Nasi minyak merupakan menu yang tidak asing lagi dan sering menjadi hidangan istimewa untuk merai tetamu di majlis kenduri kahwin.
Pun begitu, jika ada yang teringin untuk menikmatinya bolehlah sediakan sendiri tanpa perlu menunggu jemputan undangan daripada seseorang.
Cukup ada kerajinan pasti menu istimewa ini siap terhidang dengan lengkap bersama ayam masak merah dan acar timun. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ida Hanaa.
Resepi Nasi Minyak
3 cawan beras basmathi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
2 sudu besar mentega/ minyak masak
1 kiub pati ayam
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
Bawang goreng hiasan
Cara-caranya:
Langkah 1 : Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya
Langklah 2 : Panaskan mentega, tumis bawang dan halia yang telah diblend
Langkah 3 : Masukkan 3 sekawan dan daun pandan
Langkah 4 : Bila bawang sudah garing masukkn susu cair, air, kiub pati ayam dan garam
Langkah 5 :Tuangkan dalam periuk nasi
Langkah 6 : Biarkan nasi masak seperti biasa
Langkah 7 : Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah
Langkah 8 : Taburkan bawang goreng, siap.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Hiasan- daun bawang/daun ketumbar
*bahan kisar
Cara -caranya :
Langkah 1 : Ayam digaul dgn serbuk kunyit+garam dan goreng hingga msk
Langkah 2 : Guna minyak goreng ayam tadi untuk goreng bawang merah yang sudah dihiris dan angkat ketepikan
Langkah 3 : Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan
Langkah 4 : Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili garing
Langkah 5 : Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Langkah 6 : Masukkan air, perasakan dengan garam dan gula
Langkah 7 : Bila sudah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika
Langkah 8 : Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api
Hiaskan dengan daun ketumbar/ daun bawang
Kurma Ayam + kentang
Beberapa ketul ayam dipotong kecil
2 biji kentang
1 biji lobak merah
1 biji tomato
1/2 kotak santan
1 peket rempah kurma
Minyak untuk menumis
Gula dan garam
Air secukupnya
Bahan tumis –
1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia *
*dihiris halus
Cara-caranya:
Langkah 1: Tumis bahan2 hiris dan biarkan hingga naik bau
Langkah 2 : Masukkn rempah kurma an air sedikit
Langkah 3 : Masak hingga naik minyak
Langkah 4 : Masukkan ayam, ubi kentang, karot
Langkah 5 : Masukkan santan + sedikit air
Langkah 6 : Biarkan mendidih. Masukkn garam secukup rasa
Langkah 7 : Biarkan kuah masak hingga pekat sedikit dan sudah siap. Masukkn cili merah/ cili hijau jika suka
Acar Mentah (Jelatah)
1 biji timun
1 biji karot
1 -2 biji cili merah
2 biji bawang merah
Sedikit cuka makan
Garam dan gula
Gaulkan semua bahan dan hidangkan
Da siap selamat mencuba
Kredit: Ida Hanaa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club