
Siapa yang tak kenal dengan selebriti Eina Azman yang merupakan pelakon dan isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang sering memaparkan masakannya di instagram.
Baru-baru ini, setelah sekian lama tidak memaparkan video masakannya, ekoran Eina dan keluarganya pergi bercuti diluar negara dan dalam negara, kini kembali ke dapur. Kebanyakannya netizen melahirkan kerinduan kepada masakannya dan trandmarknya ‘Its Donee’!.
Bertuah sungguh suami Eina, dah lah cantik, pandai pula memasak. Jom kita lihat video masakannya.
Hi guys… m back after so long tak masak… rindu my kitchen so today husband request nak makan Bubur Berlauk, Ikan Bilis Kentang Cilipadi Pedas, Sambal Sotong Rendam n Ikan Jeruk Gelama Goreng Cili
Rindunya nak tengok Datin masak
Malah ada netizen mengakui merindui video masakkannya. Malah trandmark ‘Its Donee’ jadi sebutan
Gambar percutian Datin Eina Azman dan keluarga ketika bercuti.



Sumber: Instagram: Eina Azman
Walau Atas Bumbung, Jaga Solat Guna Isyarat Mata, Ustazah Ini Kongsi Zikir Buat Mangsa Banjir.

Umum mengetahui lebat yang melanda beberapa buah negari beberapa hari lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di timpa musibah banjir.
Siapa sangka, negeri Selangor juga terjejas akibat hujan tidak berhenti sejak semalam hingga menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air.
Tinjuan di socmedia rata-rata warganet berkongsi kesedihahan dan gambar menjadi mangsa banjir. Ada juga yang terpaksa duduk di bumbung untuk menyelamatkan diri. Suasana ini amat menyedihkan.
Sebagaimana perkongsian penceramah terkenal ini turut berkongsi zikir dan nasihat bagi yang mengalami musibah ini.
MALAYSIA MENANGIS
Musibah Banjir Datang Lagi Kali ini..
Zikir berterusan yg utama tatkala ini…
Bacalah ya sahabat. Selamatkan diri dan bantu – membantu.
1.Astaghfirrullah Al ‘Azim ( Allah ampunkan dosa dan Allah turunkan bantuan dan rahmat)
2.Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzholimin ( Doa Nabi Yunus a. s, Allah keluarkan dari segala kesempitan, kesusahan dan kegelapan yg tak ada jalan keluar dan Allah makbulkan segala hajat)
3.La hawla wala quwwata illabillah ( Allah beri kekuatan, kesabaran dan Allah redakan kerisauan)
4.Allahumma sholi ala Muhammad
(Allah berselawat ke atasmu dan segala kemudahan buatmu dunia dan akhirat)
5. Innalillahi wainna ilaihi rajiun, Allahumma ajurni fii mushibati, wa akhlifli khairon minha
(Allah beri pahala atas kesabaran, Allah gantikan yg jauh lebih baik)
Sabar ya Wahai Sahabat..
Tetap solat walau bagaimana pun keadaanmu hatta di atas bumbung. Isyarat mata, gerakan mulut dan bacaan). Apa2 yg terjadi, dirimu dlm keadaan solat.
Moga auratmu juga terjaga.
Allah Maha Baik akan selamatkan kita semua dari bencana alam ini.
Jadi peringatan, hentikan maksiat, lakukan ketaatan.
Kasihani pada semua yg terkesan.
Tahniah pd yg Allah pilih membantu dgn sumbangan wang ringgit, kerahan tenaga dan gadaian nyawa beserta tadahan doa.
Bukan kerana nama dan sanjungan.
Sungguh, mulialah hidup Tuan Puan sekalian!
“Ya Allah, peliharalah kami dari musibah ini dan berilah kami kebaikan atas ujian ini. Semoga ia menjadi peringatan untuk hati2 kami yg lalai. Sesungguhnya kami sgt lemah sedang Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”
Sumber: Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Bukan Saya Makan Seorang, Tapi Semua Cucu Allahyarham Akan Merasa” – Sazali P Ramlee

