Sebelum ini tular di media sosial mengenai kisah yang menyentuh hati di mana seorang food rider yang terpaksa mengendong anaknya menaiki motor bersama setiap kali menghantar pesanan makanan.
Melihat kepayahan itu sudah membuatkan kita tersentuh hati dengan pengorbanan yang dilakukan seorang ibu untuk mencari sesuap nasi.
Namun siapa menyangka rupanya ibu ini cukup luar biasa ketabahannya dalam menempuh ujian hidup bila mana anak yang dikendong itu adalah merupakan anak syurga.
Difahamkan anaknya tidak pernah meragam setiap kali dia menghantar makanan, namun sebaliknya dia juga kerap dimarahi oleh pelanggan kerana membawa anak meredah hujan panas untuk menghantar makanan.
Pernah juga ibu ini cuba untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh, namun sayangnya anaknya pula menjadi mangsa dengan kesan bengkak di tubuh. Tidak mahu kejadian sebegitu berulang, ibu ini tidak percaya lagi untuk meninggalkan anak syurganya di rumah pengasuh. Biarlah susah senang dirinya bersama anaknya itu.
Sejak video yang dikongsikan di media sosial tular, ramai yang tersentuh hati dan ingin cuba membantu.
Turut terpanggil adalah Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang tidak bernasib baik.
Melalui pertemuan tersebut Ustaz Ebit Lew berkongsi kisahnya di akaun fbnya. Ini perkongsiannya.
“Katanya dah lama ingin minta jumpa….”-Ebit Lew
Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang oku cacat penglihatan. Pergi kemana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya. Katanya dah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan. Kakak ni mohon rumah ppr belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang.
Ads
Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan. Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan rice cooker. Begitu juga dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur Allah beri rezeki begini padanya.
Anaknya aktif dan manja dengan maknya. Rapat berdua. Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja kesana sini. Semoga Allah bantu kakak ini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Satu perkara yang seharusnya setiap ahli keluarga boleh amalkan setiap hari adalah dengan membaca al quran. Ambil sedikit masa untuk kita seisi keluarga mendapat rahmatnya, umpamanya dengan membiasakan membaca surah alkahfi pada setiap hari Jumaat.
Membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Untuk itu, jom kita selami kelebihan amalkan baca surah Al Kahfi pada setiap Jumaat.
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Didalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “insya’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi SAW tidak menyebut “insya’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi SAW menyebut “insya’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis
Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:
Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
Dari Ibnu Umar ra, berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)
Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda,
ِ“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)
Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.
Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman ALLAH SWT :
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (S. Al-Hadid: 12)
Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, dari Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
Membaca Surah Al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa surah Al Kahfi ini akan melindungi manusia dari fitnah Dajjal. Caranya dengan membaca dan menghafal beberapa ayat di dalam surah ini.
Sering dikatakan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.
Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah SAW bersabda, “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”
Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.
Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93).
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran ALLAH. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?…” S. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)
Oleh kerana itu, Rasulallah SAW selalu beristi’dzah (meminta perlindungan kepada ALLAH) dari empat perkara dalam solat, iaitu: Fitnah Agama (dalam kisah ashabul kahfi), Fitnah Harta (dalam kisah dua pemilik kebun), dan Fitnah Kekuasaan (dalam kisah raja Zulkarnain).
Kerana itu dalam sebuah riwayat di anjurkan membaca surah Al-Kahfi bagi orang yang menemui masa-masa dajjal berkuasa.
“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud).
Kemalangan berlaku tanpa kita duga. Kebakaran yang tiba-tiba berlaku di rumah juga menjadi satu tragedi yang tak mampu kita jaga. Bila berdepa dengannya pasti kita cemas.
Menghadapi kebakaran memang langsung tidak terfikirkan oleh kita. Namun api yang kecil yang kemudian menjadi marak, adalah lawan yang tak termampu untuk kita tangani. Sebagai ibu bapa apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa mengingatkan anak-anak kita.
