Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Namun ketentuan sang pencipta tiada siapa yang tahu. Kesedihanan pasti menerpa dalam diri, biarpun sudah lama kehilangan orang tersayang.
Begitulah yang dirasai oleh seorang suami yang kehilangan isteri sejak dua tahun lalu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ. Beliau yang kini tabah membesarkan tiga orang anak-anak yang kesemua lelaki. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak yang sedang mempunyai pelbagai keletah.
Ikuti perkongsian Saudara Khairul Abdullah yang meruntun jiwa ini.
Aku buka almari baju dan tengok semua baju arwah isteri aku masih di tempat yang sama.
Sudah lebih 2 tahun dia pergi.
Dalam laci semua barangnya masih di tempat yang sama. Hampir semua benda yang dia tinggalkan masih berada di tempat yang sama.
Aku tak usik, aku tak ubah. Sesekali aku sentuh, sesekali aku ambil dan cium.
Keadaan masih sama dalam bilik ini.
Baju dan begnya masih bergantung di tempat yang sama. Barang kemasnya, barang makeup dan segala perfumenya semuanya di tempat yang sama.
Kenapa?
Entah. Aku tak tahu.
Aku suka begitu.
Aku suka keberadaan semua benda tersebut di tempat asalnya. Cukup untuk buat aku merasa sebahagian dirinya masih ada bersama aku dan anak-anak.
Cukup untuk buat aku rasa tidak ditinggalkan.
RINDU TIADA PENGHUJUNG
Aku tak move on?
Entah.
Aku tak tahu atau faham apa makna move on itu. Adakah perlu melupakan? Apakah perlu buang semuanya dan lupakan segalanya?
Jika tidak, jika masih menyimpan dan mengingat, adakah aku tidak move on?
Entahlah.
Selepas isteri dikebumikan, aku teruskan tanggungjawab aku besarkan anak-anak. Hidup aku dan anak-anak ok sahaja. Aku tak abaikan sesiapa, aku hidup seperti biasa. Tidaklah aku tertekan, tidaklah aku menderita, tidaklah aku jadi gila.
Aku tak move on?
Move on bagi aku adalah meneruskan hidup.
Alhamdulillah, aku hidup bahagia dengan anak-anak. Cuma kasih sayang dan rindu aku tak boleh aku hilangkan begitu sahaja.
Lagipun memang aku memilih begitu.
Memilih untuk terus mengingat dan merindu.
Kau tahu,
Sentiasa ada setitis manis dalam setiap rindu yang pahit.
Jadi, aku gagahkan demi yang setitis itu.
Kredit: Khairul Abdullah
“Hati-Hati Percayai Petua Tanpa Asas Perubatan…” Doktor Ini Jelaskan Sebabnya. Sunggup Deep!
Pelbagai pendapat mengenai amalan petua berpantang dan kesihatan diri yang diamalkan sejak nenek moyang kita dulu. Namun amalan petua ini jadi isu apabila ada yang mengalami masalah kesihatan akibat tidak mengamalkan dengan cara yang betul.
Hakikatnya amalan petua ini ada pro n kontra. Ikuti ulasan di laman facebooknya Doktor Erna Nadia. Sungguh bermanfaat.
__________________________________________
BISA BISA BADAN, ANGIN DAN DALAMAN
Ramai juga yang menuduh kami para doktor tidak percaya pada kata kata dan petua orang lama, asyik terpengaruh dengan kemodenan, tiada yang dulu tiadalah yang sekarang, orang dulu dulu elok je hidup sampai seratus tahun yada yada yada.
Ok mari sini saya terangkan kepada awak.
Adakah orang dulu telan pil atau jus yang dibungkus yang dibuat entah dari siapa?
Tidak.
Orang dulu dulu buat sendiri dan minum.
Dan orang dulu dulu tidak makan makanan seperti yang kita telan hari ini.
Serta orang dulu dulu rajin bekerja dan membanting tenaga.
Benda begini awak cuma perlu guna logik akal yang waras sahaja.
Nak minum air kunyit, air asam jawa,air manjakani, air akar kayu, air asam belimbing yada yada yada. Silalah. Minum dengan berpada sebulan sekali dua.
Tapi tapi tapi.
Janganlah hanya dengan mengamalkan minum minum air tersebut tapi pemakanan seharian seumur hidup tidak dijaga dan malas bersenam serta malas berpeluh.
Tak guna pun telan sebelanga air akar kayu dan segala air yang awak nak amalkan tapi yang lain tidak dijaga.
Bersalin itu bukan penyakit.
Bersalin adalah proses normal atau semulajadi yang akan dilalui oleh wanita asli yang sudah mendirikan rumah tangga atau yang sudah bersenggama dan berlaku proses persenyawaan.
Jadinya, kenapa awak mesti nak jaga makan atau berpantang selepas bersalin atau selepas keguguran atau selepas pembedahan sahaja?
Why oh why?
Hiduplah dengan logik akal.
Tak susah pun nak hadam benda ni.
