Kehilangan pasangan hidup yang sebelum ini sentiasa ada disisi, tentunya membuatkan diri terasa sunyi melalui kehidupan ini. Apatah lagi andai telah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh tahun lamanya, pasti terbit rasa rindu bertandang di hati.
Rasa rindu ini pula tiada penghujungnya!
Begitulah sepertimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @stapagonjeng, mengenai kerinduan ayahnya kepada arwah ibu yang telah dijemput Ilahi pada 9 Mac yang lalu.
Difahamkan, pemilik video tersebut yang dikenali sebagai Nur Shuhada pernah mempelawa ayahnya untuk tinggal sekali dengannya. Namun, berat hati ayahnya untuk meninggalkan rumah yang dihuni selama ini begitu sahaja. Begitu banyak nostalgia dan kenangan tercipta di rumah tersebut, dan akhirnya ayahnya mengambil keputusan untuk turus tinggal sendirian di rumah tersebut.
“Ayah cakap sayang nak tinggal rumah tu. Mungkin kerana masih rindu dengan arwah mak… banyak kenangan mereka bersama di situ.”
Menerusi video yang dikongsikan, dilihat ayahnya sedang berselera makan sambal udang bersama petai yang dimasak oleh Shuhada. Ujarnya, setiap minggu ayah akan beli sendiri bahan mentah sebelum datang ke rumah untuk dimasak olehnya.
Ads
“Setiap minggu pasti ayah akan bawa bahan mentah yang berbeza sama ada ketam, ikan, udang atau ayam bersama rencah-rencah lain yang ingin dimasukkan dalam masakan dihajatinya.”
Meninjau diruangan komen nyata video ini menyentuh hati dan mengundang sebak netizen. Ramai antaranya turut merasa kerinduan kepada orang tua yang telah tiada.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Rasanya satu Malaysia mengenali Dr Amalina Bakri, iaitu anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di London, United Kingdom bekerja sebagai doktor pakar bedah.
Setelah seminggu anak perempuannya dilahirkan, semalam Dr Amalina memilih untuk berkongsi kepada umum wajah dan nama cahaya matanya yang diberi nama Arabella Mia.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” tulisnya di laman Instagramnya pada Selasa.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian Dr Amalina itu mendapat ucapan tahniah dari beberapa selebriti dan orang ternama dari Malaysia seperti Catriona Ross, Mira Filzah dan Vivy Yusof.
Tak kurang juga yang memuji pemilihan nama anak sulung Dr Amalina dan mendoakan supaya Arabella membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.\
Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Membuat pilihan untuk anak-anak dalam hal persekolahan kadang-kadang boleh bertemu jalan buntu untuk ibubapa.
Apatah lagi, dengan pilihan tersebut kita sedar akan menjadi titik tolak dalam merancang masa depan anak, sebagai mana memilih untuk melanjutkan pelajaran di sekolah harian atau di sekolah asrama penuh.
Pastinya kita dahulu juga punya kisah tersendiri dalam zaman persekolahan. Oleh itu, hitunglah baik buruknya dan mungkin dengan membaca perkongsian ini dapat kita berfikir sejenak.
Jom semak posting Puan Hanie Spalie bertarikh 29 Oktober yang lalu.
Sekolah Asrama Penuh atau Sekolah Harian ?
Perkara ini sebenarnya dah lama jadi bualan ibu bapa di Malaysia. Tambahan lagi bila musim pasca UPSR dan juga PMR / PT3.
Saya paling takut nak paksa anak atau rancang tanpa pengetahuan anak dalam hal ini.
Sebab anak saya ada hak untuk mengatakan tidak.
Ramai juga yang cakap, anak tak mampu fikir dan susun masa depan sendiri, jadi ini jadi tanggungjawab mak dan ayah tentukan sama ada masuk SBP atau tidak.
Sekolah harian pun cukup baik bagi saya. Mungkin mudah nak pantau kehidupan harian anak.
Dan ada baiknya juga SBP kerana mendidik anak remaja berdikari seawal yang mungkin.
Cuma, ini pesanan ibu kepada seorang sahabat anak saya yang bernama Khai,
“Usah paksa anak sekolah SBP kalau dia tak mahu ”
“Minta anak telefon rumah selalu dan tanyakan apa cerita dia di sekolah ”
“Tanya juga jika dia menghadapi masalah gangguan seksual atau tidak ”
“Tolong dengar luahan anak. Elakkan nasi jadi bubur. Bubur tak boleh jadi nasi semula. Itu lah emosi anak kita.”
