Setiap dari kita pasti ada menu masakan yang menjadi kegemaran atau meninggalkan kenangan dalam diri kita kan. Mungkin nampak biasa tapi ia ada sentimental value yang membuatkan kita ‘terikat’ dengan hidangan tersebut.
Menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), Puan Redza Rosida berkongsi resipi ayam madu yang menjadi kegemaran arwah ayahnya. Mengimbas detik terakhir bersama arwah, wanita ini berkata ayah tidak jemu memakan masakannya walaupun tiga hari berturut-turut.
Ayam madu kesukaan arwah ayah..dh lama x buat sbb teringat kat arwah ayah..ayah suka sngat..ada 1 masa tu,sy buat 3 hari berturut2 masak ayam madu je..ingat ayah akan jemu,rupanya tak..ayah mkn dgn seleranya..haini sambil masak,sambil menangis..rindu pada ayah bertandang.
Ads
Kalau masa ayah ada mesti time sy masak akan dtg dapur tanya masak apa..mesti tanya bahan cukup x nk masak..klau ckp x cukup,berdesup start moto p kedai..sy ni klau suami tugas luar berbulan2 mesti balik kat mak ayah sbb nk luangkan masa bersama..nk berbakti pda mereka..kini dh 5 bulan ayah pergi..sy sertakan resepi sekali ok..
Ads
Ayam madu
Bahan A
*gula kerek yg nipis tu 2 keping+air setengah cawan+lada kering blander 2 sudu..masak sampai agak likat skit..
Ads
Bahan B
*bawang besar 2 biji+bawang putih 5 ulas
*halia 2 inci
*sos tiram 3 sudu besar
*sos lada hitam 3 sudu besar
*madu 2 sudu
*kiub ayam 1 ketul
Blanderkan bahan A dan bahan B
Kuantiti ayam seekor..ayam rebus kejap je..x rebus pun x pe..perap setengah jam..lagi lama lagi sedap..masa bakar letak butter skit kat pemanggang ajaib..bakar dapur arang lgi sedap..selamat mencuba😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kotoran pada cawan yang digunakan untuk minuam kopi atau teh adakalanya akan melekat dan sukar untuk dihilangkan. Usah terus buang bekas tersebut kerana ada cara mudah menghilangkan kesan kotoran degil tersebut.
Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah di dapati. Mudah dan menjimatkan lagi-lagi di zaman kegawatan ekonomi ini kan. Jom semak caranya:
Bahan Untuk Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh
1 Sudu Baking soda
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
Cara-cara bersihkan kotoran degil pada cawan:
1. Masukkan baking soda yang telah anda sukat ke dalam bekas cawan yang kotor itu.
2. Tuangkan 2 sudu berisi cuka ke dalam bekas cawan tersebut.
3. Kemudian, ambil dan isi pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.
4. Tambahkan air panas ke dalam bekas cawan itu.
5. Kacaukan ia sehingga menjadi sebati. Biarkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 10 minit.
6. Basuh dan cucikan cawan atau mug tersebut seperti biasa dengan span cucian mangkuk anda.
Tips tambahan: Bagi kotoran cawan/mug yang agak degil , anda boleh rendamkan cawan/mug tersebut seharian/semalaman bersama-sama dengan cuka dan baking soda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad, 29, sah bergelar isteri lelaki penyanyi, Raja Syahiran, dengan sekali kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Colony by KLCC pada jam 9.03 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung kepada Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arsyad.
Dalam majlis itu, Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat suri hatinya.
Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran yang dibuat diantara kedua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah pasangan ini turut dihadiri 100 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan saudara terdekat. Pasangan ini juga belum ada perancangan tarikh Untuk majlis resepsi.
Usai majlis, Uyaina melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.
“Asalnya pelamin yang ditempah adalah berbeza namun sehari sebelum majlisnya berlangsung pihak perancang perkahwinan terbabit memaklumkan gudang penyimpanan kelengkapannya yang terletak di Puchong, Selangor telah musnah akibat banjir.
“Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘Arabian Night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musnah.
“Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa arus banjir pada Ahad lalu.
“Kami terpaksa berlapang dada.Mujurlah ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidan terjun walaupun pada saat-saat akhir.
“Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Selain itu, kata Uyaina, dia dan suaminya sangat tenang dalam berdepan dengan ujian yang melanda meski sedar hari bahagia mereka seharusnya berlangsung dalam keadaan sebagaimana yang dirancang.
“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.
“Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan,” ujarnya.
Sebelum ini, mereka memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkn ekoran Varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.
Umumnya pada hari penyembelihan bintang korban, ramai yang ingin membantu. Ada yang memotong dan melapah daging untuk melancarkan urusan pembahagian daging tersebut. Usaha ini sekali gus dapat juga menambah pahala dengan melakukan kebaikan di hari Raya Korban.
Namun jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa andai anda melakukan perkara-perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...