Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
Ads
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
Ads
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Ads
Selamat mencuba!
Sumber: cari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila bulan ramadan, menu berbuka puasa wajib di beli adalah tau fu fa. Lebih sedap di makan waktu tengah sejuk.
Namun, bagi yang ingin membuat sendiri boleh cuba resepi yang di kongsi oleh puan Siti Zarina Jaidon melalui laman fb Makan Apa Hari Ni.
Resepi Tau Fu Fa
Semalam test buat Tau Fu Fa, jadi terlajak lembut. Hari ni test lagi sekali dan Alhamdulillah menjadi lembut, sedap makan sejuk-sejuk.
Nampak renyah tapi senang je nak buatnya…tak sampai sejam dah boleh siap. Nak sejukkan je lambat sikit.
Jom tengok resepi dan cara buat.
*Update
Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone)
Serbuk putih ni dia membekukan air soya tu.
Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Untuk lebih detail tentang GDL ni bolehlah google sendiri ye.
Bahan-bahan dan cara penyediaanya
Bahan A
500gm kacang soya ( basuh dan rendam 5 jam )
( nak guna lebih kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
3200 ml air atau lebih untuk kisar kacang soya
Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis
Saya tapis guna kain cottan
Sukat 3 liter air soya letak dalam periuk buh 3 helai daun pandan didihkan atas dapur.
Kene selalu kacau biar tak hangit. Dan bila dia mendidih air soya akan naik ke atas so memang kene rajin kacau lagi-lagi bila air soya dah start nak mendidih.
Pastikan juga air soya cukup masaknya kalau tak, jadi kurang sedap.
Dah mendidih tapis dalam satu bekas yang senang dipegang.
Bahan B
1 1/2 tsp GDL
1 tbsp + 1 tsp tepung jagung
3 tbsp air soya yang belum dimasak
Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B, kacau rata.
* tsp – teaspoon
* tbsp – tablespoon
* saya guna sudu kat bakery, sudu sukatan buat kek tu
1 tbsp + 1 tsp Tepung jagung
Tbsp -tablespoon
Tsp -teaspoon.
Saya guna penyukat sudu untuk buat kek tu.
1 1/2 tsp GDL
selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya.
Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan. Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Makan Churros ni memang sedap, nak beli pun kena tengok bajet jugak sebab harganya agak mahal. Lagi pulak jika ada anak ramai, beli sikit tak cukup. Nak rasa lebih enak, Churros ni sedap di makan ketika panas-panas.
Apa kata cuba resepi ini yang boleh menyelamatkan bajet anda, malah anak-anak dan suami pun boleh makan dengan puas sampai kenyang.
Nak buat pencuci mulut untuk open house untuk kawan-kawan pun boleh. Menarikkan. Apa yang pasti, resepi viral ini, bukan sekada resepi, tetapi turut berkongsi petua untuk mendapatkan Churros yang rangup dan lembut. Jom cuba lakukannya!
CHURROS 1 cwn air* 1 sudu besar mentega/margerin 1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu) 1 sudu teh esen vanila* Secubit garam*
1 cwn tepung gandum 1 bj telur B
Cara-cara:
1. Satukn bahan2 bertanda * dlm kuali (sy guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut… dn mentega tu cair…
2. TUTUP api, masukkn tepung sikit2 smbil kacau dgn senduk… Trs je balik2 kn tepung tu smpai doh yg lembut terhasil… Klau doh tu berketul2, pedulikn jee…
3. Telur pukul dadar sikit dn tuang dlm doh. Doh masih panas, jd trs je uli2 dgn senduk… Bila doh dh sejuk sikit dn blh dipegang, uli la dgn tgn smpai betul2 sebati dn xde lg ketul2 tepung. Tips : Doh yg cantik adalah doh yg licin dn agak kenyal. Tak melekat2 dekat tgn.
4. Masukkn doh dlm piping bag… Guna star nozle dan paipkn ats dulang yg dialas baking paper (tujuan xnk bg melekat je…) Sementara dok paip Churros tu, blh la panaskn kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dn diangkat.
6. Sira dgn gula icing dn sedikit serbuk cinnamon. Lbh umph klau dip dlm sos coklat.
Rujuk gambar:
SOS COKLAT °°°°°°°°°°°°°°°°
100g coklat masakan 1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je) – cairkn secara double boile
Tips :
1. Ada bberapa resepi Churros yg sy dh try, bg sy ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dlm… Ada resepi sy buat, Churros sy keras mcm belimbing besi… sbb tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dh cukup yee… klau lebih, kompen blh baling dinding.
2. Masa nk masukkn tepung, kebykkn resepi suh perlahankn api… Tapi sy TUTUP API masa tu… Ikut petua, Jgn uli tepung dgn air yg menggelegak… Ini utk mndptkn churros yg berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lbh lama…
3. Klau agak2 doh panas lg, x blh nk uli dgn tgn… blh je tunggu kejap, no hal ? Take ur time utk uli doh bg licin yee… x perlu trgesa2 sbb kuih ni xde istilah bantat ke ape…
4. Seelok2nya guna piping bag yg tebal klau xnk 10 kali tukar bag… klau piping bag nipis, kompom pecah.
5. Guna star nozle utk corak belimbing yg cantik. Klau nk guna acuan samprit pn blh. Pd yg x pentingkn rupa, nk gentel je pun xde masalah hehee… Saiz Churros sy ni, agak2 dlm 2 inci setiap satu.
6. Pd yg expert pro master (hehee…) blh je paip trs dlm minyak yg panas… Sy cuma amatur, jd sy paip dulu smua dlm dulang… sbb nk standardkn saiz. Pastu br campak smua sekali dlm kuali… masak pn seragam je…
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...