Paling penting kena beritahu anak-anak apa yang boleh kita lakukan sebagai ilmy asas untuk bertindak. Ajarkan langkah ini.
Jika kebakaran berlaku, persiapkan ilmu untuk mereka dan ajar mereka untuk bertindak. Ini antara yang boleh ibu dan ayah bekalkan sebagai ilmu untuk anak-anak.
1. Tenang saat menghadapi kebakaran. Jangan cemas! Bila tenang, otak akan dapat berfikir dengan baik apa tindakan yang harus kita buat.
2. Jika kebakaran kecil dan masih boleh diatasi, segera padamkan dengan alat pemadam yang ada seperti APAR (Alat Pemadam Api Ringan) atau dengan kain atau guni yang dibasahi air.
3. Jika kebakaran disebabkan oleh litar pintas, segera matikan suis utamadi rumah kita. Perlu segera bertindak!
4.Tutup kawasanterjadi kebakaran agar tidak menjalar ke ruang lain tetapi jangan dikunci.
5. Jika kebakaran besar, segera keluar rumah dan ajak semua keluarga meninggalkan rumah dengan segera!
6. Jangan sibukkan diri untuk mengumpulkan barang di dalam rumah. Jika kesemua barang berharga ini mampu dicapai dengan mudah, langkah ini mungkin boleh anda lakukan. Jika tidak, tinggalkan sahaja. Nyawa anda dan keluarga lebih penting!
7. Berjalanlah dengan tenang, jangan lari dan jangan panik.
8. Ketika berjalan atau berlari, peluk anak-anak yang masih kecil dan ucapkan kata-kata yang baik buat mereka.
9. Jika asap tebal ketika berjalan atau dalam satu kawasan, tutup hidung dengan baju dan jangan sampai anda dan anak-anak menyedut asap.
10. Jika melalui pintu yang tertutup, periksalah suhuterlebih dahulu dengan meletakkan belakang telapak tangan di pintu. Kemudian pegang tombol pintu, jika panas tukar jalan lain untuk keluar.
11. Usahakan untuk berada di kawasan yang terbuka luas untuk bernafas. Cari kawasan yang anda pasti selamat untuk anda dan anak-anak!
Tip Keselamatan Keluarga
Ini yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah menghadapi saat kebakaran di rumahnya. Apa yang boleh dikongsikan olehnya adalah sentiasa beringat dan buat beberapa langkah penting untuk menghadapi saat luar jangka seperti ini. Ini yang patut ibu ayahlakukan di rumah.
Tip 1: Pastikan rumah anda mempunyai dua pintu untuk keluar masuk dengan mudah. Ini penting dan pintu ini jugalah yang akan menjadi penyelamat anda kelak.
Tip 2: Pastikan jalan menuju ke pintu ini tidak dihalang oleh susunan perabot atau barang yang buat anda sukar nak bergerak. Bila berlaku kebakaran, pasti laluan lebih lancar.
Tip 3:Buat kunci pendua. Letakkan pada dua atau tiga kawasan berbeza dan paling penting mudah dicapai ketika anda tidur. Ketika panik, anda hanya mampu capai apa yang ada di depan mata sahaja!
Tip 4:Beli alat pemadam api di rumah. Beli Fire Extinguishers jenis ABC powder untuk kebakaran jenis kertas, kayu, elektrik dan gas. Tak mahal pun, sekitar RM110 sahaja.
Tip 5: Tak salah kalau anda nak beli dan pasang alat pengesan asap kebakaran atau smoke detector fire safety di rumah. Bila menyedari ada asap yang muncul, alat pengesan ini akan berbunyi. Lebih selamat!
Tip 6: Kalau ada duit lebih lagi elok juga belikan selimut tebal atau fire blanket, khusus untuk memadamkan api.
Tip 7: Kena latih isteri dan anak-anak jika berlaku kemungkinan kebakaran. Ajar apa yang kita patut buat seperti langkah di atas.
Ini sangat penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.