Rezeki Tahun Baru! Berita baik untuk rakyat, perubahan tarif elektrik pada Julai nanti tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah. Jadi, tak perlu risau keperluan asas anda tetap terjaga!
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai perubahan tarif elektrik ini akan memberikan kebaikkan kepada ekonomi rakyat.
Dalam perkembangan terbaharu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 85 peratus rakyat di negara ini tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik.
Anwar turut memberi jaminan bahawa sektor industri tidak akan dibebankan dengan kenaikan yang tinggi melebihi 14 peratus. Langkah tersebut bagi memastikan keseimbangan antara menjaga kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan.
Beliau berkata kenaikan kadar tarif elektrik itu, hanya melibatkan sektor industri dan golongan mana kaya mengikut kaedah Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).
Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik kurang daripada 14 peratus itu adalah munasabah, sebagai usaha kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan seperti sekolah dan hospital serta program-program berkepentingan rakyat yang lain.
“(Langkah) Kenaikan tarif elektrik kepada industri dan golongan maha kaya ini kita pertahankan kerana kalau kita tidak cukaikan golongan ini bagaimana kita nak tambah peruntukan untuk sekolah dan hospital. Kita kena terima kenyataan kenaikan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan maha kaya ini.
“Saya sebut depan peniaga-peniaga semalam, kita tidak akan tolak ansur, kita terpaksa naikkan, tetapi tidak melibatkan 85 peratus rakyat…dengar betul-betul, bukan dengar dengan sentimen marah,” kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan
Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan
Ahmad (PN-Machang).
Nyata, rakyat boleh tarik nafas lega dengan penegasan kenyataan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.Terima kasih PMX!
Sumber: Sinar Harian & Bernama