
Ini namanya rezeki terpijak buat seorang wanita apabila cincin miliknya yang dibeli pada harga murah lebih kurang 37 tahun lalu, kini bernilai RM3.75 juta!
Cincin berkenaan dibeli di jualan garage atau car boot sale pada tahun 1980 pada harga 10 euro (RM48) telah mengubah nasibnya.
Pada awal 2017, wanita berkenaan tergerak hati untuk mengetahui nilai cincin berlian yang sentiasa dipakainya mengikut pasaran semasa. Dia merasakan cincin yang dipakainya itu unik dan mungkin bernilai tinggi.
Terkejut bernilai tinggi
Siapa sangka, naluri untuk memeriksa nilai cincin itu memberikan rezeki terpijak buatnya. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui nilai sebenar berlian itu setelah 37 tahun memakainya.
Cincin itu telah disahkan pakar adalah tulen yang merupakan berlian 26.27 karat atau di dikenali juga ‘The Tenner Diamond’. Ia dikatakan telah dbuat pada abad ke 19.
Nekad jual
Jauh di sudut hatinya meluahkan rasa gembira dan terkejut. Akhirnya membuat keputusan nekad untuk menjualnya. Melalui proses bidaan yang sengit di London akhirnya cincin itu terjual pada harga 656,750 pound sterling atau lebih kurang RM3, 750,795. Dalam pada itu, seorang pakar industri percaya bahawa cincin itu dahulunya pernah dimiliki oleh keluarga di raja.
Sumber: On Demand News
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Persefahaman Bermula Di Meja Makan. Isteri Suap Anak, Suami Pegang Bayi. Perkongsian Doktor Ini Sunggup Sweet!

Bila persefahaman bermula di meja makan, alangkah bahagianya keluarga itu! Kala isteri kalut uruskan anak-anak, suami pula tak kekok pegang bayi. Sungguh sweet!
Perkongsian dilaman facebook Doktor Taufik Razif ini sungguh inspirasi membentuk keluarga bahagia.
______________________________________________
Bahagia! Di depan saya sekarang ada seorang suami sedang memangku bayinya.
Sambil isterinya menyuap 3 orang anaknya yang lain, suaminya khusyuk melahap sarapan dengan bayi yang comel di sebelah tangannya.
Si ibunya pula boleh fokus suap satu persatu anaknya tanpa terganggu oleh rengekan bayinya.
Sekarang saya dah nampak. Kesefahaman dan kasih sayang tu sebenarnya boleh bermula hanya daripada meja makan!
Si suami faham keserabutan dan kepenatan isteri. Si isteri faham keterbatasan fokus seorang suami.
Isteri yang serabut akan jadi ‘dysfunctional & emotional’. Tu kenapa suaminya tolong jaga si bayi. Baru la mood isteri di meja makan akan terjaga dan ceria.
Isterinya pula faham bahawa fokus lelaki ni adalah ‘limited resource’ bagi si lelaki. Kalau dia nak suap 3 orang anak anak ni nanti selera makannya akan terganggu sebab lelaki ni kalau nak makan kena fokus pada diri dia sorang je.
Lelaki susat sikit nak multitasking!
Bila lelaki tak kenyang mula la jadi pelik, perenggus dan jadi serba tak kena. Tu la kenapa kalau saya pegang anak saya yang meragam sampai saya tak boleh makan, saya minta je isteri saya suapkan.
Kalau isteri saya tengah serabut susukan anak sambil makan. Saya suap je isteri saya. Tak payah nak malu malu..
Kerana saya percaya kesefahaman dan kasih sayang rumahtangga itu bermula daripada kerjasama di meja makan!
Taufiq Razif,
Percaya yang takkan jatuh ego seorang lelaki yang menyuap isterinya sendiri
p/s : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing masing ye.
p/s : Ajak la juga pasangan belajar ilmu keibubapaan bersama saya dengan klik link ni ?
t.me/NotaTaufiqRazif
“Berbadan Dua Pada Usia Bukan Lagi Remaja, Tidak Semudah 11 Tahun Lalu.” Kongsi Berita Hamil 6 Bulan, Azrinaz Bakal Timang Zuriat Ketiga.

