Dua tahun lalu adalah tahun yang penuh dengan dugaan dan ujian. Dua tahun yang penuh dengan airmata tentang kehilangan besar dalam diri, tak kira dalam pekerjaan mahupun ahli keluarga.
Siapa sangka, dengan virus yang melanda satu dunia, ramai yang kehilangan nyawa sehingga menjadi kesan rindu yang mendalam pada mereka yang ditinggalkan di bumi sehingga ke hari ini.
Misalnya seperti kisah dalam perkongsian oleh seorang pengguna Tiktok @chimok_93 yang didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju hitam dalam keadaan menangis. Mereka sekeluarga terkejut apabila individu tersebut menyatakan hajat untuk belanja makan tengahari mereka semua.
Apabila ditanya tujuannya, lelaki baik hati tersebut memaklumkan dia cuma rindu keluarga angkat yang telah diragut wabak Covid-19 sebelum ini. Pemuda berkenaan malah kembali ke meja mereka untuk mengucapkan selamat jalan, setelah selesai buat bayaran di kaunter.
Sebagai tanda terima kasih, keluarga wanita ini turut mendoakannya agar sentiasa kuat menghadapi setiap dugaan mendatang. Malah, mereka juga sempat mengambil no telefon lelaki berkenaan dan berniat untuk berjumpa lagi.
@chimok_93Whoever know him please always support him..He deserve a big hug 🤗❤️♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila
Menjengah ke ruangan komen, kisah sedih dan tindakan mulia lelaki itu nyata mengundang sebak dalam kalangan netizen. Selain itu mereka juga berharap keluarga ini terus berhubungan dengan pemuda berkenaan, agar sekurang-kurangnya dapat merawat rasa kerinduan yang sedang ditanggung olehnya.
Sumber : @chimok_93