Siapa sangka, muat naik video nyanyian seorang kanak-kanak di YouTube sekadar suka-suka untuk simpanan kenangan akhirnya bertukar tular. Kini setelah 8 tahun mendaftar disaluran itu, telah meraih pendapatan sehingga mampu memilik kenderaan mewah!
Ini namanya rezeki tak salah alamat! Baru berusia 12 tahun, adik Alyssa telah mampu membeli sebuah kenderaan pelbagai guna, iaitu Toyota Vellfire setelah kejayaannya video yang dimuat naik di saluran You Tube.
Kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM250,000 telah dibeli hasil daripada saluran YouTube.
“Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube
“Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja keras.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang bukan saja berada di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Tanpa sokongan anda tak mungkin YouTube saya berjaya sampai ke tahap ini dan memiliki lebih 3 juta langganan. YouTube juga membantu menghubungkan saya dengan peminat di beberapa negara Asia.
“Malah single terbaharu saya berjudul Lagu Untuk Kamu sudah berjaya ditonton sebanyak 56 juta selain ada video-video lain yang berjaya mendapat jutaan tontonan,”
Difahamkan Alyssa adalah selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia berbanding selebriti solo lain.
INSPIRASI KANAK-KANAK LAIN
Dalam pada itu, kanak-kanak yang bergelar penyanyi dan pelakon cilik ini, berharap kejayaannya menjadi inspirasi kepada kanak-kanak lain.
“Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.
“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.
“Setiap orang boleh cuba dan lhasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton.”
Sumber: Harian Metro