Tiada lagi ucapan ‘terima kasih sayang’ buat isteri Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris. Sungguh tidak menyangka bulan April akan menjadi bulan duka buat dirinya.
Kala ini, itulah emosi yang dirasai oleh Siti Aisyah Mohd Roslan,34, isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa lalu iaitu pada 23 April lalu.
“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.
“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya.”
Siti Aisyah juga turut meluahkan rasa syukur berikutan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.
Rindu Ucapan Suami
Tiada lagi dakapan penenang jiwa, tiada lagi kata-kata manis dan senyuman dibibir, kini hanya tinggal kenangan manis untuk diingati kala meniti usia.
“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital.”
Bahkan Siti Aisyah turut mengucapkan ucapan terima kasih buat arwah suaminya yang merupakan seorang yang bertanggungjawab sebagai suami, ayah dan menantu.
Reda dengan apa yang terjadi, Siti Aisyah berjanji akan terus berjuang untuk membesarkan anak-anak lambang cinta mereka.
“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang.”
Perkongsian yang meruntun jiwa
Dalam pada itu beberapa hantaran turut dikongsi oleh Siti Aisyah dengan luahan hati yang mengundang sebak.
Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter pasukan keselamatan itu bertembung dan terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak baru-baru ini.
Sumber: Siti Aisyah Amirulfaris
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
NAK JOINT DAFTAR DI SINI
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my