Ada yang tanya bagaimana nak hilang sengal sengal atau bisa bisa badan? Bagaimana taknak bagi angin masuk? Bagaimana nak kembali kecut? Bagaiman nanti rahim kembang? Apa nak makan untuk dalaman?
Badan kita akan sihat jika kita menjaganya sentiasa secara sihat.
Makanlah dengan kuantiti makanan yang betul, suku suku separuh iaitu suku karbohidrat,suku protein dan separuh serat.
Makanlah makanan yang sihat dan fresh, bukan makanan yang diproses.
Makanlah makanan yang kurang garam kurang gula kurang penambah rasa.
Makanlah makanan yang sederhana,tidak terlalu pedas, tidak terlalu masam,tidak terlalu manis, tidak terlalu masin.
Makanlah mengikut masa yang sama setiap hari.
Kita menggunakan tenaga yang banyak sewaktu hendak bersalin. Banyak kalori yang terbakar, banyak pendarahan yang berlaku namun tidak ada urat yang putus ye.
Jika, selepas bersalin, for sure kita akan rasa letih dan lemah.
Kerana apa?
Kerana badan kita dehidrasi. Kurang air, kurang tenaga dan kurang darah.
Tak perlu supplemen atau jamu pun untuk rehidrasi kembali.
Cuma perlu air masak yang banyak dan makanan yang sihat sahaja untuk kembalikan tenaga dan air ke dalam badan.
Saya pelik kenapa orang takut sungguh dengan air masak.
Air masak samada sejuk atau panas, kalorinya adalah kosong, zero, null.
Minumlah banyak mana pun, tetap tak akan gemuk.
Dan selepas bersalin, benda yang paling risau adalah sembelit.
Bayangkan kalau najis keras dan terpaksa teran?
Sebab itu perlunya air masak dan buah buahan serta sayur sayuran.
Barulah najis lembut dan mudah keluar.
Kalau tak, nanti najis keras lepas tu tak berak dua tiga hari dan tentulah akan sakit perut.
Seperti saya kata rahim tak kembang ye.
Yang akan kembang adalah badan awak seluruhnya jika malas jaga makan setiap hari. Tak perlu salahkan makanan.
Yang membuat makanan adalah kita.
Yang makan makanan pun adalah kita.
Kenapa pula salahkan laksa, donut, air sejuk, mi?
Makanlah dengan berpada.
Laksa adalah sihat ok,lagi lagi kalau guna ikan yang fresh dan letak sayur banyak banyak. Donut tu kalau awak beli yang penuh gula ditambah dengan topping cheese ke coklat ke memanglah awak akan kembang, bukan rahim tapi seluruh badan. Nak makan, olahlah jadi yang sihat. Simple kan untuk fikir?
Angin itu berlaku jika cara dan jenis pemakanan kita tidak betul.
Tidak ada istilah diet mengikut darah atau diet makan protein sahaja atau diet makan buah dan sayur sahaja. Tidak ada.
Jika ada rasa perut kembung,tidak selesa, datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Badan kita mudah menjadi letih dan bisa bisa jika kita kurang air.
Kurang air masal atau air kosong. Ini adalah tidak bagus.
Kadang kadang kita akan rasa cramps atau tarik mengkarung atau otot menegang. Cramps berlaku disebabkan kurang air biasanya. Janganlah asyik kata sebab kurang kalsium lepas tu beli pil atau susu merapu untuk tambah kalsium. Tak perlu membazir.
Rahim kita akan kembali kecut selepas bersalin kerana itu adalah fisiologi badan manusia. Dan menyusu badan akan memecutkan lagi proses pemecutan rahim. Tak perlu pun bengkung atau apa apa,yang perlu cuma bersenam. Amalkanlah senaman kegel, baik lelaki atau wanita kerana ianya bagus untuk otot di bahagian pelvis.
Tidak guna awak bertangas, bertungku bagai tapi pemakanan yang lain tidak jaga. Sama macam kes akar kayu atau herba yang awak nak makan sebab konon untuk dalaman tu. Konsepnya sama sahaja.
Jaga yang asas seumur hidup, insha Allah awak sihat.
Lepas bersalin, kena makan buah dan sayur supaya mudah membuang air besar dan tinggi kandungan vitamin C yang akan mempercepatkan kesembuhan luka akibat proses bersalin. Kena makan protein kerana protein diperlukan untuk proses penyembuhan luka.
Yang awak perlu pantang adalah pantang bersama dengan suami.
Islam sendiri kata haram bersenggama dengan suami semasa haid dan semasa masih di dalam darah nifas. Jika sudah habis nifas, jika mahu bersama juga, amalkan perancang keluarga. Janganlah asyik nak cuba kaedah azal atau kondom sahaja. Accident berlaku tanpa disangka. Bagilah anak awak yang kecil tu besar dan boleh faham arahan yang simple simple. Nanti anak dekat dekat lepas tu tak terjaga sebab penat. Rancang bersama suami sebab yang menanggungnya adalah isteri.
