Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Siapa menduga baru sahaja 2 minggu mendirikan rumah tangga, rider Grab ini meninggal dunia ketika sedang mencari rezeki. Lelaki yang dikenali sebagai Amin itu maut setelah di rempuh kereta SUV ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Meru/ Jalan Haji Sirat petang semalam.
Video berkenaan kejadian itu tular di media sosial apabila adanya rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dapat dilihat di dalam video tersebut, arwah seakan sempat menoleh seketika penunggang di sebelahnya dirempuh tatkala menunggu lampu bertukar hijau sebelum dirinya pula dirempuh oleh sebuah kenderaan lain (dari simpang yang sama) lalu meninggal di tempat kejadian.
Ekoran kemalangan tersebut, netizen bersedih dan bersimpati malah mengaharapkan pembelaan sewajarnya dapat dilakukan. Nyata sekali rider Grab tersebut dilihat tidak bersalah. Malah ada dikalangan netizen yang lebih tersentuh hati bila mengetahui bahawa arwah baru sahaja berkahwin pada 9 September yang lalu, dan perginya ketika sedang mencari rezeki buat keluarganya. Perginya pula di hari Jumaat yang penuh barakah.
Dalam pada itu salah seorang sepupunya yang dikenali sebagai Amma Aynor ada memuat naik status di FB.
“Allah.. sedihnya dapat berita adik sepupu baru je menikah beberapa minggu dah dijemput Allah.. Arwah kemalangan di jalan Meru.”
Difahamkan Amma Aynor tidak berkesempatan untuk bertemu sepupunya itu semasa majlis perkahwinannya hinggalah ke hari kejadian tersebut.
Kongsinya, “Angah x dpt bersama masa hari Amin nikah.. rupanya mmg xde rezeki utk jumpa Amin lg….baru nikah 9/9/22 aritu. Arini Amin dah balik…..”
Memetik laporan Sinar Harian pula Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Vijaya Rao berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail telah terbabas lalu merempuh dua motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira.
“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital,” katanya.
Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Vijaya Rao berkata, kedua-dua pemandu SUV yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” ujar beliau
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga : Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club