Ramadan yang lalu, ada netizen yang menegur badannya seolah-olah mempunyai ‘isi’, tetapi empunyai diri hanya meminta mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya. Namun semalam, teka teki terjawab sudah.
Dua keping gambar yang dimuat naik diinstagramnya punya makna tersirat disebaliknya. Azrinaz Mazhar Hakim, semalam mengumumkan dirinya kini hamil dan kandungannya kini melepasi trimester kedua.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham
–
Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2.
Mengambil keberkatan Syawal keempat, ujar bekas personaliti televisyen itu, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk hamil sekali lagi, seterusnya bakal menimang cahaya mata ketiga.
“Seperti pasangan lain yang mengharapkan khabar gembira ini, saya dan suami juga tidak terkecuali. Jadi, bersama keberkatan Syawal yang sedang dirai, saya berkongsi berita gembira ini bersama semua.
“Saya dan suami amat bersyukur dengan rezeki yang menyebelahi kami. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai dan anda semua yang amat saya sayangi, Allah memberikan saya peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.
Jelasnya lagi yang memilih untuk mengumumkan kehamilan sekarang, kerana enggan menggembar-gemburkannya terlalu awal.
Malah, dia juga tidak menggunakan bantuan teknologi moden untuk kehamilan tersebut. Namun, bakal memasuki usia 40 tahun September ini, akui Azrinaz kehamilan kali ini tidak semudah sepertimana yang sebelum ini.
“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.
Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,”demikian tulisnya dikapsyen.
Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018, yang juga merupakan rakan lamanya yang sudah dikenali sejak lebih 20 tahun lalu.
Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005 sebelum berpisah pada 2010. Hasil perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Wardatul Bolkiah, 11.
View this post on InstagramA post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
Sumber: IG zrinazmazharhakim
“Satu Bulan Satu Juzuk Untuk Aisyah.” Inspirasi Cara Didikan Ustaz, Umie Aida Praktik Pada Anak

Setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun, yang pasti semua ibu bapa mahukan yang terbaik kepada buah hati kesayangan mereka.
Bagi pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida punya cara tersendiri dengan menggunakan pendekatan memperdengarkan ayat al-Quran sebulan untuk satu juzuk kepada anaknya, Aisyah Humaira.
Umie, 46, atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata, method yang digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak itu turut dipraktikkan untuk Aisyah.
“Alhamdulillah, sekarang Aisyah sudah berusia lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua.
“Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya.
“Macam untuk diri sendiri, saya buat dengan surah Yassin. Bangun pagi buka dan sebelum tidur pun sama. Alhamdulillah, lama-lama kelamaan apabila sudah boleh hafal.
“Jadi, method sama saya buat kepada Aisyah yang otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar. Tinggal nanti, apabila dia boleh baca dan akan terus ingat. Insya-Allah, itu yang saya buat sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Umie yang juga pelakon filem Dukun berkata, pendekatan dibuat itu dapat mendidik dirinya menjadi manusia lebih baik.
“Allah bagi anak ini untuk mendidik kita yang kadang kala alpa dan leka.
“Anak ini mendidik saya menjadi manusia yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah. Kita mohon sesuatu yang terbaik untuk anak kita.
“Apa yang kita buat terbaik untuk anak kita, dalam masa sama untuk diri kita juga,” katanya.
Dalam pada itu, Umie Aida mengakui teruja dengan kehadiran si kecil Aisyah yang didambakan sejak 10 tahun lalu.
‘Kun faya kun’ “Jadilah, maka jadilah ia. Dia lah yang menentukan segala-galanya. MasyaAllah… 10 tahun aku menanti kehadiran mu sayang.. dan Allah bukakan pintu hati kami dengan perasaan penuh kasih sayang menyambut kehadiran aisya humaira dalam hidup kami.
Alhamdulilah..terima kasih habib & ustaz , ahli keluarga , saudara mara dan sahabat-sahabat yang sudi hadir ke majlis aqiqah aisya dan doa-doa anda semua. Semoga kehidupan kita semua didalam rahmatNYA. Aamiin ❤️
Demikian perkongsian Umie menerusi laman instagramnya usai majlis akikah anak perempuanya itu.
sumber: harian Metro & umieaida9