAZIM MENGENAI HIDE
Moga kita semua menjaga SOP demi mengurangkan kes jangkitan.
Ramai antara kita kini suka menanam pokok bunga untuk mengisi masa yang terluang dan dalam masa yang sama dapat juga menambahkan keserian ruangan laman dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi.
Selain pokok-pokok bunga ini boleh terus di tanam ke tanah, menarik juga jika ditanam di dalam pasu yang boleh dipindah alih bagi memberikan gaya susunan laman yang lebih menarik.
Bercerita tentang pilihlah pasu, sebaiknya pilihlah yang bersaiz besar agar pokok dapat hidup subur dan membesar dengan baik. Pun begitu, lazimnya pasu yang bersaiz besar harganya pun boleh tahan juga. Jadi untuk lebih berjimat, apa kata anda lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Puan Zalina Zakaria di group fb Kelab Kaki Deco Barang Eco/Mr DIY .
Bahan-bahan yang diperlukan :
Besen
Drill
Langkah 1 : Beli besen bersaiz besar dan sama saiz untuk nampak sekata bila ditempatkan di laman.
Langkah 2 : Gunakan drill dan tebuk bahagian bawah besen. Mulakan daripada menebuk bahagian tengah.
Langkah 3 : Buat beberapa lubang seperti di dalam gambar. Siap untuk digunakan.
Langkah 4: Masukkan tanah ke dalam besen tersebut dan tanam seperti biasa.
Ekstra info : Untuk nampak lebih cantik perletakkan pokok bunga, boleh juga dibuatkan kaki menggunakan campuran simen dan pasir terlebih dahulu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pelakon dan pelawak terkenal ini sememangnya seorang yang suka merendah diri.Walaupunsudah popular namun tidka membuatkan dia lupa diri.
Selain tidak lokek menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dia juga tidak segan silu bercerita tentang zaman kecilnya dahulu.
Menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepahtu berkongsi sebuah rumah papan yang mana merupakan lokasi dia dibesarkan sejak usia lapan bulan lagi.
Perkongsian itu dibuat ketika dia dan keluarga menyambut Hari Raya di rumah kampung yang diakui meninggalkan nostalgia buat dirinya.
Kata Shuib, rumah tersebut merupakan tempat dia membesar dan mempelajari erti kesyukuran sebelum menikmati kesenangan hidup hasil berkat usahanya sendiri.
“Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun.. ni lah rumah saya dibesarkan…air ambik tiap2 petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,moto takde yang ade cuma basikal,belanja sekolah 50sen,sabtu ahad tangkap belut buat tambah2 duit sekolah.
“Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar…Belajar erti susah sebenar,,,belajar menghargai setiap apa yang ada,,Belajar bersyukur dengan nikmat Allah…
Malah, Penyampai radio Hot FM ini turut berharap anak-anak dan isterinya belajar bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan menghargai setiap apa yang ada.
Semoga anak2 dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah… Bersedia dengan setiap ujian Allah,susah juga ujian,senang juga ujian.
Menerusi komen yang dimuat naik netize, rata-rata memuji sikap humble dan tidak lupa diri yang ada pada pelawak ini.
Moga diperluas pintu rezeki
elizadsharifuddin Bangga dgn mu boh , bermula dari bwh & masih meletak kan diri di bawah . Tak pernah meninggi diri atau sombong . Moga makin maju & diperluaskan pintu2 rezeki buat mu boh & family ☺️☺️☺️
anzalnanasir88 Ingat lagi @shuibsepahtu cerita kisah dulu. Well, look at you now! Semakin melimpah rezeki. Alahmdulillah.
w4w4w4h4b alhamdulillah..semoga @shuibsepahtu sentiasa bertambah2 rezki…kerana awaklah adalah artis yg xlupe pada asal usul…
azuanomar Terbaik! Semoga terus diberikan kejayaan & tenang mnghadapi segala ujian dr DIA bro
shahanizashamsuddin Pengalaman mengajar erti kehidupan….pernah mengalami suasana ini…bygkan basuh kain, pinggan mangkuk kena bawa pegi sungai….respect n tq pd mak ngn ayh….wlu ssh mcm mna pun mereka ttp harungi bersama2 demi mmbesarkan ank2
zilashafii6 alhamdulillah…lau pn kehidupan skg lbih mewah dr dlu..@shuibsepahtu x penah lupa asal usul…
Hidup penuh warna warni
silent_lonely Sama mcm sya shuib, ttpi kita dah dibesarkan dgn keluarga ssah Dan boleh terima kesusahan.. Yg susah nk terima kesusahan apabila dilahirkan ke dunia ja dah senang..
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.