Itu antara pesanan yang ditulis setelah ibu Khai share satu cerita confession tinggal di asrama. (Rujuk post fb saya sebelum post yang ini. )
Saya cukup hairan. Kenapa sampai begitu sekali pesanan dia pada kami ibu-ibu yang lain?
Ternyata, anaknya, lelaki telah mengalami gangguan penderaan emosi dan fizikal.
Bukan setakat dibuli.
Bukan setakat dimaki.
Bukan setakat dihina.
Bukan setakat dipukul ditampar.
Dia telah di liwat oleh beberapa pelajar senior lelaki.
Ya Allah.
Saya yang baca luahan hati ibu Khai, terus meremang bulu roma.
Tambahan apabila ibu Khai beritahu, Khai hanya tahu dia diliwat setelah berkongsi cerita dengan rakan perempuan yang akrab di sekolah rendah dahulu.
Khai hanya ingat itu penderaan fizikal biasa.
Saya pun terfikir.
Bukan semua anak faham apa itu pencabulan seksual. Sebab yang sakit semua ditafsirkan sebagai penderaan fizikal secara umum.
Dan ibu Khai datang ambil dari sekolah pada bulan 8.Sekarang bulan 10. Baru di pindahkan ke sekolah harian biasa dari SBP.
Dari bulan 1 hingga bulan bulan 7, apa jadi pada dia?
Allahu. Allahu. Allahu.
Sampai sekarang, si pelaku masih lagi menghantar ugutan dan makian lucah pada Khai.
Laporan polis dah dibuat. Cuma saya tak mahu tanya lebih. Takut tercedera lagi emosi si ibu, anak dan keluarga.
Jadi, cukup lah saya berkongsi untuk kita fikirkan bersama.
Masa depan anak bukan di tangan ibubapa semata.
Bincang dan fahami apa yang anak kita mahukan.
Cari jalan akhir yang boleh buat semua rasa tenang.
Jadi apa yang ibu Khai minta saya buat adalah,
1 ) Bincang dengan anak tentang SBP dan sekolah harian.
2) Tanya khabar anak selalu.
3) Perlu didedahkan apa itu gangguan seksual seawal yang boleh. Pendidikan seksual itu sangat penting.
4) Tanya anak yang tinggal di asrama pernah kena liwat ( lelaki sama lelaki ) atau rogol ( perempuan sama perempuan ).
5) Siasat luahan hati dan tangisan anak yang tak mahu lagi tinggal di asrama.
6) Cuba didik anak supaya meluahkan masalah. Elakkan dari memendam. Kerana ia tak selesaikan masalah.
7) Tanyalah anak sebelum buat apa-apa keputusan.
8 ) Tanya anak kenapa dia sedih atau menangis setiap kali mahu kembali ke sekolah. Sama ada sekolah SBP atau sekolah harian.
Saya tahu, ada pengalaman orang yang manis tinggal di asrama, ada juga yang pahit sampai tak terluah.
Ada yang jadi kuat setelah pelbagai cubaan di asrama.
Tak kurang juga ada yang hilang nyawa kerana cubaan yang sama.
Ada juga yang hidup dalam trauma seumur hidup.
Semoga anak-anak kita sentiasa di bawah lindungan Tuhan di mana pun mereka berada.
Doakan supaya Khai boleh pulih dari penderaan fizikal dan penderaan psikologi akibat kejadian ini.
Kuat lah Khai. Aunty Hanie ada untuk pimpin tangan Khai. Kita lawan dunia yang tak adil buat kita Khai.
Khai bangkitlah untuk mereka yang mengalami perkara yang sama seperti Khai.
Fizz Fairuz dapat anak lagi, “Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak kelima.” Pasangan Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia selamat menimang anak kelima.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Hantaran yang dibuat oleh Fizz Fairuz itu dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya:
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Bagaimanapun Fizz Fairuz tidak berkongsi jantina anak kelimanya itu. Namun menerusi komen rakan artisnya, Achey, dikatakan bayi yang dilahirkan itu ialah bayi lelaki.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.