Anak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64, menjelaskan tindakan merayu kerajaan melanjutkan tempoh bayaran royalti atas karya bapanya yang berakhir pada 29 Mei depan, dibuat atas faktor itulah punca rezekinya dalam menampung hidup.
Sazali berkata, dirinya semakin uzur dan sudah tidak mempunyai kudrat untuk kembali bekerja.
“Saya bukan mendesak, saya cuma minta tolong… Itupun kalau boleh. Kalau tidak dapat, tak mengapa. Itu maknanya bukan rezeki saya.
“Kalau dapat, bukan untuk saya makan seorang, tetapi semua cucu Allahyarham P Ramlee akan merasa.
“Saya sudah tua, lutut kanan dan pinggul patah akibat kemalangan pada 2015. Memang tidak larat hendak kembali bekerja,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di kediamannya.
Sazali berkata demikian bagi memperbetulkan persepsi konon tindakannya memohon kerajaan melanjutkan pembayaran royalti atas karya P Ramlee sebagai tindakan terdesak dan terlalu meminta-minta.
Sebelum ini, Sazali dilaporkan merayu kerajaan menimbang cadangan melanjutkan tempoh kontrak royalti lagu karya arwah bapanya. Sazali mendakwa dirinya semakin uzur dan hanya bergantung kepada royalti itu bagi menampung perbelanjaan kos perubatan dirinya dan isteri, Hamidah Hitam.
Bulan lalu, BH Online melaporkan, pada 29 Mei depan, genap 50 tahun pemergian Allahyarham P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat akibat sakit jantung, lantas meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.
Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.
Mendapatkan perkembangan terkini berhubung gesaan penggiat industri agar tempoh agihan royalti P Ramlee dilanjutkan 20 tahun lagi, MACP dilapor menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.
Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, dilaporkan berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul.
Sazali berkata, sejak bersara pada 2015, wang royalti itulah yang menampung kehidupannya termasuk membiayai kos perubatan dirinya dan isteri.
Ditanya reaksinya jika rayuan itu ditolak, Sazali reda jika itu menjadi keputusan kerajaan.
“Kalau tak dapat, tidak mengapa. Mungkin saya terpaksa cari jalan lain seperti memohon bantuan kerajaan dan persatuan seni untuk menyara hidup,” katanya.
Sumber : Berita Harian
“Sekelip Mata Tiga Anak …”-Suami Isteri Ni Kehilangan Tiga Anak Serentak, Undang Hiba!

Tidak dinafikan diuji dengan kehilangan anak adalah ujian yang paling berat bagi setiap antara kita yang bergelar ibu dan ayah. Atas sebab ini juga ada antara kita mengharapkan biarlah nyawa sendiri diambil terlebih dahulu sebelum anak-anak kerana tidak mampu menempuhi keperitan kehilangan seorang anak sebagai permata hati pengarang jantung.
Pun begitu, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. Baru-baru ada dilaporkan seorang ayah bernama Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41 dan isterinya Nur Baizura Mustaffa, 34 telah diuji dengan kehilangan anak tercinta, bukan seorang yang ‘pergi’ namun tiga orang serentak!
“Anak saya, Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, 5, teringin makan aiskrim. Jadi mereka minta izin daripada isteri saya untuk keluar bersama abang, Nik Ikram Idwan, 15. Tak sangka itu permintaan terakhir sebelum saya kehilangan tiga anak serentak,” kata Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman penuh hiba.
Memetik perkongsiannya di Harian Metro, Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, arwah Nik Nur Faqihah juga teringin makan ayam goreng dan ketika tiga beradik itu keluar membeli aiskrim. Manakala isterinya, Nur Baizura Mustaffa, 34, sedang menyediakan lauk ayam goreng.
Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya, Nik Ikram Nuqman pada pagi semalam sebelum ke tempat kerja di Kuantan selepas arwah terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi.
“Saya seolah tidak percaya apabila isteri menghubungi memberitahu tiga anak kami maut dalam kemalangan, namun apabila melihat gambar mereka, hati saya begitu sayu.
“Dalam sekelip mata tiga daripada lima anak saya meninggalkan kami tanpa disangka, terlalu berat ujian yang terpaksa saya dan isteri terima,” katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan, di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini.
Nik Ikram Idwan, Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, dia agak terkilan apabila tidak sempat membantu Nik Ikram Idwan meneruskan persekolahan selepas berpindah ke Kampung Langgar, Disember lalu kerana sebelum ini arwah belajar di Kemaman.
Katanya, arwah begitu teringin meneruskan persekolahan ke tingkatan tiga apabila membeli motosikal hasil wang simpanan, sebahagian pakaian dan peralatan sekolah juga sudah dibeli.
“Kejadian ini adalah sejarah hitam dalam hidup saya sekeluarga, terlalu sukar untuk diterima,” katanya.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club