Kerja sebagai penghantar makanan ini sememangnya mempunyai risiko yang tinggi walaupun pendapat yang diperolehi agak lumayan.

Paling mencabar apabila ianya bermain dengan waktu dan penilaian pelanggan sebagai taruhan untuk mendapat rating yang tinggi.

Sebab itulah jika dilihat di jalan raya, ada sesetengah rider yang sanggup berhujan panas demi memuaskan hati pelanggan.

Tetapi risiko yang lebih tinggi adalah berdepan dengan kemalangan kerana kebanyakan rider menaiki motorsikal kerana lebih jimat dan mudah untuk sampai ke destinasi.

Itulah yang terjadi kepada seorang rider, Muhammad Hafizi Idris yang kini koma akibat kemalangan jalan raya ketika bekerja sebagai rider penghantar makanan pada 29 Ogos tahun lalu.

Sejak terlibat dengan kemalangan itu, isterinya, Norfarahin Jamsari, 25, setia menanti di sisi suaminya.

Menurut Norfarahin, motosikal dinaiki suaminya dirempuh sebuah kereta, menyebabkan mangsa mengalami pendarahan dalam kepala dan masih terlantar di hospital sehingga ke hari ini.

Ads

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Saya dapat tahu suami kemalangan daripada rakannya yang juga seorang rider. Selepas suami koma, hidup agak sukar kerana selama ini saya hanya bergantung kepada pendapatannya sahaja.

“Suami pula anak sulung daripada lima beradik. Sebelum ini dia banyak bantu keluarga, termasuk adiknya yang masih belajar di kolej. Jadi kami terkesan daripada semua aspek.

“Suami dah lebih setahun kerja sebagai rider FoodPanda. Sebelum ini dia kerja biasa, banyak lompat kerja. Sewaktu jadi rider, dia memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” ujarnya yang telah berhenti kerja daripada sebuah butik.

Ads

Sepanjang fasa sukar itu, Norfarahin berkata dia tidak putus harapan, malah sentiasa yakin bahawa pemuda yang dinikahinya pada tahun 2021 itu akan bangkit semula suatu hari nanti.

“Keadaannya turun naik, tak stabil. Tapi doktor kata masih ada harapan untuk baik. Cuma ambil masa yang agak panjang. Selain kecederaan kepala, suami juga patah tangan kiri dan paha kiri.

“Sepanjang dia dalam koma, matanya pernah berkedip beberapa kali. Ada juga saya perasan pergerakan tangan dan kaki. Saya sentiasa berborak dengan suami, sebab doktor pun ada pesan suruh bercakap dengannya.

Ads

“Dan banyak kali juga suami mengalir air mata dalam koma sewaktu saya bercakap dengannya.

Tapi sangat jaranglah saya dapat saksikan detik macam ni. Saya berharap dia dapat ikut saya balik rumah, dapat sedar semula,” ujarnya yang berkenalan dengan suaminya sejak tahun 2017.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rider Koma Kerana Kemalangan Sewaktu Hantar Makanan. Isteri Tetap Setia Menanti, Pernah Lihat Suami Menangis

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI