Sejak pandemik dan peningkatan kes saban hari, persekolahan secara bersemuka ditangguhkan. Kini pelajar mengikuti kelas secara tanpa semuka dengan mengikuti pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Namun suasana pembejaran secara atas talian ini sebenarnya tidak memberi kepuasan kepada pelajar. Maklumlah tidak dapat berada di persekitaran sekolah yang sebenarnya.
Kerinduan ini jelas terbayang menerusi perkongsian seorang guru, Jina Ulau Jok mengenai murinya yang sanggup tunggu kelas PdPR habis untuk berbual dengannya. Malah pelajar yang dikenali sebagai Auni sanggup menunggu semua rakan sekelasnya ‘left’ sebelum berbual dengan berkenaan.
“Berabis dia tunggu kawan-kawan yang lain left.Ada benda dia nak tunjuk sebenarnya. panjang pulak video. Sejam.”
@jhieynaBukan bulan 9 dah nak.. 😭 ##preschool Berabis dia tunggu kawan2 yang lain left.. ada benda dia nak tunjuk sebenarnya.. panjang pulak video.. sejam 😂♬ Kina Can We Kiss Forever Sape Cover – Alif Fakod
Kelihatan murid bernama Auni ini yang petah berbual dengan mesra bersama gurunya menunjukkan barangan peribadinya. Malah turut meluahkan tidak dapat berjumpa cikgu yang sama setelah tahun depan melangkah ke darjah satu.
@jhieynaReply to @zintsensei part **Auni ingat cikgu 🥺 ##preschool♬ Kina Can We Kiss Forever Sape Cover – Alif Fakod
Cikgu sayang semua anak murid
@jhieynaReply to @rare46666 🤗 cikgu sayang semua 25 orang anak cikgu tu.. ##cguJie♬ Sape Kenyah – Various Artist – Sape Kayan
Video itu menarik perhatian warganet yang melihat ia sebuah perkongsian yang sebak.
Sehingga kini dua video yang dimuat naik oleh Jina masing-masing meraih lebih 85,000 dan 332,000 jumlah tontonan.
Sumber: @jhieyna