Biasanya bila kita sekeluarga makan di kedai tomyam, pelbagai menu kita pesan penuh semeja. Maklumlah sekali sekala makan di luar, memang seronok melayan selera kita anak beranak. Antara banyak-banyak hidangan tersebut, kebiasaanya ada satu menu ringkas ini pasti kita hendak makan, lain tidak bukan Ayam Goreng Kunyit.
Memandangkan di dalam resipi tersebut sudah tersedia ada sayur kacang panjang dan bunga kobis di dalamnya, seakan menu lengkap untuk dijamah. Andai dapat pula dimakan dengan dan sambal belacan pun sudah mampu membangkitkan selera dimakan bersama nasi panas dan kuah sup kosong. Memang menyelerakan!
Pun begitu sudah lama kita anak beranak tidak dapat makan bersama di restoran semenjak PKP, jadi rindu juga rasanya untuk merasa hidangan tersebut.
Jadi apa kata hari ini, kita sediakan sendiri hidangan ayam goreng kunyit yang serupa rasa dan bentuknya seperti kita biasa makan di restoran tomyam. Resipinya seperti mana yang dikongsikan oleh Wan Iskandar.
Ujar Wan Iskandar, untuk menyediakan menu Ayam Goreng Kunyit sangatlah ringkas dan mudah.
“Yang rindukan ayam goreng kunyit kat kedai tomyam tu,boleh try masak sendiri..
Senang dan simple..”jelasnya.
AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI TOMYAM
Bahan-bahan perapan :
Garam
Kunyit
Tepung Jagung
Cili giling
Cara penyediaan:
1. Masukkan semua ke dalam bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan ayam dan gaul rata.
3. Kemudian perap selama 30 minit.
Setelah itu, sediakan juga hirisan kacang panjang, bawang holand yang dihiris membulat dan hirisan cili merah.
Kemudian panaskan minyak di dalam kuali.
Setelah itu,, masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng sehingga warnanya kuning keemas-emasan.
Setelah itu, masukkan kacang panjang, bawang holland dan cili merah. Goreng anggaran 2-3 minit.
Setelah masak angkat dan sedia untuk dinikmati.
Siap.