Rata-rata apabila ditanya, masakan apakah yang paling sedap dan selalu membuatkan kita rindu untuk menikmatinya berulang kali. Pasti jawapannya adalah masakan daripada air tangan ibu.
Berkongsi kisah tentang kerinduan merasa makasan ibu, wanita ini turut murah hati berkongsi resipi mee kari sebagaimana yang sellu dimasak oleh ibunya untuk jualan di kampung.
“Mak ceq memang niaga mee kari….orang kat kampung panggil mee kari cik ross bila orang tempah kami adik beradik seronok sebab mak akan buat lebih untuk anak-anak…
“Bila dah dok jauh ni rindu nak makan mee kari mak…tapi terpaksalah buat sendiri walaupun rasa hampir sama tapi nak jugak air tangan mak kan…..jom sapa nak lunch mai lah makan mee kari kami”-momverlouzdish Aliaa
Jadi buat anda penggemar mee kari, bolehlah mencuba sendiri menyediakan menu ini mengikut resipi yang diberikan ini.
Ads
Ni saya bagi resepi kuahnya ya….mee dan bahan celur lain rasanya semua dah tahu
(untuk 10 orang)
Rempah kari daging ayam faeza 2 bungkus kecik
Rempah kari ikan 1 bungkus kecil
*Bawang 1 labu besar
*Bawang putih 4 ulas
*Udang kering sikit sahaja….kalau tak ada boleh ganti ikan bilis
*cili kering yang sudah direbus
-blend bahan yang bertanda ***
-Bancuh bahan blend dengan 3 paket rempah tu
Ads
Caranya:
-Tumis daun kari,3 beradik dan serai yg di ketuk,lengkuas pon ketuk dan tumis sekali….
-masukkan bahan bancuhan td…
-sampai dh naik minyak masukkn ayam yg dipotong kecik2
-bila ayam dh empuk rempah kari pon dh garing….masukkn air….
-masukkn santan….ikut sy 2 kotak kecik santan tu elok dah….
-masukkn fish cake dan kerang yg dh dikukus
-dh rasa semua elok masukkn tauhu kering yg dipotong…
Siap utk kuahnya…
Turut dikongsi cara menyediakan bawang goreng
Ads
Bawang kecil potong menegak nipis-nipis. Panaskan api betul-betul terus masukkan bawang tadi tu. Selalu kacau supaya perang sekata. Bila sudah nampak perang tu terus tutup api….kacau-kacau lagi sikit terus angkat…..bawang ni kena control api je….hangus pahit pulak, tak masak kang lemau.
Menu yang ringkas tu lah yang sedap. Begitu juga dengan menu berasakan sup. Antaranya bihun sup utara yang memang terkenal dengan kesedapannya.
Istimewanya bihun sup utara ini cabainya merah berbanding sambal kicap warna hitam yang biasa tu. Manakala bihunnya pulak mesti warna kuning, bukannya putih.
Nak lebih sedap, buat kuah mengunakan sup tulang untuk penyedap rasa. Nak tahu lanjut resipi terlajak sedap ini, ikuti resipi wanita ini.
Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
Bahan bahan 1 peket bihun 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi..dah agak2 lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..
PENYEDAP RASA MENGGUNAKAN KUAH SUP TULANG
Bahan Sup Tulang
1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya😂 2 batang serai ketuk Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk 4 ulas bawang putih ditumbuk 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk 1 batang kulit kayu manis Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar 3 bunga lawang 4 biji buah pelaga Sedikit batang daun sup
Cara penyediaan:
Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas.. Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.. ***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa.. Bahan2 cabai merah Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk Asam keping atau air asam jawa atau cuka Garam Gula Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula. Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun Daun bawang, daun sup, lobak masin, bawang goreng, tauhu digoreng.
Jika sebelum ini, nak masak pulut mesti ada periuk pengukus di rumah. Jika masak menggunakan periuk menggunakan api pun boleh hangit pulut. Senang kata, nak masak pulut ni kena tahu skill, baru menjadi.
Nak tahu cara mudah masak pulut ikuti resipi ni. Guna sukatan cawan dan guna rice cooker pun pulut mmang lembut elok.
Malah katanya hanya mengambil masa 15 minit saja. Mudah dan pantas.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera seisi keluarga terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk sediakannya dan nikmati keenakan rasa yang cukup menyelerakan.
Puding Buah Peach
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri untuk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...