Kisah Jahidah Nordin, wanita ini yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma mengejutkan masyarakat. Sementelah dia ketika Itu sedang hamil dan baru-baru ini melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan.
Terbaharu, adik mangsa Fauziah Nordin memuatnaik perkembangan ibu serta bayi melalui media sosial sekali lagi menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.
@ziah_zara11 rindu ibu rupanya..😊#mangsaderasuamidayus #braindamage #babyajaib #ziahzara #eshannufail ♬ suara asli – pisces,,85
“Nufail meragam tadi. Bila letak tepi ibu, lena dia tidur. Rindu ibu rupanya. Nufail nak peluk ibu ye, ibu tak boleh lagi.
“Mummy (gelaran Fauziah) yang akan peluk Nufail selalu, pengganti ibu. Walaupun mummy bukan ibu kandung,” Ungkap Fauziah lagi.
Menurut Fauziah, bayi mesra dipanggil Nufail itu terus lena apabila berada di sebelah ibunya yang sudah tidak sedarkan diri sejak tahun lalu akibat kecederaan parah selepas disyaki dibelasah oleh suami.
@ziah_zara11 Hujung minggu Nufail dan ibu ..🥰#braindamage #mangsaderasuamidayus #eshannufail #babyajaib #ziahzara #bedridden ♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran
@ziah_zara11 baik nufail tak banyak ragam… Alhamdulillah#babyajaib #mangsaderasuamidayus #eshannufail #braindamage #ziahzara ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI
Video berkenaan mendapat respond ramai. Rata-rata meluahkan rasa sebak melihat situasi tersebut. Bahkan terdapat beberapa lagi perkongsian lain turut mengundang simpati terhadap apa yang dialami ibu yang berusia 43 tahun ini.
@ziah_zara11 sebak malam ni…mcm² dalam fikiran..#braindamage #deraisteri #pregnant #ziahzara #koma #lelakidayus ♬ original sound – Rina🍀cancer – I’m okey😊
Untuk rekod, Jahidah yang ketika kejadian sedang hamil empat minggu dilaporkan cedera di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.
Difahamkan, suspek Rosmaini Abd Raof yang melakukan perbuatan kejam itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun tahun lalu.
Sumber: Ziah_zara11
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara