Kejadian pokok tumbang di Pantai Penunjuk Kijal, di sini, menyebabkan seorang peniaga wanita maut.
Mangsa berasal dari Kemboja yang sedang berniaga minuman maut dihempap pokok tumbang disebabkan hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal.
Mangsa dikenali sebagai Saleha Ashaari, 49, yang memiliki taraf penduduk tetap meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala pada pukul 6.15 petang semalam (18/9)
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, wanita itu sedang berniaga di bawah kanopi di pantai peranginan terbabit.
“Waktu itu hujan lebat dan sebatang pokok tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa. Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia,
” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau berkata, kejadian hujan lebat dan angin itu turut menyebabkan menumbang beberapa batang pokok lain yang menghempap sebahagian kenderaan terdapat di Pantai Penunjuk berkenaan.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, untuk tindakan lanjut.
Sumber: Kosmo