Ok, sekarang apa yang awak maksudkan untuk dalaman?
Dalaman mana lagi?
Dalaman dalam rahim? Takut rahim jatuh? Takut longgar? Apa yang awak nak cakap atau maksudkan dengan dalaman tu?
Kalau nak baca pasal tombong atau rahim jatuh, saya dah pernah ulas. Boleh search tentang tombong.
Rahim atau faraj longgar?
Rahim takkan longgar ye. Ianyakan duduk dalam tulang pelvis dengan elok.
Faraj diperbuat daripada otot otot. Untuk kekalkan keanjalan otot, yang perlu diamalkan adalah senaman. Dan senaman yang terbukti berkesan adalah senaman kemut atau nama lainnya senaman Kegel. Bagaimana nak buat?
Kemutkan bahagian faraj dan anus anda selama 30 saat dan lepaskan. Buatlah semasa anda sedang berehat. Jangan buat semasa tengah kencing atau berak. Buat setiap hari dna berulang kali. Hanya senaman yang boleh melatih otot otot anda menjadi kuat dan sihat.
Tak guna awak telan macam macam tapi semua yang asas dan mudah anda malas nak amalkan.
Tiada istilah highway dalam menjadi sihat dan kurus.
Tak perlu bazir beli produk pelik pelik. Walaupun dia kata produk dia homemade, tak usah percaya. Kalau homemade, awak sendiri boleh buat di rumah. Jangan bagi alasan malas atau tiada masa.
Bukan susah pun nak buat.
Hanya rebus sahaja. Anda tak perlu kacau setiap masa pun. Kan?
Jangalah mudah sangat terpedaya dengan ayat penjual atau founder kononnya suami akan lari kalau bawah tu tak jaga. Adoilah. Jika pandai jaga yang asas insha Allah terjaga semuanya.
Jangan terlalu taksub dengan petua lama.
Kadang tu petua lama ni simple je tapi orang sekarang yang dah banyak ubah caranya.
Contohnya petua mudah yang saya dapat untuk kurangkan menggeleber di bahagian pinggang adalah dengan memasukkan seulas dua bawang putih ke dalam nasi yang ditanak. Bagus petua ni sebab bawang putih memang bagus untuk kesihatan. Tapi bawang putih asli lah, tak perlu bazir beli pil bawang putih. Untuk apa?
Tapi jika amalkan petua di atas tapi makanan yang lain tak jaga pun tak guna juga kan? Letaklah 100 ulas bawang putih pun tetap takkan kurus kalau makan seolah esok lusa tak ada dah.
Benda yang super simple untuk dihadam sebenarnya tapi ramai yang malas nak baca dan faham betul betul.
Berhentilah menjadi tidak bijak dan membazir.
Ingat ye, nak makan air rebusan kunyit campur asam jawa campur halia tidak salah diamalkan sebulan sekali dua namun dalam masa yang sama jaga juga pemakanan seharian. Macam ni barulah umpphh!
Nota kaki : Kita adalah apa yang kita makan dan minum. Kita adaalah apa yang kita fikirkan✌?
Dr. Erna Nadia
Berhati hati dalam mempercayai petua yang diberi oleh individu yang tiada asas perubatan kerana jika anda sakit bukan mereka yang merawat?
Guna Cuka Dengan Pelbagai Cara. Mudahkan Kerja Ibu Urus Rumah Tangga!
Penggunaan cuka di dalam masakan, semua antara kita sedia maklum. Bukan sahaja digunakan untuk menyediakan menu masakan tradisi. Pun begitu, ada 8 lagi kegunaan cuka yang boleh dipraktiskan oleh ibu-ibu dalam mengurus hal rumah tangga.
- Membunuh rumpai
Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.
2. Cegah semut
Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.
3. Bunga dalam pasu bertahan lama
Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.
4. Membersihkan kesan karat
Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.
5. Bersihkan permukaan lantai
Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.
6. Bersihkan pasu lama
Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.
7. Cuci tangan lebih bersih
Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.
8. Menyegarkan sayuran
Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.
Ini Khasiat Surah Al-Ikhlas Yang Kita Kena Alert. Ayat Yang Ringkas Tetapi Luar Biasa Manfaatnya!
Al-Quran merupakan panduan dan petunjuk kepada setiap muslim. Hebatnya lagi, dapat memberikan kebaikan bagi mereka yang rutin membacanya.
Mungkin kita sering mendengar bahawa membaca Al Quran berfaedah untuk kesihatan mental, emosi, spiritual, dan fizikal. Begitu juga dengan surah Al-Ikhlas. Biarpun ayat yang pendek dan ringkas tetapi maafaatnya luar biasa.
Ikuti perkongsiannya.
“Khasiat Surah Al-Ikhlas”
1 -Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2 – Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
3 – Menghindari Kesukaran
a – Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b -Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
4 – Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
5 – Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a – Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b – Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
6 – Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
7 – Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
8 – Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
9 – Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
10 – Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
Alhamdulillah
Kredit: Pakar Diari Hati