Bila dah datang musim gaji ni, mula la rasa nak makan mewah-mewah ye dak? Selalunya makan ayam, telur, ayam telur, ikan jarang sekali la bukan kesukaan anak-anak.
Bila dah dapat gaji, merasa nak makan lauk daging. Dapat pula batang pinang, lagilah lembutnya bagai diawang-awangan rasanya!
Tapi… Masak apa ye sedap? Haaa dah alang-alang sekarang ni nak merasa lauk kenduri lambat lagi dek kerana PKPB ni, jom masak daging hitam ala-ala lauk kenduri. Bergandingan pula dengan papadom, nasi minyak dan jelatah memang terbaik lah! Jom cuba resepi dari Rusfaniza Abu Yazid
ni!DAGING MASAK HITAM ALA KENDURI
Bahan-bahannya :-
Daging 2 kilo
kicap manis & kicap pekat
cili kering 20 tangkai(bland)
bawang besar 2 biji
bawang putih 10 ulas
halia 5-6 hiris
serai 2 batang
buah keras 5 biji
kismis 1 genggam(patutnya guna kismis hitam, x dak guna ja yg kuning)
jintan manis 1 sudu kecik
lada hitam 1 sudu kecik
Cara-Caranya :-
2. sementara tunggu daging kita bland bahan2 ni dulu
Bekas biru💙
bland bawang besar,bawang putih, halia
Bekas pink💗
bland serai,kismis,buah keras,jintan manis,lada hitam
3. minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang bland
4. bawang dah garing masukkan rempah bland pulak
5. pecah minyak macam ni masukkan daging… api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air
6. masak sampai kering macam ni… ikut kan tak payah tambah gula&garam lg dah ngam2 rasa tapi sebab saya suka manis letak jugak 2 sudu. Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam jugak la😅tapi berbaloii puas makan
lepas panaskan hari ni makan lagi sedap… letak bekas kecik2 simpan dlm peti ais nak makan panaskan ja hampa😁