
Dua tahun lalu adalah tahun yang penuh dengan dugaan dan ujian. Dua tahun yang penuh dengan airmata tentang kehilangan besar dalam diri, tak kira dalam pekerjaan mahupun ahli keluarga.
Siapa sangka, dengan virus yang melanda satu dunia, ramai yang kehilangan nyawa sehingga menjadi kesan rindu yang mendalam pada mereka yang ditinggalkan di bumi sehingga ke hari ini.
Misalnya seperti kisah dalam perkongsian oleh seorang pengguna Tiktok @chimok_93 yang didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju hitam dalam keadaan menangis. Mereka sekeluarga terkejut apabila individu tersebut menyatakan hajat untuk belanja makan tengahari mereka semua.
Apabila ditanya tujuannya, lelaki baik hati tersebut memaklumkan dia cuma rindu keluarga angkat yang telah diragut wabak Covid-19 sebelum ini. Pemuda berkenaan malah kembali ke meja mereka untuk mengucapkan selamat jalan, setelah selesai buat bayaran di kaunter.
Sebagai tanda terima kasih, keluarga wanita ini turut mendoakannya agar sentiasa kuat menghadapi setiap dugaan mendatang. Malah, mereka juga sempat mengambil no telefon lelaki berkenaan dan berniat untuk berjumpa lagi.
Menjengah ke ruangan komen, kisah sedih dan tindakan mulia lelaki itu nyata mengundang sebak dalam kalangan netizen. Selain itu mereka juga berharap keluarga ini terus berhubungan dengan pemuda berkenaan, agar sekurang-kurangnya dapat merawat rasa kerinduan yang sedang ditanggung olehnya.
Sumber : @chimok_93
“Bangga Sifat Prihatin Tuanku, Mengalir Air Mata Sebak.” Agong Lawat Kawasan Banjir, Warganet Titip Doa!

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk bersama-sama turun padang melihat kawasan banjir yang melanda Pahang.
Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut.
Terbaru pasangan DiRaja yang menjadi kesayangan rakyat ini turun padang melihat kawasan yang dilanda banjir bersama, meredah jalan yang dinaiki banjir
semalam tengku mahkota ke benta ,raub Hari ni permasuri & tuanku ke pekan …hebatnya ❤️semua turun padang…
tuanku masih segar dalam ingatan banjir pada tahun 2009, tuanku dan anak anak mencemar duli di sek keb permatang keledang pekan untuk melawat dan memasak untuk mangsa mangsa banjir. ketika itu tuanku bawa anak anak beri sumbangan. seronok sungguh tengok diorang hulurkan sumbangan. bagus sungguh didikkan agong dan tuanku dalam membesarkan anak anak, supaya sentiasa dekatkan dan beramah mesra bersama rakyat.
Itu antara pujian dan penghargaan dari rakyat kepada pasangan DiRaja ini menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Tunku Azizah menerusi laman instagramnya.
Perkongsian Tunku Azizah mendapat reaksi warganet, rata-rata memuji keprihatinan Keluarga DiRaja ini yang sentiasa turun padang memberi sokongan buat rakyat di dalam kesusahan.

Sumber: airtangan_tunkuazizah
“Kau Bukan Kahwin Dengan Maid, Isteri Bukan Robot.” Shakilla Khoriri Pesan Urus Rumah Tangga Kena Bersama

Melangkah ke alam rumah tangga, pemikiran dan kehidupan wanita berubah sama sekali. Kalau dulu bebas ke mana saja dengan kawan-kawan, kini keluarga jadi keutamaan. lebih-lebih lagi kalau bergelar surirumah. Hadap semua benda sendirian.
Kalau dapat suami yang ringan tulang bolehlah membantu. tapi kalau jenis yang pulang dari kerja yang dicari bukan isteri tetapi sofa untuk landing sambil tangan tak lekang dengan handphone. Ini juga satu masalah kan.
Itulah yang diutarakan oleh Shakilla Khoriri, pelakon dan juga isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali.
Cukup berterima kasih kepada suaminya yang banyak membantu menguruskan hal rumah tangga dan anak bersama, jelas Shakilla, setiap suami harus berbuat demikian dan tidak sekadar melepaskan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata.
Strees tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga. YES ! memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot.
SUAMI …….mohon TERbaca caption ni.
Sayangi lah ISTERI.
Bantu.
Kalau kau tak ada rasa sayang KESIAN lah.
.
Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak.
Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan.
Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata.
BANTU……kau bukan kawin dengan MAID.
Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah.
.
TEPUK besar untuk suami yang sama2 bantu ringan beban kau. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai.
Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali
I love you my boy @fiziali_ ️
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Sumber: IG shakillakhoriri
Pelajar Jawab ‘Exam’ Atas Pokok Terharu Dapat Perhatian Istana Negeri, Nekad Ubah Kehidupan Keluarga!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru-baru ini tular seorang pelajar yang gigih memanjat pokok kerana mahu mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan dalam talian. Kesungguhan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, dalam menuntut ilmu mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar.
Yayasan itu pada hari ini memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, di sini.
Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Taufiq berkata pihak pengurusan UMS telah bersetuju menyediakan biasiswa sekiranya Veveonah ditawarkan melanjutkan pengajian dalam program ijazah sarjana muda di universiti berkenaan.
“Kita harap beliau akan mengharungi cabaran menuntut ilmu dengan baik dan semoga dia cemerlang dalam akademik sekali gus mendapat pekerjaan baik kelak,” katanya.
Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.
Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kg Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan.
Sementara itu, Veveonah, 19, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Mengenai video pengalaman menjawab peperiksaan di atas pokok seperti dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Veveonah berkata, dia sendiri tidak menyangka video itu akan tular, namun, dia merasa gembira dan berterima kasih atas perhatian pihak berkaitan yang mengambil tindakan susulan menyediakan kemudahan internet di kampungnya.
“Pertama sekali saya buat video itu hanya sekadar suka-suka selain ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya menjawab peperiksaan dalam talian. Saya berterima kasih sekiranya ada pihak mengambil tindakan untuk kemajuan di kampung saya dengan membina menara telekomunikasi dan ini adalah harapan saya kerana internet sangat penting pada masa sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Veveonah yang bercita-cita menjadi seorang guru atau pensyarah itu menjadikan ibu dan bapanya, yang bekerja sebagai petani sebagai pendorong untuk terus berjaya, selain berharap bidang pendidikan akan mengubah kehidupannya bersama keluarga.
Selain Veveonah, Yayasan Nur Jauhar turut menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi pelajar Sabah yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu Mohd Hainif Alimanja.
Sumber : Bernama , Korporat UMS , Jabatan Penerangan Negeri Sabah